Seiring dengan Assassin’s Creed Showcase, Ubisoft telah mengeluarkan trailer baharu bagi Assassin’s Creed Valhalla di mana mereka menunjukkan update terbaru yang bakal tiba dalam beberapa bulan akan datang iaitu The Last Chapter.
Update The Last Chapter adalah arc percuma yang akan menyimpulkan beberapa jalan cerita yang telah ditetapkan sepanjang game.

Dalam trailer tersebut, terdapat seorang menceritakan tentang Eivor yang teringat kenangannya yang masih belum dikenalkan bersama Odin. Mungkin seseorang itu adalah orang yang berdiri di sebelahnya. Selepas itu, mereka menunjukkan beberapa adegan yang agak pelik. Ia seperti flashback kepada zaman semasa kerajaannya masih aman.
Dalam acara tersebut, tidak banyak mereka dedahkan tetapi dengan adanya adegan pelik-pelik yang muncul dalam video trailer tersebut, mungkin ramai peminat akan lebih mengenalinya. Sudah pasti ramai peminat akan mengeluarkan sebarang teori atau spekulasi yang hangat tentang update Assassin’s Creed Valhalla: The Last Chapter.

Bagi sesiapa yang tidak mengenali Assassin’s Creed Valhalla, anda akan bermain sebagai Eivor, iaitu pejuang Viking legenda yang dibawa dari Norway kerana perang yang tidak berkesudahan dan kekurangan sumber pada abad kesembilan Masihi.
Pemain dapat menghidupkan kembali gaya tempur kejam dari pejuang Viking dengan sistem kombat dual-wielding dan merasai ciri gameplay baru seperti raid, assault dan settlement. Keputusan pertempuran dan pilihan dialog dapat mempengaruhi dunia game ini, jadi pemain harus memilih dengan bijak untuk melindungi rumah klan dan masa depan mereka.

Jadi, adakah korang bersedia dengan update The Last Chapter yang bakal tiba tidak lama lagi secara percuma bagi Assassin’s Creed Valhalla? Apapun, ia merupakan bab terakhir yang bakal menghabiskan beberapa jalan cerita yang telah ditetapkan dalam game. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post