Dengan lebih 50 anugerah dan memenangi ‘ Game of the Year ‘ dan ‘Game Aksi Terbaik’, Assassin’s Creed telah memikat pemain dan pengkritik di seluruh dunia sepanjang 15 tahun yang lalu dengan penceritaannya yang mengasyikkan. Peminat kini boleh membawa alam semesta Assassin’s Creed ke stesen pertempuran mereka dengan Koleksi Secretlab Assassin’s Creed baharu, yang direka bersama oleh artis daripada penerbit AAA Ubisoft dan pembuat peranti gaming, Secretlab. Kerjasama terbaharu daripada dua jenama gaming terkemuka ini memberi penghormatan kepada legasi lama siri yang telah mentakrifkan semula stealth-action gameplay untuk seluruh generasi pemain.

Kisah yang hebat dan jalan cerita yang memikat daripada sejarah, digabungkan dengan grafik yang luar biasa, telah membawa Assassin’s Creed luar daripada dunia game. Sebagai tambahan kepada pelbagai game utama dan spin-off, dunia Assassin’s Creed kini berkembang kepada novel, komik, filem dan siri TV akan datang. Digemparkan sebagai salah satu game ikonik di dunia, Assassin’s Creed menyertai barisan beberapa tajuk AAA di dunia yang bekerjasama dengan Secretlab, membawa pengalaman game yang lebih hebat dengan kerusi gaming Secretlab bertema dan aksesori mejanya sendiri.
Diinspirasikan oleh Animus dan warna jubah assassin, Secretlab TITAN Evo 2022 Assassin’s Creed Edition* dilapisi dengan kain pelapis dalam Secretlab NEO™ Hybrid Leatherette dan menampilkan corak kotak-kotak merah dan perincian Animus yang futuristik pada sayap sisi. Logo siri Assassin’s Creed disulam pada sandaran belakang menunjukkan legasinya, direka khas untuk peminat yang mengikuti siri tersebut sejak 2007.

Dibina pada siri Secretlab TITAN Evo 2022 dan tersedia dalam saiz Regular dan XL, peminat boleh menikmati keselesaan bertaraf dunia sambil mereka meninjau semula Assassin’s Creed atau menyelami lebih mendalam tentang tradisi siri yang sangat terkenal dengan sambutan Ulang Tahun ke-15 yang sedang berlangsung.
Anda juga boleh lengkapkan persediaan bertema mereka dengan Secretlab MAGPAD™ Desk Mat Assassin’s Creed Edition dan Secretlab MAGNUS Cable Management Bundle Assassin’s Creed Edition, yang dicipta khas untuk Secretlab MAGNUS Metal Desk.

Plot yang menarik, visual yang menakjubkan dan soundtrack yang unik membuatkan Assassin’s Creed dapat anugerah dan pencalonan yang tidak terkira banyaknya. Sebagai salah satu game terlaris sepanjang zaman, kami ingin mencipta sesuatu yang abadi untuk meraikan legasi francais selama 15 tahun dengan menyepadukan elemen paling ikoniknya ke dalam kerusi. Dengan banyak tajuk baharu yang akan datang, saya tidak sabar untuk melompat kembali ke dunia Assassin’s Creed dan kali ini, di kerusi Secretlab Assassin’s Creed Edition saya sendiri.
Alaric Choo, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Strategi di Secretlab

Ulang Tahun ke-15 Assassin’s Creed merupakan peristiwa penting bagi kami. Kami mahu menjadikannya lebih diingati peminat dalam setiap cara, dan mencipta kerusi yang diilhamkan oleh Animus. Kami sentiasa mengagumi perhatian terhadap perincian yang diletakkan Secretlab di kerusi mereka, dan dengan lebih 50 anugerah yang dimenangi, mereka adalah pilihan yang jelas untuk menghidupkan idea ini. Kerusi ini, bersama aksesori meja MAGNUS, mesti dimiliki oleh mana-masa peminat untuk lengkapkan setup Assassin’s Creed mereka.
Addie Dorsey, Global Consumer Products at Ubisoft
Anda boleh melawat laman rasmi Secretlab untuk pra-tempah setup hebat ini. Untuk melihat liputan lain mengenai Secretlab daripada kami sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post