Tular di Twitter semalam apabila seorang pelajar meminta sumbangan untuk membiayai pembelajaran universitinya. Sehinggalah ada seseorang yang mendedahkan bahawa pelajar tersebut sebenarnya mungkin menggunakan wang sumbangan itu untuk membeli item dalam game Genshin Impact.
Seorang netizen Twitter telah menunjukkan senjata dalam akaun Genshin Impact milik pelajar tersebut. Katanya, pelajar tersebut sanggup membayar untuk mendapatkan senjata dan watak dalam game tetapi dia tidak mampu untuk membiayai pengajiannya. Dari situ ramai yang cuba untuk mempertahankan pelajar tersebut tetapi ada sesuatu perkara yang ramai tidak tahu. Ini merupakan kali ketiga pelajar tersebut mengumpulkan dana dengan cara yang sama.

Jika anda ingin tahu, sebelum game Genshin Impact dilancarkan, pelajar ini sudah membuat dua crowdfund dengan alasan yang sama iaitu membiayai kos universitinya yang tinggi berikutan kos design yang diambilnya. Dikatakan dia terpaksa membiayai kos tersebut kerana PTPTN tidak memberikan pinjaman padanya kerana gagal mendapatkan keputusan baik pada semester lalu. Jika anda ingin membaca tweet tersebut, ianya sudah dipadam tetapi anda masih boleh mencari screenshot daripada netizen.

Itu sudah tentu membuatkan lebih ramai netizen yang tidak menyukai cara pelajar ini menguruskan kewangannya. Ramai yang meminta supaya dia pentingkan prestasi pelajarannya supaya boleh mendapatkan sokongan kewangan daripada PTPTN semula daripada bermain game sahaja. Ada juga yang mencadangkan supaya dia menjual sahaja akaun Genshin tersebut untuk membiayai kos universitinya daripada terus minta sumbangan seperti ini.
Perkara ini sememangnya membimbangkan lebih-lebih lagi ia melibatkan game yang menggunakan sistem gacha. Kebanyakkan daripada game ini sememangnya percuma dimainkan, tetapi apabila seseorang itu mula ketagih untuk mendapatkan item atau watak premium, sudah tentu mereka sanggup menghabiskan wang ringgit untuk mendapatkannya. Anda boleh membaca bebenang daripada Burhan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai game gacha. Apa pula pendapat anda mengenai kes ini? Boleh kongsikan kepada kami mengenainya.
Jangan lupa untuk ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan berita mengenai game, anime dan manga!
Sumber: MyGameOn
@gamersantaimy
Discussion about this post