Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS Zenbook 14X OLED (UX3404) bakal hadir di Malaysia – Laptop OLED Intel 13th Gen & RTX 3050!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 10, 2023
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
ASUS Zenbook 14X OLED (UX3404) bakal hadir di Malaysia – Laptop OLED Intel 13th Gen & RTX 3050!
Share on FacebookShare on Twitter

Bakal hadir pada bulan Februari ini, ASUS telah memperkenalkan Zenbook 14X OLED (UX3404) serba baharu untuk 2023. Diakui sebagai model paling kuat dalam siri Zenbook Classic setakat ini, versi 2023 menawarkan lebih banyak prestasi dan ciri-ciri hebat untuk pengguna sekalian.

Berikut adalah butiran penuh:

Zenbook 14X OLED mampu menjalan pelbagai jenis tugas, berkat pemproses 13th Gen Intel Core i9-13900H dan 32 GB RAM LPDDR5. Kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3050 memberikan kuasa berprestasi tinggi untuk menjadikan tugas produktiviti lebih mudah.

Selain itu, SSD PCIe 4.0 x4 memastikan akses pantas kepada aplikasi dan data, dan pengguna boleh menikmati sambungan internet cekap dengan WiFi 6E (802.11ax) terbaharu, dipertingkatkan dengan teknologi ASUS WiFi Master Premium.

Kuasa canggih pasti cepat panas; jadi sistem penyejukan ASUS IceCool akan menjadi solusi pintar anda. Mode Performance memaksimumkan kelajuan kipas dan meningkatkan had kuasa CPU, mode Whisper menyediakan operasi penjimatan kuasa yang sejuk dan senyap, dan mode Standard mengoptimumkan semua parameter untuk tugas harian.

Bagi visual, pengguna boleh menikmati warna lebih jelas, dan terang dengan paparan HDR NanoEdge OLED 14.5″. Dengan resolusi 2.8K, refresh rate 120 Hz dan response time 0.2 milisaat, paparan ini memastikan visual bergerak pantas dan lancar. Paparan juga diperakui TÜV Rheinland dan SGS dengan pelepasan cahaya biru rendah supaya mata kekal selesa walaupun sesi tontonan lama.

Zenbook 14X OLED dilengkapi bateri 70 Wh dan menyokong pengecasan pantas. Bersama USB-C Easy Charge, Zenbook 14X OLED boleh digunakan dengan pelbagai pengecas USB-C 5-20V standard.

Untuk mengekalkan reka bentuk padat, nipis dan ringan, Zenbook 14X OLED mempunyai kenipisa hanya 16.9 mm dan berat 1.5 kg serta tersedia dalam dua pilihan warna; Inkwell Gray dan Sandstone Beige.

ASUS Zenbook 14X OLED (UX3404) akan dilancarkan pada pertengahan Februari 2023 tetapi malangnya, kita masih belum dapat maklumat rasmi tentang tarikh keluaran tepat dan nilai harga. Anda boleh melayari dahulu laman web rasmi untuk info lanjut termasuk spesifikasi lengkap.


Untuk membaca segala liputan kami tentang produk ASUS, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: ASUS Zenbook 14X OLEDLaptopTeknologi
Previous Post

“Mengguna orang buta untuk dapat views” – Video terbaru MrBeast dikecam online

Next Post

Unboxing: PlayStation VR2 akhirnya ada di tangan kami!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Unboxing: PlayStation VR2 akhirnya ada di tangan kami!

Unboxing: PlayStation VR2 akhirnya ada di tangan kami!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd