Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS ROG Umum Desktop Gaming ROG G700, Direka Sepenuhnya “In-House Oleh ROG!”

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 8, 2025
in Artikel, Berita, Desktop, Komputer, Produk, Teknologi
0 0
0
ASUS ROG Umum Desktop Gaming ROG G700, Direka Sepenuhnya “In-House Oleh ROG!”
Share on FacebookShare on Twitter

Semalam, ASUS ROG telah mengumumkan kehadiran desktop gaming ROG G700 untuk tahun 2025. Dilengkapi dengan teknologi terkini daripada Intel, AMD, dan NVIDIA, desktop ini direka sepenuhnya secara dalaman menggunakan komponen eksklusif ASUS dan ROG, yang telah diuji dan disahkan untuk memberikan prestasi serta kebolehpercayaan luar biasa kepada para gamer.

Dengan penggunaan komponen standard dan casis tanpa alat, ROG G700 menjadikan penambahbaikan dan penyelenggaraan pada masa hadapan lebih mudah dan efisien. Inilah butiran lengkap:

Prestasi Gaming Di Tahap Tertinggi

Kredit: ASUS ROG

ROG G700 menampilkan pemproses sehingga Intel Core Ultra 9 285K atau AMD Ryzen 7 9800X3D. Menyokong kuasa CPU ini, G700 dilengkapi sehingga NVIDIA GeForce RTX 5090 32GB GDDR7, menawarkan akses kepada teknologi perisian terkini seperti DLSS 3.5 dan Frame Generation untuk kadar bingkai lebih tinggi dan visual mengagumkan.

Dengan sehingga 64GB RAM DDR5, G700 mampu untuk bermain game, melakukan livestreaming, dan banyak lagi secara serentak. SSD NVMe PCIe Gen 4 berkapasiti 2TB membolehkan penyimpanan yang besar serta memulakan dan melancarkan game dalam beberapa saat sahaja. G700 turut menyokong storan PCIe Gen 5 untuk gamer yang ingin meningkatkan storan jangka panjang mereka di masa depan.

Kredit: ASUS ROG

G700 dibina sepenuhnya menggunakan komponen eksklusif ROG dan ASUS, dengan reka bentuk teliti serta ujian kualiti menyeluruh yang menonjolkan dedikasi ROG terhadap prestasi dan kebolehpercayaan.

G700 dilengkapi dengan empat kipas 120mm, menyediakan aliran udara mencukupi untuk konfigurasi penyejukan udara dan air. Model penyejukan udara menampilkan penyejuk udara berbentuk “tower” untuk CPU, manakala varian penyejukan cecair dilengkapi dengan AIO 240mm.

Kredit: ASUS ROG

Dengan tiga kipas depan dan satu ekzos belakang, G700 menawarkan laluan aliran udara yang mudah tetapi dioptimumkan. Semua versi G700 juga dilengkapi dengan 3 penapis habuk yang mudah dikeluarkan dan dibersihkan.

Dengan komponen bersaiz standard, termasuk papan induk, bekalan kuasa, dan kipas, G700 mudah untuk dinaik taraf dan diselenggara di masa hadapan. Akses sepenuhnya tanpa alat kepada panel sisi membolehkan pengguna baharu membuka mesin dengan mudah bagi tujuan pembersihan dan pertukaran komponen.

Kredit: ASUS ROG

Sentuhan unik di seluruh mesin mempamerkan semangat ROG G700, termasuk RGB dengan sokongan Aura Sync, serta header I/O depan.

Untuk gamer yang mencari desktop gaming sejati ROG, G700 bakal tersedia pada tahun ini. Maklumat lanjut termasuk tarikh pelancaran dan harga akan diumumkan oleh ROG pada masa akan datang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: desktopROG G700
ShareTweetSend
Previous Post

ASUS Umum PC Copilot+ Paling Ringan di Dunia Zenbook A14 & Vivobook Inovasi AI!

Next Post

Aksesori PS5 Menambah Koleksi Warna “Midnight Black,” Akan Tiba Februari 2025!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025
Smartphone

Gaming Phone Terbaik Bawah RM2000 di Malaysia untuk 2025

May 30, 2025
Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi
Remastered

Bravely Default: Flying Fairy HD Remaster – Info Baharu Tentang Dunia, Mini-Game, Kelas & Banyak Lagi

May 30, 2025
FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun
Remake

FRONT MISSION 3: Remake Bakal Keluar Di Nintendo Switch Pada 26 Jun

May 30, 2025
Next Post
Aksesori PS5 Menambah Koleksi Warna “Midnight Black,” Akan Tiba Februari 2025!

Aksesori PS5 Menambah Koleksi Warna "Midnight Black," Akan Tiba Februari 2025!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd