Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[CES 2021] ASUS mengumumkan laptop gaming ultraslim baru TUF Dash F15, mampu sokong RTX 3070!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
January 14, 2021
in Artikel, Berita, Komputer, Laptop, Teknologi
0 0
0
[CES 2021] ASUS mengumumkan laptop gaming ultraslim baru TUF Dash F15, mampu sokong RTX 3070!
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai salah satu peranti pertama yang diumumkan oleh ASUS, TUF Dash F15 adalah komputer riba gaming 15-inci yang mewakili ciri mudah alih, ringan, dan inklusif untuk siri TUF Gaming. Dengan kemampuan untuk bermain, bekerja, dan kekal produktif di mana sahaja, ia menggunakan pemproses gen terbaru hingga CPU Intel Core i7-11375H ke-11 dan GPU GeForce RTX 3070.

Ia dilengkapkan dengan fitur-fitur mewah yang biasanya tidak dapat dilihat pada titik harga mampu milik, seperti paparan dengan refresh rate hingga 240Hz, port Thunderbolt 4, dan teknologi Two-Way AI Noise Cancellation. Pengguna boleh menjadi lebih produktif berkat bateri besar yang mampu menonton video sehingga 16.6 jam secara berterusan dan pengecasan Type-C yang memanjangkan hayat bateri dari pelbagai adaptor dan pek kuasa. TUF Dash F15 menggunakan semua fitur ini dalam casis yang bergaya tanpa mengorbankan ketahanan yang kita sering lihat dalam siri TUF Gaming.

Nipis dan bergaya

 

1 of 2
- +

Dash F15 lebih ringan dan nipis daripada komputer riba TUF Gaming biasa, dengan ukuran hanya 19.9 mm dan berat 2kg (4.4 lb), sambil memenuhi piawaian MIL-STD-810H. Ia boleh didapati dalam dua pilihan warna, Moonlight White dan Eclipse Grey, yang ditonjolkan dengan backlight biru pada papan kekunci. Logo TUF yang diperbaharui menampilkan reka bentuk moden, manakala huruf kecil di bahagian penutup menggemaskan lagi reka bentuk baru.

Komputer riba Intel Core 11th terpantas

Pengguna boleh melakukan lebih daripada gaming sahaj dengan pemproses Intel Core i7-11375H Gen ke-11. CPU boleh mencapai hingga 5 GHz, dalam pakej kuasa yang kecil hingga 35W ketika GPU aktif dan 64W ketika CPU sahaja. Ia juga dilengkapi empat PCI Gen 4 untuk lebar jalur tinggi.

Ruang besar untuk memori DDR4-3200 hingga 32 GB bermaksud terdapat cukup RAM untuk melakukan tugas dan kandungan yang produktif. Segalanya amat lancar dan cepat berkat PCI Express SSD yang menjadikan sistem lebih responsif. Kita boleh menyimpan koleksi permainan yang besar dalam ruang hingga 1 TB, manakala slot SSD tambahan memudahkan penambahan terabyte. Dash F15 mempunyai reka bentuk “easy-upgrade” yang meletakkan slot SO-DIMM dan dua slot M.2 di belakang panel bawah.

Dikuasakan oleh Ampere

 

Kekuatan grafik dijamin dengan GPU GeForce RTX 3070 yang capai hingga 1390 MHz pada 80W dengan ROG Boost. Ini membolehkan kita mencapai frame rate yang tinggi dalam permainan video AAA dan permainan esports popular.

Dibina berdasarkan teknologi Ampere terbaru NVIDIA, GPU ini menggabungkan teras pemprosesan tradisional CUDA dengan teras RT generasi ke-2 dan teras Tensor generasi ke-3 untuk mempercepatkan ray tracing dan AI. Kombinasi ini membolehkan pencahayaan dan kesan dalam permainan yang realistik, dan juga mempercepat kerja intensif komputasi lain seperti pembelajaran mendalam AI.

GPU yang kuat memudahkan FPS mencapai tiga digit, tetapi paparan yang pantas juga penting. Panel dengan refresh rate hingga 240 Hz menawarkan response time 3 ms yang mengurangkan motion blur untuk mengesan sasaran dengan lebih tepat. Panel IPS ini juga merangkumi 100% spektrum sRGB. Varian lain Dash F15 menampilkan paparan 144 Hz yang masih menawarkan kelajuan yang kompetitif.

Sokongan Adaptive-Sync di semua pilihan paparan membolehkan pengalaman gaming yang sangat halus dengan menyatukan refresh rate dengan frame rate GPU, mengurangkan lag, meminimumkan “stuttering“, dan menghilangkan “visual tearing“.

Kuasa mudah alih

Pengguna boleh bermain atau menguruskan tugas lain tanpa halangan berkat bateri besar yang mampu menahan sehingga 16.6 jam menonton video. Apabila perlu mengecas, teknologi pengecasan pantas membolehkan bateri diisi dari 0% hingga 50% dalam masa kurang dari 30 minit. Hayat bateri dapat diperpanjang lagi dengan sokongan pengecasan Type-C dari adaptor atau pek kuasa yang sesuai.

Adaptor Type-C hingga 100W pun disokong, yang bermaksud pengguna dapat bergerak dengan lebih ringan dan menyimpan adapter AC standard untuk tugas intensif lain. Port Type-C berfungsi dengan Thunderbolt 4 dan USB4, lantas ia boleh dihubungkan ke peranti premium generasi terkini. Thunderbolt 4 pula membolehkan pengguna memasang stesen dok untuk persediaan desktop atau menyambungkan GPU luaran bagi meningkatkan prestasi permainan dan kekuatan grafik keseluruhan.

Tiga port USB 3.2 Type-A memberi ruang kepada periferal penting seperti gamepad, tetikus, dan lain-lain. HDMI 2.0b dapat disambungkan ke pelbagai paparan pada resolusi hingga 4K. Port Type-C juga berfungsi sebagai output DisplayPort 1.4 untuk menyambungkan paparan kedua. Bagi internet, WiFi ultrafast 6 (802.11ax) dan Gigabit Ethernet juga disertakan.

Penyejukan komprehensif

Walaupun kecil, penyejukan canggih membantu Dash F15 memuatkan perkakasan yang canggih. “Heat spreader” yang besar dan lima “heat pipe” tembaga mengedarkan haba dari CPU, GPU, VRAM, dan VRM ke dalam empat heatsink, masing-masing dilapisi dengan sirip nipis yang memaksimumkan luas permukaan untuk pelesapan haba dan meminimumkan ketahanan terhadap aliran udara.

Kipas berganda menyalurkan udara melalui empat saluran yang mengeluarkan haba lebih cepat dengan bunyi yang lebih senyap. Kipas n-Blade dibuat khas untuk menggerakkan lebih banyak udara. Dengan teknologi 0dB, kipas akan mati sepenuhnya apabila suhu CPU dan GPU turun di bawah 50° C dalam mod Silent.

Modul penyejukan pembersihan diri mengekalkan kestabilan dan prestasi jangka panjang dengan mengelakkan penumpukan pada komponen kritikal seperti bilah kipas dan sirip heatsink. Terowong anti-debu yang dikemas kini lebih pendek untuk mewujudkan lebih banyak ruang bagi aliran udara di sekitar kipas, sambil mengalihkan debu dari perkakasan penting. Pengguna dapat mengawal Dash F15 dengan Scenario Profile, yang dapat ditukar antara tiga mod operasi.

  • Turbo mode
  • Performance mode
  • Silent mode

Bunyi premium

Dash F15 dilengkapi dengan pelbagai fitur premium yang meningkatkan pengalaman pengguna untuk gaming, hiburan, dan banyak lagi. Bercakap bersama rakan kini sangat jelas berkat teknologi Two-Way AI Noise Cancellation baru. Teknologi canggih ini menghilangkan bunyi latar belakang yang tidak diingini dari input dan output audio. Teknologi ini menggunakan kuasa CPU, lantas membolehkan GPU memfokuskan semua kuasanya untuk memaksimumkan prestasi permainan.

Reka bentuk papan kekunci yang senyap mengekalkan input di bawah 30dB. Reka bentuknya dioptimumkan untuk gaming, dengan empat “hotkey” khusus untuk membolehkan akses cepat ke ciri-ciri penting seperti volume, mic mute, dan Armory Crate.

Pengalaman hiburan pun lebih imersif dengan teknologi DTS: X Ultra yang membawa “7.1-channel virtual surround sound” ke headset atau pembesar suara. Pengguna boleh memilih antara pilihan pra-tetapan untuk gaming, filem, dan sukan atau cuba untuk ubahsuai sendiri dengan aplikasi equalizer.

Spesifikasi

Processor
  • 11th Gen Intel® Core™ i7-11375H
  • 11th Gen Intel® Core™ i7-11370H
  • 11th Gen Intel® Core™ i7-11300H
Graphics
  • NVIDIA® GeForce RTX™ 3070, 8 GB GDDR6 VRAM
  • NVIDIA® GeForce RTX™ 3060, 6 GB GDDR6 VRAM
Operating system
  • Windows 10 Home
  • Windows 10 Pro
Display
  • 15.6-inch FHD (1920 x 1080), IPS-level panel, 240 Hz/3 ms, 100% sRGB, Adaptive-Sync
  • 15.6-inch FHD (1920 x 1080), 144 Hz
  • 15.6-inch FHD (1920 x 1080), 60 Hz
Memory
  • Up to 16 GB DDR4 3200MHz on board, plus 1 x SODIMM slot support up to 32 GB
Storage
  • 2 x M.2 SSD slot (NVMe® PCIe®), PCIe® 3 x4 512 GB / 1 TB
Keyboard
  • Backlit Chiclet Keyboard, 4 Hot Keys, 1.7 mm travel distance
Audio
  • 2 speakers, DTSX: Ultra
  • Two-Way AI Noise Cancelation
WiFi / Bluetooth
  • WiFi 6 (802.11ax)
  • Bluetooth® 5.1
I/O Ports
  • 1 x Thunderbolt 4 (Support USB4.0, Display port 1.4a, PD3.0)
  • 3 x USB 3.2 Gen1 (Type-A)
  • 1 x HDMI 2
  • 1 x 3.5 mm audio jack
  • 1 x Kensington lock
  • 1 x RJ45
Battery
  • 76 Wh
Power Supply
  • 200W power adapter
  • Support for 100W PD Charging
Size
  • 360 x 252 x 19.9 mm
Weight
  • 2 kg

Jika anda ingin tahu berita terkini tentang Asus, sila lawat halaman FB atau Twitter mereka. Untuk segala liputan kami tentang acara CES 2021, sila ikuti pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: AsusCES 2021TUF Dash F15TUF Gaming
Previous Post

[CES 2021] Pioneer MSI Mengadakan Acara Maya “MSIology” dengan menawarkan Laptop Baru

Next Post

Berpeluang memenangi Nintendo Switch Custom dengan Giveaway dari Little Nightmares II

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Berpeluang memenangi Nintendo Switch Custom dengan Giveaway dari Little Nightmares II

Berpeluang memenangi Nintendo Switch Custom dengan Giveaway dari Little Nightmares II

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd