Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Attack on Titan akan tiba di Dead by Daylight, hati-hati dengan Armored Titan

safwan by safwan
July 14, 2022
in Action, Anime, Artikel, Berita, Fighting, Kolaborasi, Manga, Mobile, PC, Seram, Survival
0 0
0
Attack on Titan akan tiba di Dead by Daylight, hati-hati dengan Armored Titan
Share on FacebookShare on Twitter

Dead by Daylight mengumumkan kolaborasi pertama mereka bersama anime popular iaitu Attack on Titan. Sebelum ini mereka telah banyak membuat kolaborasi bersama francais seram seperti SAW, Resident Evil, Silent Hill dan banyak lagi. Jom kita lihat apa yang baru dalam kolaborasi kali ini.

Untuk kolaborasi kali ini, mereka tidak menambah watak survivor atau killer baru tetapi hanya sekadar skin yang berupa watak dalam anime Attack on Titan. Skin tersebut tersedia untuk watak Dwight dan Zarina sebagai survivor manakala Oni sebagai killer.

Bagi watak survivor, mereka akan menyediakan dua skin iaitu Dwight sebagai Eren Yeager dan Zarina sebagai Hange Zoe. Manakala untuk watak killer, mereka hanya menyediakan satu sahaja skin iaitu Oni sebagai Armored Titan. Secara teknikal anda masih boleh menjadi Titan untuk membunuh survivor.

Purchase any 2 outfits from the Attack on Titan Collection to unlock the Military Police Regiment Crest Charm! pic.twitter.com/9SrHvuEMN5

— Dead by Daylight (@DeadbyDaylight) July 13, 2022

Selain itu, mereka juga mengumumkan sekiranya pemain membeli 2 skin daripada koleksi Attack on Titan, anda akan diberikan Military Police Regiment Crest Charm. Terdapat 5 bentuk charm yang disediakan termasuk The Training Corps, The Garrison, The Military Police dan The Survey Corps.

Bukan setakat itu sahaja, DBD juga akan mengadakan crossover Resident Evil untuk kali kedua yang dinamakan ProjectW. Untuk peminat RE, sudah tentu yang terlintas dalam fikiran ialah Wesker. Project Wesker merupakan projek yang diketuai oleh Oswell E. Spencer yang ingin menghasilkan manusia yang lebih hebat. Mungkin ramai yang inginkan Mr X dalam DBD tetapi kalau ada manusia super dalam game ini, mungkin pemain boleh dapatkan gameplay yang lebih unik pada masa akan datang.

Buat masa sekarang itu sahaja info yang boleh diberikan berkenaan kolaborasi Dead by Daylight bersama Attack on Titan dan masih banyak belum dikongsikan oleh mereka. Apapun, kita tunggu sahaja maklumat terbaru mengenai kesemua kolaborasi ini. Tidak sabar juga untuk lihat rupa Oni sebagai Armored Titan nanti. Kalau anda inginkan liputan lain mengenai Dead by Daylight, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Attack on TitanDBD x AOTdead by daylight
Previous Post

Saiz Genshin Impact di Mobile kini cecah 20 GB! Mungkin perlukan fon khas nanti!

Next Post

Interview Marvel’s Midnight Suns – Lebih ganas & garang, bukan sekadar game superhero

safwan

safwan

Peminat game dari kecik, tapi ilmu tak cukup. Sekarang masih penuhkan ilmu game di dada dan cuba menulis tentang game kegemaran. Game yang selalu main adalah Valorant dan mana-mana game action adventure.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Interview Marvel’s Midnight Suns –  Lebih ganas & garang, bukan sekadar game superhero

Interview Marvel’s Midnight Suns - Lebih ganas & garang, bukan sekadar game superhero

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd