Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed Unity Telah Dimuat Turun Sebanyak 3 Juta Kali Sejak Kebakaran Notre-Dame

Satu penghargaan yang amat bermakna.

Wakambing by Wakambing
April 29, 2019
in Artikel, Berita, PC, PS4, Xbox One
0 0
0
Assassin’s Creed Unity Telah Dimuat Turun Sebanyak 3 Juta Kali Sejak Kebakaran Notre-Dame
Share on FacebookShare on Twitter

Apabila gereja katedral Notre-Dame rosak teruk selepas kebakaran beberapa minggu yang lalu, ramai orang segera untuk memberikan sumbangan atau sokongan mereka untuk membinanya semula. Salah satu syarikat yang menderma wang untuk tujuan tersebut ialah Ubisoft, yang menyumbangkan €500,000 (RM2.3 Billion) kerana sebahagian besar bangunan tersebut berada dalam game Assassin’s Creed Unity. Malah, mereka menawarkan game ini secara percuma selama seminggu kepada pemain PC untuk mengalami versi digital katedral tersebut. Nampaknya, pemain sukakan benda percuma sebegini apabila menurut The Hollywood Reporter, game ini telah dimuat turun sebanyak 3 juta kali dalam jangka masa tersebut.

Notre Dame
Sumber: Ubisoft

Semasa pembangunan permainan, level designer, Caroline Miousse menghabiskan sejumlah besar masa mempelajari foto dan bekerja dengan artis tekstur untuk memastikan bangunan yang dihasilkan digambarkan dengan tepat seperti yang mereka inginkan, yang seterusnya membawa kepada cadangan bahawa syarikat itu juga boleh menyumbangkan pengetahuan mereka ke arah usaha untuk membina semula katedral itu. Ubisoft telah menyatakan bahawa mereka “akan lebih senang untuk memberi kepakaran kami dalam apa jua cara untuk membantu usaha ini”.

Permainan video seperti ini membolehkan kita sebagai pemain untuk meneroka tempat dengan cara yang tidak pernah kita bayangkan. Ubisoft juga berharap, dengan sumbangan kecil ini, mereka dapat memberi peluang kepada setiap orang untuk menghargai penghormatan secara maya kepada karya senibina ini. Assassin’s Creed Unity telah pun dikeluarkan pada November tahun 2014 untuk Windows, PS4 dan Xbox One.

Sumber: The Hollywood Reporter

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: assassinscreednotre-dameubisoftUnity
Previous Post

Pemain League of Legends Digantung 3 Hari Selepas Membocorkan Spoiler Untuk Avengers: EndGame

Next Post

Pra-pendaftaran untuk Acara Super Mecha Champions yang akan hadir di Android dan iOS kini bermula!

Wakambing

Wakambing

Previously known as Hamster Goreng. Don't give up on your dreams, keep sleeping! #Mmmbbbekkkk

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pra-pendaftaran untuk Acara Super Mecha Champions yang akan hadir di Android dan iOS kini bermula!

Pra-pendaftaran untuk Acara Super Mecha Champions yang akan hadir di Android dan iOS kini bermula!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd