Empat bulan setelah DLC pertama Atomic Heart “Annihilation Instinct” dilancarkan, Mundfish kembali dengan DLC kedua game iaitu Trapped in Limbo! Pengumuman ini turut dihadirkan dengan trailer rasmi untuk DLC tersebut. Untuk pengetahuan anda, DLC kedua ini akan tersedia pada 6 Februari 2024!
Dalam Atomic Heart: Trapped in Limbo, anda akan menempuhi gameplay mencabar, membuka skin baharu dan banyak lagi!
Untuk penceritaannya, ia akan bermula selepas tamatnya game utama. Lebih menarik sekali, anda akan mendapat penamat yang berbeza daripada DLC Annihilation Instinct. Anda juga boleh mendapatkan skill dan senjata baharu termasuklah tujuh skin unik yang boleh digunakan dalam kempen utama! Kalau anda mempunyai Atomic Pass, anda boleh terus mainkan DLC ini apabila ia dilancarkan nanti!

Tentang Atomic Heart
Dibangunkan oleh Mundfish, Atomic Heart ialah game FPS dengan elemen ‘role-playing’. Menggunakan kebolehan tempur yang diberikan oleh sarung tangan kuasa eksperimental anda, senjata bilah dan persenjataan canggih, berjuang untuk bertahan hidup dalam pertarungan penuh aksi. Sesuaikan gaya pertarungan kepada setiap musuh yang unik. gabungkan kemahiran/sumber, dan gunakan persekitaran untuk mengatasi cabaran dan berjuang untuk kebaikan.

Selain itu, terdapat sistem crafting di mana senjata boleh dihasilkan daripada bahagian logam yang boleh ditanggalkan daripada robot atau diambil dari peralatan rumah. Senjata juga boleh dinaik taraf melalui mekanik yang dipanggil “casettes”. Cuma pemain perlu berhati-hati kerana peluru dalam game amat terhad, maka pilihan untuk menyelinap masuk ke markas musuh juga boleh dipertimbangkan.

Atomic Heart kini tersedia di PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Atomic Heart daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post