Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Atlus mendedahkan maklumat terkini Shin Megami Tensei V seperti watak, sistem Press Turn Battle, dan skill baru!

Amir Haziq by Amir Haziq
August 3, 2021
in ARPG, Artikel, Berita, Genre, Nintendo Switch, Platform, Real time strategy
0 0
0
Atlus mendedahkan maklumat terkini Shin Megami Tensei V seperti watak, sistem Press Turn Battle, dan skill baru!
0
SHARES
156
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat permainan video Jepun, Atlus hari ini telah mendedahkan beberapa maklumat terkini mengenai Shin Megami Tensei V yang bakal dilancarkan pada 11 November 2021. Antara maklumat dikongsikan mereka adalah seperti beberapa watak baru, sistem Press Turn Battle, Magatsuhi Skills, dan kemahiran potensi. Game Action-Strategy-RPG ini bakal dilancarkan ke platform Nintendo Switch.

Jalan Cerita

Jalan cerita Shin Megami Tensei V berkisarkan mengenai kejadian selepas insiden runtuhan terowong, dimana watak protagonis telah mengembara ke Da’at, iaitu bandar Tokyo yang ditinggalkan dan dipenuhi iblis. Dia telah bergabung dengan seorang lelaki misteri menjadi “Nahobino“, dan menerima kuasa baru untuk menentang iblis. Dalam pengembaraan di Da’at, protagonis telah bertemu semula dengan rakan sekelasnya, Yuzuru Atsuta serta Ichiro Dazai dan mereka mencari jalan untuk kembali ke Tokyo.

Setelah tiba ke Tokyo, rakan sekelas mereka, iaitu Tao Isonokami telah memberitahu terdapat dua versi Tokyo dan tentera-tentera iblis ini muncul dari kegelapan serta ingin menghancurkan manusia dan Tokyo. Tao turut mendedahkan yang dia adalah anggota Bethel, iaitu organisasi terpilih untuk melawan iblis. Mereka bertiga bersetuju untuk menyertai Bethel dan melindungi penduduk Tokyo, serta memanfaatkan kuasa Nahobino. Namun, ketika mereka kembali sebagai pelajar, Bethel telah mengeluarkan notis kecemasan dimana iblis telah menyerang seluruh Tokyo dan menceroboh masuk ke sekolah mereka, Jouin High School serta mengambil Sahori Itsukishima sebagai tebusan.

Watak

Tao Isonokami (VA Saori Hayami)

Rakan sekelas protagonis. Pelajar tahun tiga yang merupakan ahli kelab lacrosse. Perihatin dan baik hati serta mempunyai deria keenam sejak dia masih kecil. Tao membantu Bethel di Jepun, dan memberi sokongan kepada protagonis ketika mereka bergabung dengan Bethel.

Yuzuru Atsuta (VA Kaito Ishikawa)

Rakan kepada protagonis yang bertanggungjawab, berkebolehan, tegas berprinsip dan jujur. Yuzuru berjuang bersama Bethel di unit sementara untuk melindungi adiknya Miyazu. Ketika di Da’at, dia telah menerima kebolehan dan bersumpah untuk melindungi keamanan Tokyo.

Ichiro Dazai (VA Kishi Taniyama)

Rakan sekelas protagonis yang ceria walaupun kadang-kadang agak kecoh. Mempunyai masalah dengan reputasi belajarnya dan kebanyakkan pelajar lain menganggap Ichiro sebagai “loser”. Dazai telah terlibat dalam insiden runtuhan terowong ketika melakukan rakaman, dan menyertai pengembaraan ke Da’at. Dia menyertai Bethel dan bersumpah untuk melawan iblis, dengan harapan dapat membuktikan dirinya berguna untuk tujuan mulia.

Miyazu Atsuta (VA Ryo Hirohashi)

Adik kepada Yuzuru dan hanya ahli keluarganya yang tinggal. Seorang yang pemalu dan pendiam, serta sering dilihat mengunjungi pejabat jururawat. Ketika Jouin High School diserang, iblis telah mengambilnya menjadi tebusan.

Hayao Koshimizu (VA Kenjiro Tsuda)

Perdana Menteri Jepun dan wakil utama Bethel di Jepun. Seorang yang tenang, terkumpul dan strategik. Hayao telah menawarkan program memanggil iblis kepada Ichiro dan rakan-rakannya untuk membantu Bethel menyelesaikan konflik ini.

Iblis

  • Holy: Hayataro
  • Holy: Cironnup
  • Femme: Manananggal
  • Megami: Demeter
  • Megami: Anahita

Semasa mengembara di Da’at, anda akan menemui lebih dari 200 jenis iblis . Selain klasik, beberapa iblis baru akan muncul, yang dirancang oleh pereka watak Masayuki Doi.

Sistem Gameplay

Shin Megami Tensei V menampilkan sistem command-based press turn battle klasik. Dengan menyerang kelemahan musuh, pemain dapat meningkatkan giliran dan mendapat kelebihan. Namun, musuh juga akan menerima perkara yang sama, jadi perlu berhati-hati! Walaupun ringkas, sistem pertempuran ini memberi ganjaran kepada pemikiran strategik. Dengan kemahiran baru yang ditambah dalam game, pemain dapat menikmati strategi lebih luas.

Musuh dapat mengatasi kelemahan anda, mengubah arus memihak kepada mereka.

Skill baru:

  • “Maziobarion”
  • “Sanguine Drain”
  • “Humble Blessing”

Magatsuhi Skill:

Semasa pertempuran, tindakan anda secara beransur-ansur akan mengisi “Magatushi Gauge”. Setelah ianya penuh, pemain boleh mengaktifkan gerakan khas yang dipanggil Magatsuhi Skill untuk melancarkan serangan terkuat dan menyembuh pemain.

  • Magatsuhi Skill: “Omagatoki: Critial”
  • Magatsuhi Skill: “Freikugel EX”
  • Magatsuhi Skill: “Eternal Prayer”

Skill Potential:

Iblis mempunyai pertalian dan kelemahan. Kemahiran yang sesuai dengan pertalian iblis menjadi lebih kuat jika ditanda “+”. Sebaliknya, mewarisi kemahiran yang sesuai dengan kelemahan semula jadi iblis akan dibawa kepada potensi kemahiran “-“, kurang kuat. Pemain perlu melakukan strategi antara damage yang dihasilkan atau kelemahan musuh. Perlu diingatkan ketika membuat party, supaya pemain dapat memilih iblis paling sesuai dengan gaya gameplay anda.

  • Potential Skill “+”
  • Potential Skill “-“
  • Susun Potential Skill

Shin Megami Tensei V akan dikeluarkan di Nintendo Switch pada 12 November 2021.

Sumber: Gematsu

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Atlusnintendo switchShin Megami Tensei V
Previous Post

Top Clans 2021 Summer Invitational Kini Tiba dengan kolam hadiah sehingga RM148 ribu!

Next Post

Apex Legends mengharamkan lebih dari 2000 akaun, majoriti adalah pengguna PS4!

Amir Haziq

Amir Haziq

Pelajar RekaBentuk Permainan Digital. Peminat Nintendo dan gunpla dari dulu hingga sekarang. Separuh masa pelajar dan separuh masa pemain kompetitif permainan mobile.

Next Post
Apex Legends mengharamkan lebih dari 2000 akaun, majoriti adalah pengguna PS4!

Apex Legends mengharamkan lebih dari 2000 akaun, majoriti adalah pengguna PS4!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!
Animasi

Netflix Sedang Membangunkan Siri Animasi Clash of Clans!

May 21, 2025
DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei
DLC

DLC “DAIMA” untuk Dragon Ball Xenoverse 2 Bakal Akan Datang 22 Mei

May 21, 2025
Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto
Anime

Kehidupan Himawari Semasa Timeskip – Ikemoto Ceritakan Kisah Anak Naruto

May 20, 2025
The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game
Animasi

The Two Embers – Filem Animasi Inovatif yang Ditayangkan Dalam Game

May 20, 2025
Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?
Anime

Malam Gala Ejen Ali The Movie 2 – Cabaran Pelakon Suara, Filem Ketiga & Spin-off Rizwan?

May 20, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd