Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

ASUS ROG jadi penaja rasmi untuk kejohanan Professional Mobile Legends Malaysia & SEA tahun 2023/2024

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 31, 2023
in Android, Artikel, Berita, Esports, Kejohanan esports, MOBA, Mobile, Smartphone, Teknologi, Tempatan
0 0
0
ASUS ROG jadi penaja rasmi untuk kejohanan Professional Mobile Legends Malaysia & SEA tahun 2023/2024
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) telah mengumumkan kolaborasi selama dua tahun bersama MOONTON Games, pencipta dan penerbit kepada game MOBA popular, Mobile Legends: Bang Bang. Kini, ASUS ROG akan menjadi penaja rasmi untuk majoriti kejohanan Mobile Legends Professional di seluruh Malaysia dan Asia Tenggara pada tahun 2023 dan 2024.

Kredit: Moonton

Antara kejohanan rasmi Mobile Legends yang melibatkan ASUS ROG termasuk:

  • MPL MY (Mobile Legends Professional League – Malaysia)
  • MSC (Mobile Legends: Southeast Asia Cup)
  • M Series (M World Championship)
Kredit: Moonton

Pasukan ROG Phone telah bekerjasama rapat dengan MOONTON sejak 2022 untuk Malaysia Professional League. Selepas bertahun-tahun bekerjasama, ASUS ingin berkembang melangkaui sempadan serantau ke skala global. Perluasan ini termasuk empat kejohanan esport antarabangsa; Southeast Asia Cup 2023 dan 2024, dan M Series World Championship M5 dan M6.

Kolaborasi ini bertujuan untuk meningkatkan pengalaman esports, dan menyediakan pemain dengan kandungan peringkat tinggi serta pengalaman canggih.

Kredit: Moonton

Sempena itu, ROG akan pramuat aplikasi MLBB pada semua siri ROG Phone 7. Selain itu, pek tema MLBB juga akan tersedia. Ini membolehkan peminat mendapat akses yang lebih baik kepada game tersebut pada ROG Phone terkini dan meraikan acara bersama-sama dengan interface bertema MLBB.

Shawn Chang, Pengarah Jualan Global ASUS dan Pemasaran untuk Unit Perniagaan Telefon berkata:

“Di ROG, kami membangunkan setiap ROG Phone dengan tumpuan yang tidak berbelah bahagi pada prestasi, kecekapan kuasa dan memberikan pengalaman gaming yang mengasyikkan.”

“Kami berhasrat untuk menyediakan telefon dengan ciri-ciri canggih yang meningkatkan pengalaman gaming MLBB dan membawa kejohanan esport ke peringkat seterusnya.”

Kredit: Moonton

Siri ROG Phone 7 mempamerkan ciri-ciri hebat, termasuk pemproses Snapdragon 8 Gen 2 Mobile Platform dan sistem terma GameCool 7. Ini memberikan pengalaman gaming mudah alih yang lancar sambil mengekalkan penggunaan kuasa yang rendah. Siri ROG Phone 7 juga memastikan pengalaman gaming yang mengasyikkan dengan paparan 165 Hz refresh rate dan subwufer 2.1-channel serba baharu.

Acara global pertama yang MLBB akan bekerjasama dengan ROG ialah MSC 2023, yang bakal berlangsung pada bulan Jun di Phnom Penh, Kemboja. Menampilkan sistem kejohanan baru, MSC 2023 akan menerima kemasukan pasukan baharu di luar Asia Tenggara iaitu Amerika Utara, MENA (Timur Tengah dan Afrika Utara), dan Turki.


Untuk baca segala berita kami tentang ASUS ROG, sila tekan pautan ini. Anda juga boleh membaca liputan kami tentang Mobile Legends di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: asus rogMalaysiaMobile Legends
ShareTweetSend
Previous Post

Game Sains-Fantasi RPG ELEX II Akan Tiba ke Mac pada Jun 2023!

Next Post

ASUS umum Vivobook 15X yang bergaya dan tahan lasak, harga bermula RM3,099!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
ASUS umum Vivobook 15X yang bergaya dan tahan lasak, harga bermula RM3,099!

ASUS umum Vivobook 15X yang bergaya dan tahan lasak, harga bermula RM3,099!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd