Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS ROG Umum ROG Ally X Serba Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 3, 2024
in Artikel, Berita, Hardware, Komputer, Teknologi
0 0
0
ASUS ROG Umum ROG Ally X Serba Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

ASUS Republic of Gamers (ROG) hari ini mengumumkan ROG Ally X, model baharu untuk konsol handheld gaming ROG Ally yang popular.

Direka bentuk untuk gaming Windows 11 semasa “on the go”, ROG Ally X mempertingkatkan ergonomik, penyejukan dan ketersambungan, sambile menampilkan game library baharu yang boleh disesuaikan dan kemas kini sistem bersatu. Berikut adalah butiran penuh:

Kredit: ROG

ROG Ally X menambah baik banyak komponen dalaman yang penting. SSD 1 TB baharu memastikan pengguna mempunyai ruang untuk semua game mereka, yang meningkat daripada 512 GB pada Ally original.

Selain itu, ROG Ally X menggunakan motherboard baharu yang menampilkan slot faktor bentuk M.2 2280, untuk membolehkan pengguna menaik taraf storan mereka kepada drive yang lebih besar dengan lebih mudah.

Bersama peningkatan storan ini ialah 24 GB LPDDR5X-7500 RAM untuk lebih fleksibiliti. Sebagai APU, AMD Ryzen Z1 Extreme berkongsi RAM video dengan RAM sistem peranti.

Dengan game moden menggunakan lebih banyak VRAM untuk resolusi tinggi, tekstur seakan hidup, memori sistem 24 GB membolehkan pengguna memperuntukkan lebih banyak memori kepada kedua-dua sistem dan GPU untuk prestasi lebih baik dalam game AAA generasi akan datang.

Kredit: ROG

ROG Ally X juga telah dilengkapi dengan bateri 80 Wh, dua kali ganda kapasiti model sebelumnya, jadi pengguna boleh bermain lebih lama. Walaupun terdapat peningkatan yang besar dalam hayat bateri, ROG Ally X hanya mempunyai berat 70 gram lebih daripada ROG Ally original, dengan pengagihan berat yang sempurna di antara bahagian ibu jari dan jari telunjuk semasa pemain menggenggam peranti.

Ini memastikan ia berasa lebih ringan daripada berat 678 g, untuk memastikan pengalaman yang selesa dan mudah alih untuk semua.

ROG Ally X menampilkan casis yang direka semula dalam jalur warna hitam serba baharu, dengan pemegang yang lebih dalam dan bentuk lebih bulat untuk keselesaan yang lebih baik, tanpa menambah ketebalan pada peranti.

Butang dan joystick disusun dalam sudut yang lebih ergonomik, dengan condong ke trigger yang menjadikannya lebih mudah untuk ditekan. Butang makro di bahagian belakang juga lebih kecil, untuk mengurangkan tekanan yang tidak disengajakan sambil memastikan mudah diakses.

Kredit: ROG

Joystick telah digantikan dengan modul baharu lebih tahan lama yang dinilai untuk jangka hayat 5 juta kitaran, dengan spring yang lebih kaku untuk tindak balas yang selesa biasa kepada pemain yang menggunakan controller. D-Pad turut ditambah baik, dengan input lapan arah lebih tepat untuk game fighting dan retro.

Pengguna banyak meminta I/O universal, jadi port XG Mobile original telah digantikan dengan dua port USB-C pada peranti, salah satunya adalah Thunderbolt untuk dock pihak ketiga dan GPU eksternal.

Kredit: ROG

Untuk menampung bateri baharu, ROG Ally X menampilkan kipas baharu yang 23% lebih kecil, tetapi menggunakan bilah kipas 50% lebih nipis untuk meningkatkan aliran udara. Dua terowong baharu di dalam kipas menempatkan udara terus ke atas dan keluar ke arah lubang ekzos tambahan di atas peranti.

Penyelesaian haba baharu ini menyediakan 24% lebih banyak isipadu udara untuk ditolak melalui peranti, menyejukkan bukan sahaja komponen dalaman tetapi juga skrin sentuh, yang mengukur sehingga 6°C lebih sejuk untuk penggunaan jangka panjang yang lebih selesa.

Kredit: ROG

Buat masa ini, ROG Ally X belum mempunyai tarikh keluaran dan harga rasmi – jadi kita hanya mampu menunggu info lanjut daripada ASUS ROG.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: asus rogROG Ally X
ShareTweetSend
Previous Post

Laptop Acer Siri Swift Baharu Akan Dilengkapi Dengan Cip Pemproses AMD Ryzen AI Siri 300

Next Post

ASUS Umum Portfolio Lengkap PC Copilot+ Kuasa AI Termasuk ProArt, Zenbook & Vivobook

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!
Review

Reviu DOOM: The Dark Ages – Zaman Berubah, Tapi Slayer Kekal Brutal!

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu
Review

Reviu The Elder Scrolls IV: Oblivion Remastered – Legenda Lama, Diberi Nafas Baharu

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Next Post
ASUS Umum Portfolio Lengkap PC Copilot+ Kuasa AI Termasuk ProArt, Zenbook & Vivobook

ASUS Umum Portfolio Lengkap PC Copilot+ Kuasa AI Termasuk ProArt, Zenbook & Vivobook

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!
Berita

Honkai: Star Rail x Fate/stay night [Unlimited Blade Works] Akan Bermula 11 Julai!

May 4, 2025
Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius
Anime

Black Clover – Asta Kecundang, Tinggal Yuno Seorang Diri Melawan Lucius

May 2, 2025
Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?
Filem

Trailer Baru Ejen Ali The Movie 2 – Ali Beraksi Dalam Sut Satria, Ejen Rizwan Berpaling Tadah?

May 2, 2025
Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis
Fakta & Trivia

Kisah Sebenar Uchiha Itachi – Bukan Penjahat, Tapi Wira Tragis

May 1, 2025
Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!
Filem

Papa Zola: The Movie – Game On Akan Hadir Ke Pawagam Disember Ini!

May 1, 2025
Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat
Jom Singgah!

Pengalaman Kami di One Piece Asia Hunt – Menggembara Bersama Kru Straw Hat

April 30, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd