ASURAJANG, sebuah game battle royale aksi free-to-play serba baharu, bakal dilancarkan di PC melalui Steam pada 27 Mac, dengan versi PlayStation 5 dan Xbox Series menyusul kemudian.
Dibangunkan dan diterbitkan oleh D-ZARD, game ini menampilkan sistem melee combat yang pantas, menggabungkan elemen fighting game dengan kekacauan battle royale—semuanya dalam gaya visual anime yang menarik.
Berbeza dengan battle royale berasaskan shooter seperti Fortnite atau Apex Legends, ASURAJANG memberi tumpuan kepada pertempuran jarak dekat, mengambil inspirasi daripada game seperti Dark Souls serta fighting game klasik.
Pemain akan mengawal pahlawan hebat yang dikenali sebagai “Asura”, masing-masing dengan gaya bertarung unik, gerakan khas, dan kuasa ultimate yang mampu mengubah arus pertempuran dalam sekelip mata.

Dengan kapasiti sehingga 33 pemain dalam satu perlawanan, game ini menawarkan dua mod utama:
- Trios Mode – yang memerlukan strategi berkumpulan dan kerjasama untuk mencapai kemenangan.
- Solos Mode – untuk pemain yang ingin menguji kemahiran individu.

Setiap perlawanan memerlukan ketepatan, kecekapan menangkis serangan lawan, serta kombinasi serangan yang tersusun. Kesilapan kecil boleh membuatkan pemain terdedah kepada serangan bertubi-tubi, tetapi dengan refleks dan strategi yang tepat, mereka boleh melakukan serangan balas yang hebat.
Salah satu elemen paling menonjol dalam ASURAJANG ialah visual bergaya anime, direka khas untuk menarik perhatian peminat sama genre dan game aksi. Dunia permainan ini dihuni oleh pelbagai watak yang penuh ekspresi, lengkap dengan animasi unik, emote, serta pelbagai pilihan customization seperti kostum dan aksesori eksklusif.

Selain pertempuran sengit, persekitaran dalam ASURAJANG turut memainkan peranan strategik dengan ciri interaktif seperti:
- Dudu Express – sistem kereta api bulatan yang membolehkan pemain bergerak pantas di sekitar peta.
- Healing Plant – yang memberikan pemulihan nyawa semasa bermain.
- Dark Spore Plant – yang mengaburkan pandangan musuh, membolehkan serangan hendap dilakukan dengan lebih mudah.

Dengan semua ciri ini, ASURAJANG sedang bersiap untuk menjadi pesaing baharu dalam dunia battle royale. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi.
@gamersantaimy
Discussion about this post