Seperti yang diumumkan, Assassin’s Creed Codename Jade telah pun mengadakan sesi ujian beta tertutup untuk pemain mencubanya. Kami juga tidak melepaskan peluang untuk bermain beta game tersebut. Jadi tanpa membuang masa, jom kami ceritakan sedikit pengalaman kami mencuba Assassin’s Creed Codename Jade beta!
Cerita dan Persembahan
Dalam Assassin’s Creed Codename Jade, kita akan meneroka haluan Xia. Berlatarkan zaman China purba semasa empayar bersatu pertama, era perdagangan dan pertukaran budaya belum pernah berlaku antara Timur dan Barat baru bermula. Tetapi sudah tentu akan adanya cabaran dan ancaman baharu yang bersembunyi.
Bermain sebagai anak murid Wei Yu, pemain akan memulakan perjalanan untuk membalas dendam setelah kawan baiknya dikhianati. Tetapi semakin lama mereka meneruskan misi tersebut, lebih banyak rahsia tentang masa lalu dibongkar dan kuasa hebat telah mengancam untuk menghapuskan segala benda yang mereka sayangi. Daripada Tembok Besar China di luar sempadan empayar ke ibu kota empayar Xianyang, anda akan mengembara melalui dunia yang penuh dengan sejarah purba dan bahaya yang tersembunyi. Bertahan daripada Xiongnu dan berusaha untuk membongkarkan konspirasi serta memikul tanggungjawab besar dan hadapi cabaran baharu.

Dalam versi beta yang kami mainkan, tiada cutscene yang tersedia sebaliknya, cerita disampaikan melalui lukisan yang memaparkan watak. Terdapat mesej “kami masih menghasilkan sinematik. Ini hanya versi sementara yang tidak mewakili kualiti akhir,” bermakna dalam versi akhir nanti, mungkin akan ada cutscene yang tersedia nanti.
Eksplorasi di China purba
Pada mulanya kami anggap game ini hanyalah game linear atau pun game semi-open-world. Bayangkan betapa terkejutnya kami apabila melihat peta besar Assassin’s Cree Codename Jade. Ia sebenarnya sebuah game open-world yang anda boleh temui dalam pasaran. Terdapat sistem Synchronized untuk membukan kawasan dalam peta.

Terdapat banyak misi yang boleh anda selesaikan semasa meneroka. Sebagai contoh, menyiasat atau menyelamatkan orang daripada penyamun untuk mendapatkan material yang digunakan untuk watak. Setiap misi mempunyai level berbeza iaitu: Bronze, Silver dan Gold. Lebih susah cabarannya lebih banyak ganjaran berharga yang anda boleh dapatkan. Anda juga boleh menghasilkan makanan sendiri untuk mendapatkan buff atau potion healing. Selain itu, terdapat juga artifak yang berguna untuk anda dapatkan Talent Point.

Sistem navigasi semasa eksplorasi tidaklah begitu susah untuk digunakan. Pemain boleh fast travel ke tempat tertentu apabila ia sudah Synchronized. Terdapat juga mount dan “auto” walk untuk memudahkan pemain ke lokasi yang ingin dituju. Untuk sebuah game mobile, ia terasa seperti bermain game konsol. Memang Ubisoft lakukan kerja yang baik untuk game ini.

Combat dan Parkour
Combat dalam game ini seperti game action RPG mobile dalam pasaran. Terdapat butang untuk normal attack, skill, ultimate, evade dan juga parry. Pergerakan watak juga kelihatan lancar dalam setiap pertarungan. Disebabkan watak boleh menggunakan pelbagai watak, setiap kali musuh tumpas, anda boleh melihat finishing move yang berbeza.
Walaupun begitu, stealth dalam game kelihatan sedikit kaku. Kadang-kadang apabila menekan butang “stealth kill”, pergerakan watak menjadi sedikit perlahan dan membuatkan kami mudah dikesan. Sudah tentu kami dikepung musuh selepas itu. Assassin’s Creed Codename Jade tiada sistem untuk menyembunyikan mangsa, sebaliknya mereka akan hilang secara automatik.

Nasib baik aksi parkour dalam game ini lancar seperti game versi konsol. Sebagai contoh, anda boleh memanjat dinding tanpa sebarang masalah. Tetapi kawalannya mungkin sedikit kekok untuk anda kerana kadang-kadang watak kelihatan seperti berat apabila melompat daripada satu objek ke objek yang lain.
Sejujurnya kami suka dengan sistem parkour serta combat yang hampir sama dengan versi konsol untuk game mobile ini. Kalau animasi serta pergerakan watak boleh diperbaiki lagi, ia mungkin akan memberikan pengalaman yang lebih sempurna.

Customization Watak
Anda boleh mereka watak anda tersendiri dalam Assassin’s Creed Codename Jade. Pelbagai perincian yang tersedia untuk anda boleh ubah pada watak seperti dahi, hidung, kelopak mata, dagu dan banyak lagi. Untuk bahagian kepala, perincian seperti rambut, janggut dan misai boleh diwarnakan. Kalau anda jenis tidak suka menghabiskan masa pada bahagian ini, ada sahaja preset tersedia untuk anda gunakan.

Senjata dan Sistem Talent
Dalam game ini, perkara yang anda betul-betul perlu ambil perhatian adalah senjata. Setiap senjata hadir dengan rarity berbeza seperti Common, Uncommon, Rare, Epic dan Legendary. Senjata boleh “limit break” menggunakan Advance, yang akan menaikkan level dan damage senjata. Anda perlukan material untuk menggunakannya. Terdapat sistem yang dipanggil “Reforge” yang membolehkan anda untuk membuka skill baharu menggunakan senjata yang sama.

Anda akan perlukan pelbagai senjata yang hadir dengan pelbagai elemen. Setiap musuh mempunyai “kelemahan elemen” seperti Fire atau Bleed. Jadi setiap senjata elemen anda perlu upgrade ke tahap optimal untuk melawan pelbagai musuh.
Untuk perisai pula, ia tidak mempunyai sistem yang rumit seperti senjata. Perisai anda hanya perlu diubah mengikut rarity dan elemen. Ia boleh didapatkan melalui eksplorasi, acara atau drop daripada musuh. Jadi anda tidak perlu risau untuk gacha armor mahupun aksesori.

Pekara lain yang kami ingin sentuh adalah sistem Talent. Ia merupakan sistem yang tingkatkan ability watak secara pasif seperti membawa lebih banyak Heal Potion, tingkatkan Assassination Damage, dan sebagainya. Ia seperti skill tree di mana point boleh didapatkan melalui pengumpulan artifak dalam eksplorasi.
Tentang gacha
Seperti yang kami nyatakan, senjata merupakan benda paling penting game. Anda boleh mendapatkan melalui pelbagai cara seperti eksplorasi, quest atau acara. Kalau anda inginkan senjata Legendary, anda perlu gacha untuk mendapatkannya. Gacha dalam game ini menggunakan model seperti game gacha lain dalam pasaran iaitu 1- pull atau 10- pull. Berikut adalah peratusan untuk anda mendapatkan senjata dengan rarity berbeza:
- Legendary: 1.5%
- Epic: 6%
- Rare: 92.5%

Tetapi jangan risau sangat mengenai gacha kerana ia mempunyai sistem pity. Anda mempunyai peluang 50% untuk mendapatkan senjata legendary untuk 90 pull pertama. Kalau anda gagal, anda pasti akan mendapatkannya selepas itu. Tetapi yang best mengenai sistem gacha ini, semua kiraan pull dikongsi oleh semua banner. Jadi tidak kira banner mana yang anda pull, peratusan untuk mendapatkan senjata Legenda tidaklah begitu tipis.
Grafik dan Audio
Semasa mula-mula buka game, kami lihat dahulu tetapannya. Malang sekali, grafik tidak boleh diubah suai dalam versi beta ini. Tetapi pada pendapat kami, kualitinya nampak baik dan telah dioptimumkan untuk mobile. Sebagai rujukan, kami telah bermain beta Assassin’s Creed Codename Jade pada ROG Phone 7 dan mendapat framerate stabil pada 60 FPS tanpa stuttering.

Cuma satu benda sahaja yang kami ingin komen. Tekstur game ini mengambil masa yang perlahan untuk load sepenuhnya. Apabila kami bergerak daripada satu kawasan ke kawasan yang lain, kami perasan ada beberapa tekstur dan objek yang timbul di mana-mana. Oh ya, watak-watak game ini mempunyai dialog bersuara. Kami rasa pelakon suara telah melakukan kerja yang baik dalam menyampai watak mereka. Cuma kadang-kadang suara mereka berbunyi seperti robot, dan membuatkan kami rasa pelik mendengarnya. Harap-harap perkara ini boleh diperbaiki apabila versi akhir dilancarkan nanti.
Kesimpulan
Kami memang berpuas hati dengan apa yang kami alami dalam Assassin’s Creed Codename Jade. Ia tidaklah teruk seperti yang dijangkakan malah ia mampu memberikan pengalaman yang hampir sama dengan game Assassin’s Creed pada PC dan konsol. Memandangkan ini versi beta, sudah tentu ada beberapa benda yang perlu digilapkan untuk menjadikan game ini lebih baik. Sebagai contoh animasi pergerakan, respons watak yang perlahan dan suara watak. Sistem gacha juga boleh tahan juga. Apa pun kita nantikan pelancaran game ini apabila ia sudah bersedia.
Untuk mendapatkan berita menarik mengenai Assassin’s Creed daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post