Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed Shadows “BOCOR” Sebulan Sebelum Pelancaran!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
February 25, 2025
in Action, Artikel, Berita, Open World, Spoiler
0 0
0
Assassin’s Creed Shadows “BOCOR” Sebulan Sebelum Pelancaran!
Share on FacebookShare on Twitter

Beberapa salinan game Assassin’s Creed Shadows telah muncul secara tidak dijangka di internet, mengakibatkan rakaman gameplay dan spoiler tersebar sebelum pelancarannya pada 20 Mac 2025.

Laporan mendakwa bahawa beberapa individu berjaya membeli salinan ini melalui platform seperti Facebook Marketplace, namun asal-usulnya masih tidak diketahui. Memandangkan cakera game dicetak lebih awal sebelum pelancaran, versi yang bocor ini nampaknya menggunakan versi lama yang kemungkinan besar akan dikemas kini dengan “patch update” pada hari pelancaran.

Walaupun Ubisoft telah mengambil langkah berjaga-jaga, sekumpulan kecil pemain sudah mula berkongsi pengalaman mereka dalam internet, mencetuskan perbincangan meluas mengenai spoiler.

Assassin’s Creed Shadows physical copies being sold before launch
byu/Ajxtt inGamingLeaksAndRumours

Kebocoran ini memberikan risiko besar terhadap keterujaan dan jangkaan peminat terhadap game ini, lebih-lebih lagi kerana Ubisoft dijangka mengambil tindakan tegas dengan tuntutan hak cipta bagi mengekang penyebarannya.

Selain itu, pembeli berpotensi dinasihatkan agar tidak tergoda untuk mendapatkan “salinan game” tersebut, kerana mereka mungkin menjadi mangsa penipuan dan berisiko membayar hingga beratus-ratus ringgit untuk sesuatu yang mungkin tidak mereka terima. Ubisoft menggesa peminat supaya bersabar beberapa minggu lagi dan membeli game rasmi dengan kemas kini penuh daripada kedai yang sah.

Sebagai tindak balas terhadap kebocoran ini, Ubisoft turut mengeluarkan kenyataan di X, mengakui bahawa salinan Assassin’s Creed Shadows telah tersebar lebih awal. Mereka menekankan bahawa game ini masih dalam pembangunan aktif dan rakaman yang tersebar tidak mencerminkan kualiti akhir permainan.

Ubisoft turut meminta peminat untuk tidak menyebarkan spoiler, kerana ia boleh mengurangkan keseronokan bagi mereka yang menantikan pelancaran rasmi. Mereka mengakhiri kenyataan dengan mengingatkan komuniti supaya “bersembunyi dalam bayangan” dan mengikuti halaman rasmi untuk lebih banyak kejutan menjelang pelancaran pada 20 Mac.

pic.twitter.com/Ignd2JZVpS

— Assassin's Creed (@assassinscreed) February 24, 2025

Kebocoran ini menjadi lebih memudaratkan memandangkan kontroversi yang telah melanda Assassin’s Creed Shadows sejak kebelakangan ini. Game ini telah menerima kritikan mengenai hala tujunya dan mengalami beberapa penangguhan sejak tarikh pelancaran asalnya pada November 2024.

Dengan kebocoran besar ini, Ubisoft kini berdepan cabaran lebih besar dalam usaha memasarkan dan mempromosikan game ini dalam minggu-minggu mendatang.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin’s Creed Shadows
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu Monster Hunter Wilds – Hanya Pemburu Terkuat Yang Mampu Bertahan!

Next Post

James Gunn Berminat dengan Game DC Mirip Marvel Rivals, Juga Sahkan Game Baru dengan NetherRealm/Rocksteady

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
James Gunn Berminat dengan Game DC Mirip Marvel Rivals, Juga Sahkan Game Baru dengan NetherRealm/Rocksteady

James Gunn Berminat dengan Game DC Mirip Marvel Rivals, Juga Sahkan Game Baru dengan NetherRealm/Rocksteady

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd