Uchiha Sasuke adalah antara “watak paling popular” dalam francais Naruto atas beberapa sebab: personaliti yang “cool”, kebolehan yang handal, reka bentuk bergaya dan banyak lagi. Walaupun begitu, dia jarang mempunyai peluang untuk menyerlah, lagi-lagi selepas kisahnya Shippuden. Kini, kita akhirnya dapat berita rasmi bahawa Sasuke akan mendapat manga-nya sendiri!
Mengadaptasi jalan cerita daripada novel, adaptasi manga “Sasuke Retsuden” akan tiba pada 23 Oktober 2022 di Shonen Jump Plus , yang meneroka apa berlaku kepada watak selepas kesimpulan Shippuden dan sebelum kisah Boruto.
Seperti saya kata di atas, manga ini merupakan adaptasi novel “Sasuke Retsuden: The Uchiha Descendants and the Heavenly Stardust” dan asalnya diterbitkan pada tahun 2019 oleh penulis Jun Esaka dengan karya seni oleh pencipta asal, Masashi Kishimoto.
Malangnya, manga kali ini tidak akan dilukis oleh Kishimoto, sebaliknya ia akan diuruskan oleh Kimura Shingo. Nasib baiklah lukisannya pun sama hebat, jadi peminat tidak perlu risau!
Selain daripada perjalanan hidupnya, kisah unik ini juga akan menceritakan serba sedikit tentang hubungan cinta Sasuke dan Haruno Sakura, yang ramai peminat ingin tahu. Berikut adalah sinopsis rasmi:
“Sasuke pergi ke Institut Penyelidikan Astronomi, jauh dari Land of Fire… Untuk mencari jejak seorang penjenayah, dia menyertai Sakura dalam misi ini dan memulakan penyiasatan rahsia. Walau bagaimanapun, rancangan antara hidup-atau-mati sudah bermula! Pasangan suami isteri itu kini harus menyahut cabaran yang datang daripada penyelidikan mengerikan ini.”

Bukan manga Sasuke sahaja, akaun Twitter rasmi Naruto juga mendedahkan bahawa satu lagi manga akan diterbitkan!
Bertajuk Konoha Shinden: Steam Ninja Scrolls, manga ini akan mengikuti kisah Kakashi, Maito Gai, dan Sarutobi Mirai dalam perjalanan ke sebuah kolam air panas; dan juga akan dikeluarkan hujung bulan ini pada 29 Oktober 2022 di Shonen Jump Plus.

Apa pendapat korang? Seronok tak Sasuke dapat manga sendiri? Untuk membaca segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post