Antara laptop yang diumumkan oleh Asus pada tahun 2022 adalah ZenBook 14X OLED Space Edition, yang dikeluarkan untuk menandakan 25 tahun sebuah laptop Asus berada di angkasa lepas. Saya akan cerita lebih lanjut di bawah tetapi tema utama reka bentuknya adalah perjalanan laptop itu di angkasa lepas. Selain elemen itu, ini adalah laptop berkuasa dengan skrin OLED yang memaparkan warna dan butiran kecil dengan baik.

Dilancarkan secara rasmi hari ini di 2022 ASUS Zenbook Series Grand Launch bersama angkasawan pertama untuk negara, Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, orang ramai akhirnya dapat melihat ZenBook 14X OLED Space Edition dengan lebih terperinci. Dibina untuk menahan kesukaran perjalanan angkasa, 14X OLED Space Edition mematuhi protokol ujian Standard SMC-S-016A oleh Sistem Angkasa AS, jadi ia mampu menahan getaran melampau 4 kali lebih tinggi daripada ketahanan gred tentera standard. Memang padanlah Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar dapat memakai laptop ini di angkasa lepas.
Nasib baiklah, ASUS mengizinkan saya cuba ZenBook 14X OLED Space Edition selama beberapa hari, dan inilah pendapat saya tentang laptop tersebut. Adakah ia berbaloi untuk beli? Jom kita kaji.
Reka bentuk

Keseluruhan saiz dan ciri-ciri ZenBook 14X Space Edition amat serupa dengan model ZenBook 14X standard, tetapi kali ini diperbuat daripada bahan ala logan, mempunyai skrin sentuh 16:10, engsel Ergolift, dan perubahan tempat IO di kiri dan kanan.
Perbezaan paling ketara tentang model Space Edition adalah reka bentuk “angkasa lepas” untuk memperingati ulang tahun ke-25 perjalanan komputer riba Asus P6300 ke angkasa bagi digunakan di stesen angkasa Mir.
Oleh itu, Asus menggunakan skema warna kelabu titanium yang dipanggil Zero-G Titanium, dan tekstur matte untuk penutup dan casis. Ia nampak, selesa untuk disentuh dan boleh menyembunyikan kesan cap jari. Supaya tiada salah faham, laptop itu masih diperbuat daripada aluminium, bukan titanium, tetapi aluminium itu disalut dengan cat warna titanium.

Jika dilihat dengan lebih terperinci, terdapat juga lukisan/geometri angkasa lepas di sekeliling komputer riba, seperti stesen angkasa MIR, mesej kod morse, beberapa ukiran dan lukisan pelan, serta paparan kecil ZenVision di belakang. Semuanya mewakili tema angkasa lepas!
Tentang paparan ZenVision yang diletakkan pada bahagian penutup, ini ialah panel P-OLED 3.65-inci dengan resolusi 256 x 64 px dan kecerahan 150-nits, yang memberi kesan minimum pada jangka hayat bateri.
Ia boleh diselengarakan dengan aplikasi MyAsus dan boleh memaparkan beberapa animasi, kod QR atau mesej teks unik. Sekilas pandang, ia memang unik dan nampak bergaya kalau kita buka laptop di tempat awam, tetapi realitinya, tidak akan banyak digunakan dalam kegunaan seharian, sekurang-kurangnya bagi saya.


Berkat reka bentuk engsel Ergolift, yang menolak casis utama atas, ini membolehkan kedudukan menaip “mencondong” dan aliran udara yang lebih baik ke kipas.
Asus juga menambah usaha ke bahagian kotak yang mengisi laptop, dengan mencipta kotak kadbod custom unik yang menampilkan elemen “di dalam roket” termasuk memberi beberapa aksesori dan pelekat. Bukan itu sahaja, kotak yang menyimpan pengecas juga dapat digunakan sebagai stand laptop kreatif.


Selain apa yang saya sebut tadi, 14X Space Edition adalah lebih kurang sama dengan ZenBooks 14X lain, cuma dengan beberapa perubahan.
Berbanding model ZenBook 14, model 14X lebih besar kerana mempunyai paparan lebih tinggi dengan ciri skrin sentuh serta yang direka bentuk semula. Unit kami mempunyai berat 1.4 kg kira-kira dengan dimensi badan 311 X 221 X 15.9 mm.
Reka bentuk dalaman juga membawa perubahan kepada IO di bahagian tepi, di mana ia dilengkapi 2x port USB-C Thunderbolt 4 untuk perpindahan data, pengecasan, bicu audio 3.5 mm, 1x port USB-A, pembaca kad mikroSD dan 1x port HDMI 2.0b.


Untuk sambungan, terdapat modul WiFi 6E dan Bluetooth 5.2. Ini bukanlah versi yang paling terkini tetapi masih cukup baik untuk kegunaan harian. Sepanjang tempoh review, saya tidak pernah menghadapi sebarang masalah dengan sambungan wayarles semasa menggunakan laptop ini.
Akhir sekali, kita ada kamera HD yang diletakkan di bahagian atas skrin. Kualitinya sedikut lebih baik berbanding kamera di laptop, tetapu korang perlu duduk di bilik dengan pencahayaan yang bagus. Mikrofon juga diletakkan di bahagian atas skrin, dan menangkap suara saya dengan jelas kerana ciri “noise reduction” yang disertakan.
Keyboard dan touchpad

Satu lagi aspek menarik adalah keyboard, yang warnanya sepadan dengan reka bentuk titanium bagi Space Edition. Ini bermakna setiap kekunci berwarna ala perak (kecuali Spacebar) dan menambahkan lagi estetika keseluruhan, serta terasa selesa untuk menaip. Sesuatu yang saya kurang suka adalah kombinasi kekunci berwarna perak dengan cahaya lampu putih yang tidak menawarkan banyak kontras lantas membuatkan saya susah untuk melihat kekunci khusus. Ini boleh jadi masalah bagi orang yang tidak menghafal posisi kekunci di keyboard, kecuali jika mereka membiasakan diri secara beransur-ansur.
Selain apa saya sebutkan tadi, reka bentuk dan pengalaman menaip saya sangat-sangat okay. Buat urusan kiraan, terdapat NumberPad maya yang disertakan dalam touchpad, yang boleh korang buka dengan menekan lama ikon di sudut kanan atas.

Touchpad menampilkan permukaan plastik yang berfungsi dengan sempurna tidak kira bagaimana kita “swipe, gesture apa kita buat, cara kita tekan, dan sebagainya. Ini diperbuat oleh bahan kukuh jadi jenis orang yang kuat tekan tidak perlu risau terlalu banyak.
Satu lagi perkara yang saya suka adalah permukaan touchpad pun mempunyai kemasa titanium yang bermakna cap jari kita tidak akan mudah kelihatan.
Akhir sekali, untuk sekuriti, sebuah sensor cap jari dengan sokongan Hello telah disertakan di butang kuasa.
Paparan

14X Space Edition mempunyai panel skrin sentuh OLED 2.8K dengan liputan warna DCI-P3 100%, penyegaran 90 Hz dan kecerahan puncak 550-nits. Tambahan pula, ini adalah panel 10-bit dengan pensijilan HDR 500, profil warna yang disahkan Pantone, serta pensijilan TUV untuk pelepasan cahaya biru yang rendah.
Semasa review, saya sendiri sangat kagum dengan skrin, yanng menunjukkan kontras, kecerahan, dan warna yang sangat baik bagi OLED. Untuk meningkatkan lagi kontras dan warna, korang boleh mengaktifkan ciri HDR kerana ia secara “default” akan ditutup di Windows 11.
Cuma saya perlu ingatkan bahawa HDR akan mengurangkan ketepatan warna, jadi pastikan korang kembali ke tetapan SDR apabila membuat kerja berkaitan penyuntingan warna.

Selain itu, ini juga merupakan panel 90Hz dengan response time pantas sekitar 0.5 ms, yang memberi kesan semasa kita melayari kandungan dan juga sesi gaming.
Memandangkan ia OLED, mungkin ada yang risau tentang masalah burn-in. Itu adalah isu yang lazim untuk mana-mana paparan OLED tetapi Asus menambah beberapa solusi untuk mengelakkan masalah ini seperti Dark Mode, Windows Screen Saver, ciri Pixel refresh dan ciri Shift.
Bab paparan, memang tidak boleh dinafikan Zenbook 14X sangat cemerlang.
Prestasi dan benchmark
Dari segi spesifikasi, unit ZenBook 14X Space Edition kita datang dengan perkakasan Intel Alder Lake i7-12700H generasi ke-12. Grafik dikendalikan oleh cip Iris Xe bersepadu, dengan 96 EU dan frekuensi sehingga 1.45 GHz. Tetapan kuasa membolehkan ini berjalan hampir kepada potensi maksimumnya dalam beban GPU dan game. Konfigurasi kami juga disertakan dengan memori 16 GB memori LPDDR5-4800 Untuk storan, kita ada 1TB 1TB M.2 NVMe™ PCIe® 4.0 SSD, yang menunjukkan prestasi mengagumkan semasa pemindahan data.
Pendek kata – perkakasan generasi ke-12, ZenBook 14X buat masa ini adalah salah satu ultraportable paling handal di pasaran bagi kategori kerja beban CPU.
Berikut adalah keputusan benchmark:
Selain kerja, mesti ada juga yang nak buat laptop ini sebagai peneman gaming kan? Sejujurnya saya pesan, ia tidak mampu beban heavy gaming seperti judul Cyberpunk 2077 dan sebagainya, tetapi setakat Valorant – Genshin Impact, itu tiada masalah. Berikut adalah hasilnya di mana saya mencuba kedua-dua game itu dengan resolusi 2K:

Valorant: Maximum settings – 40+ FPS, jika mahu stabil, perlu meletakkan setting lebih rendah. Selain itu, memang smooth.

Genshin Impact: High settings, 35+ FPS, game tidak boleh dimainkan sama sekali apabila banyak musuh menyerang serentak, perlu menurunkan resolution untuk lancar.
Sebagai rumusan, korang boleh dapat FPS anggaran 60+ untuk game seperti ini dalam resolusi FHD+ atau lebih rendah tetapi FPS akan semakin berkurangan dalam game AAA yang lebih mencabar sistem.
Untuk perisian dalaman, ZenBook mempunyai aplikasi MyAsus yang membenarkan kawalan profil kuasa, tetapan bateri dan skrin, update dan sebagainya.
Untuk pengunaan optimum, terdapat tiga profil untuk dipilih:
- Performance – membolehkan perkakasan berjalan pada 35-45W secara berterusan walaupun dalam keadaan beban
- Balanced – membolehkan perkakasan berjalan pada 25-35W secara berterusan
- Whisper – menghadkan CPU pada sub 20W untuk mengurangkan bunyi kipas
Mode Whisper adalah yang paling sesuai untuk kegunaan harian, manakala Balanced ialah mode yang saya cadangkan korang guna untuk urusan kerja berat. Korang hanya akan guna mode Performance dalam situasi-situasi tertentu seperti kerja penyuntingan/modeling yang terlalu berat. tetapi harap boleh tahan lah sebab kipasnya boleh tahan bising.
Audio dan bateri

Audio terdiri daripada set pembesar suara stereo harman/kordon di bahagian bawah, sama seperti barisan ZenBook sebelumnya. Disebabkan engsel Ergolift, bunyi akan melantun daripada permukaan tanpa gangguan dan
Semasa penggunaan, saya mendapati kualiti bunyi agak baik untuk kegunaan harian, filem atau muzik, tetapi bukan pada tahap yang mengagumkan. Dengan mengaktifkan ciri Audio Enhanced pada Windows 11, bunyi pembesar suara boleh menjadi kuat lagi-lagi tetapi tenggelam di bahagian bass. Seperri saya kata tadi, cukup sesuai untuk tonton content, tetapi lebih baik korang memakai earphone atau earbud.

Bagaimana pula dengan bateri? 14X OLED Space Edition mempunyai bateri 63 Wh dan pengecas USB-C 100W. Bateri akan dicas sepenuhnya dalam kira-kira 2 jam, di mana teknologi pengecasan pantas lebih berkesan pada 50 minit pertama supaya korang tidak perlu tunggu lama.
Berdasarkan pengalaman saya menggunakan laptop ini untuk kerja, bateri boleh tahan kira-kira 4-6 jam semasa multitasking (membuka Docs, YouTube, aplikasi kerja, Discord, dan lebih dari 8 tab bagi tujuan kajian).
Bab bateri pon korang tidak perlu risau tentang 14X OLED, yang juga sama cemerlang.
Pendapat

Secara keseluruhan, ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition mempunyai reka bentuk terbaik untuk sebuah ZenBook dan merupakan kegemaran saya setakat ini. Tidak kira di ofis, di kafe, atau di mana-mana sahaja, laptop ini pasti akan menarik minat orang ramai dengan tema angkasa lepas dan paparan ZenVision.
Ia juga adalah salah satu ultraportable paling berkebolehan di pasaran bagi urusan kerja yang berat CPU. Malangnya, ia bukanlah gaming laptop, jadi mungkin ada yang sedih kerana tidak dapat bermain game AAA kegemaran di peranti.
Tidak banyak sebenarnya untuk mengadu, kerana sejujurnya ini antara ultrabook paling seronok pernah saya pakai. Masalahnya cuma: korang perlu membayar harga premium untuk 14X OLED walaupun ia mempunyai spec yang lebih kurang sama dengan ZenBook 14X standard. Sanggup atau tidak, itu terpulang kepada anda.
Maka tamatlah review saya untuk ASUS ZenBook 14X OLED Space Edition. Buat sesiapa yang berminat, laptop ini tersedia dalam dua varian yang boleh didapati pada harga RM 6,499 (i7-12700H/16G/1TB) dan RM 5,599 (i5-12500H/16G/512GB). Untuk info lanjut, korang boleh melayari laman web rasmi ASUS di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post