Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Asah kuasa magic dalam Atlas Fallen, action RPG baru untuk PS5, Xbox & PC

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 24, 2022
in ARPG, Artikel, Berita, PC, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Asah kuasa magic dalam Atlas Fallen, action RPG baru untuk PS5, Xbox & PC
Share on FacebookShare on Twitter

Antara banyak-banyak game yang sedang hangat dibincangkan di internet, Atlas Fallen adalah nama popular dan merupakan game action RPG oleh pembangun Deck13 Interactive dan penerbit Focus Entertainment. Bakal dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC (Steam) pada 2023, trailer pertama telah dikeluarkan pagi tadi di acara gamescom:

Bangkit dari debu dan bebaskan manusia dari penindasan tuhan-tuhan yang keji.

Meluncur pasir di tanah yang abadi, penuh dengan bahaya purba, misteri dan serpihan daripada masa lalu. Buru raksasa lagenda, menggunakan senjata kuat yang dapat mengubah bentuk dan abiliti berkuasa pasir dalam pertempuran yang hebat.

Sasar dan kumpulkan intipati musuh untuk membentuk gaya permainan sendiri, bagi menempa era baharu untuk manusia dalam kempen cerita secara co-op atau solo sepenuhnya.

Seperti yang korang baca di atas, Atlas Fallen menjemput pemain untuk meneroka dunia semi-open world penuh sebagai dua pahlawan misteri yang bertarung dengan makhluk legenda menggunakan senjata bertukar bentuk yang dikuasakan oleh pasir.

Dengan visual dan aksi yang mengagumkan, Atlas Fallen nampaknya cuba menggabungkan dunia dan naratif misteri bersama dengan ciri penerokaan berkelajuan tinggi dan pertempuran aksi sengit – jadi saya anggap gameplay lebih fast-paced daripada game action biasa.

Selain daripada rumusan tadi, trailer juga berulang kali menyebut tentang para “tuhan”. Yang jelasnya, kita sebagai pemain akan ditugaskan untuk membebaskan umat manusia daripada penindasan mereka sebagai sebahagian daripada jalan cerita.

Malangnya, trailer yang didedahkan lebih kepada sinematik tetapi kita masih dapat melihat beberapa adegan gameplay di penghujung termasuk sudut pandangan third-person, adegan aksi pantas dan pertempuran super.

Buat sesiapa yang berminat, Atlas Fallen akan tersedia pada tahun 2023 untuk platform PC, Playstation 5 dan Xbox Series X/S serta kini tersedia untuk wishlist.

Untuk segala liputan kami tentang gamescom 2022, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Atlas FallenGamescom
Previous Post

[gamescom 22] Where Winds Meet diumumkan, bakal lancar di PC

Next Post

DLC Terbaru Dying Light 2 “Bloody Ties” Akan Hadir Oktober Ini! Pra-Tempah Sekarang!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
DLC Terbaru Dying Light 2 “Bloody Ties” Akan Hadir Oktober Ini! Pra-Tempah Sekarang!

DLC Terbaru Dying Light 2 "Bloody Ties" Akan Hadir Oktober Ini! Pra-Tempah Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd