Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Assassin’s Creed menyambut ulang tahun ke-15 dengan pelbagai kandungan hebat setiap minggu!

Maira by Maira
June 15, 2022
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Assassin’s Creed menyambut ulang tahun ke-15 dengan pelbagai kandungan hebat setiap minggu!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau anda ingin tahu, hari ini merupakan ulang tahun ke-15 untuk francais terkenal, Assassin’s Creed. Sempena sambutan ini, pasukan pembangun ingin berterima kasih kepada semua peminat sepanjang 15 tahun ini dengan pelbagai sejarah hebat dan minat yang sama. Terdapat pelbagai kejutan yang akan menanti pemain seperti acara kolaborasi, ganjaran, aktiviti komuniti dan banyak lagi.

Sambutan ini juga akan bermula hari ini di laman web khas dan saluran Twitch dan YouTube Ubisoft. Pasukan Assassin’s Creed berharap supaya komuniti akan berseronok sepanjang sambutan ini dan menjemput semua pemain untuk sertai meereka September ini untuk pendedahan terbaru masa depan francais Assassin’s Creed dalam satu acara istimewa.

Pemain akan dapat mengakses kandungan percuma dalam Assassin’s Creed Valhalla sebgai tanda terima kasih atas sokongan selama 2 tahun, dengan kembalinya festival, Mastery Challenge Pack 2, ciri Armory dan gua baru untuk diteroka pada musim luruh ini, yang membawa pemain dalam misi menyelesaikan misteri Tombs of the Fallen.

Semasa musim panas pula, pemain boleh turut serta dalam game rouge-lite Odin yang diinspirasikan oleh perjalanan hebat Niflheim dengan The Forgotten Saga, memberikan sesuatu yang baru kepada gameplay secara percuma kepada pemain Assassin’s Creed Valhalla. Pada hujung tahun pula, pasukan pembangun akan mendedahkan pula episod terakhir untuk penceritaan Eivor malah ianya percuma untuk semua pemain!

Seperti yang didedahkan sebelum ini, Assassin’s Creed Origins akan tersedia dalam 60 fps untuk PS5 dan Xbox Series X|S. Pemain juga boleh menjumpai semula Ancient Egypt di bawah pemerintahan Cleopatra dalam 60 fps dan kesemua pengembaraan Bayek. Sempena itu, Assassin’s Creed Origins akan tersedia secara percuma selama seminggu, bermula 16 Jun sehingga 20 Jun. Anda boleh muat turun pre-load game melalui pautan ini bermula sekarang!

Selama 5 tahun ini, pasukan berusaha untuk menyediakan sejarah secara meluas dengan francais Discovery Tour. Sempena usaha hebat ini, Discovery Tour: Viking Age kini tersedia sebagai versi standalone untuk konsol PS, Xbox dan PC. Pasukan pembangun juga berbesar hati untuk bekerjasama dengan Fakulti Pendidikan di Universiti McGill untuk membangunkan panduan kurikulum untuk guru dan pelajar yang tersedia dalam talian secara percuma, untuk membantu mereka memanfaatkan sepenuhnya Discovery Tour sebagai alat pembelajaran untuk bilik darjah. Anda boleh ketahui lebih lanjut melalui pautan ini.

Sempena 15 tahun Assassin’s Creed, setiap minggu akan memaparkan satu game, yang menawarkan kandungan baru, ganjaran dan pengalaman interaktif untuk semua pemain di laman web khas. Beberapa set tatu Assassin’s Creed Origins malah naval pack juga tersedia dalam Assassin’s Creed Valhalla.

Menarik juga pengumuman baru francais hebat Ubisoft ini. Tidak sabar pula untuk lihat episod akhir Eivor hujung tahun nanti. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai Assassin’s Creed daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Assassin's CreedAssassin's Creed ValhallaAssassin’s Creed® OriginsAssassin's Creed 15
Previous Post

Panduan menonton mengikut timeline Gundam selepas Universal Century

Next Post

Life Makeover – game fashion ditampilkan dalam acara Summer of Gaming, Pra-daftar sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Life Makeover – game fashion ditampilkan dalam acara Summer of Gaming, Pra-daftar sekarang!

Life Makeover - game fashion ditampilkan dalam acara Summer of Gaming, Pra-daftar sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd