Mundfish dan 4Divinity telah mengumumkan tarikh keluaran untuk game action-RPG terbaru mereka iaitu Atomic Heart, berlatarkan di dunia alternatif selepas Perang Dunia 2. Game ini akan dikeluarkan pada 21 Februari 2023 di PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC. Ia tersedia untuk pra-pesanan sekarang.
Masuk ke dunia ajaib dan sempurna di mana manusia dan ciptaan AI mereka hidup secara harmoni… atau tidak. Tetapkan rekod lurus di dunia utopia yang menipu, teroka dunia sci-fi yang bahaya, robot jahat, mesin gergasi dan juga mutan.
Sesuaikan gaya bertarung anda dengan setiap musuh, gunakan keadaan sekeliling dengan sebaik mungkin dan tingkatkan peralatan anda untuk mendapat kelebihan dalam pertarungan yang tidak dapat dilupakan dan menakjubkan. Jika anda ingin membongkar kebenaran, anda harus bayar dengan darah.
Anda sudah boleh membuat pra-pesan game ini untuk mendapat skin eksklusif yang akan diberikan dalam bentuk Labour & Science Weapon Skin Pack (Bonus pra-pesan). Terdapat tiga edisi yang tersedia untuk pra-pesan:
- Standard Edition
- Base game
- Gold Edition
- Base game
- Atomic Pass
- Premium Edition
- Base game
- Atomic Pass
- Artbook digital eksklusif
- Kosmetik ekstra
Atomic Pass akan membawa pemain Atomic Heart dengan empat DLC baru yang memberi akses kepada kawasan,makmal, senjata dan musuh baru serta pelbagai lagi.
Berikut adalah kisah tentang Atomic Heart:

Atomic Heart terjadi di dunia utopia yang penuh keajaiban dan kesempurnaan, di mana manusia hidup dalam harmoni bersama robot mereka yang setia dan bersemangat. Begitulah keadaannya yang dulu. Dengan pelancaran sistem kawalan robot terbaru hanya tinggal beberapa hari lagi, pelbagai kemalangan tragis atau konspirasi global boleh mengganggunya…
Perkembangan teknologi yang tidak dapat dihalang bersama-sama dengan eksperimen rahsia telah melahirkan makhluk mutan, mesin yang menakutkan dan robot berkuasa —semuanya tiba-tiba memberontak terhadap penciptanya. Siapakah yang mampu menghalang robot-robot tersebut dan merungkai rahsia yang terjadi di dunia ini?
Sekali lagi saya ingatkan , Atomic Heart akan dikeluarkan pada 21 Februari 2023 untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC menerusi Steam. Anda juga boleh pra-pesan game ini sekarang.
Ikuti Gamer Santai untuk pelbagai liputan menarik tentang game, anime, dan banyak lagi.
@gamersantaimy
Discussion about this post