Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Armored Core VI: Fires of Rubicon akan tiba 25 Ogos, gameplay baharu dipamerkan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 27, 2023
in Action, Adventure, Artikel, Berita, PC, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Armored Core VI: Fires of Rubicon akan tiba 25 Ogos, gameplay baharu dipamerkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Bandai Namco dan FromSoftware secara rasmi mengumumkan bahawa Armored Core VI: Fires of Rubicon akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One dan PC melalui Steam pada 25 Ogos.

Merupakan game mecha yang dinamik dan pantas, Bandai Namco Entertainment ingin menggabungkan kepakaran FromSoftware dalam permainan mecha dan gameplay soulslike ikonik mereka untuk menyampaikan pengalaman aksi serba baharu dalam francais.

Dalam Armored Core VI: Fires of Rubicon, pemain harus mencipta dan memandu mecha mereka sendiri untuk meneroka melalui misi tiga dimensi. Hadapi cabaran yang sukar dan kalahkan musuh dengan pergerakan dinamik yang menggunakan sepenuhnya pertempuran jarak jauh dan jarak dekat.

Customization ialah bahagian penting daripada pengalaman Armored Core di mana pemain mempunyai akses kepada pelbagai jenis alat untuk menaik taraf mecha mereka. Secara ringkas. empat slot disediakan untuk memegang senjata–satu di setiap tangan dan dua di belakang – yang memberi banyak ruang untuk bereksperimen dengan loadout anda. Apakah jenis senjata yang ditawarkan? Buat masa ini, yang disahkan adalah Bazooka, senapang gatling, peluru berpandu belah, dan senapang plasma.

Ingin lihat gameplay-nya secara kasar? Berikut adalah video pendek:

Jalan cerita

“Sejenis bahan misteri ditemui di planet terpencil, Rubicon 3. Sebagai sumber tenaga, bahan ini dijangka dapat memajukan keupayaan teknologi dan komunikasi manusia secara mendadak. Sebaliknya, bahan ini menyebabkan malapetaka yang melanda planet dan bintang di sekelilingnya dengan api dan ribut, lalu membentuk Burning Star System.”

“Hampir setengah abad kemudian, bahan yang sama muncul semula pada Rubicon 3, sebuah planet yang kini tercemar oleh malapetaka itu.”

“Korporasi luar angkasa dan kumpulan penentang berjuang untuk mengawal bahan tersebut. Di sini, pemain akan menyusup masuk ke Rubicon sebagai tentera upahan dan bergelut untuk memperoleh bahan tersebut sebelum diambil korporasi dan puak lain.”

Armored Core VI menyediakan beberapa pengakhiran dalam jalan cerita di mana banyak naratif baharu akan dibuka pada playthrough seterusnya, lantas memberikan banyak insentif kepada pemain untuk meneroka dunia dan cerita secara menyeluruh. Apakah nasib muktamad Rubicon? Itu semua terpulang kepada anda.


Sekali lagi saya ingatkan, Armored Core VI: Fires of Rubicon akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One (semuanya harga RM249) dan PC melalui Steam (berharga RM199) pada 25 Ogos.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Armored Core VIArmored Core VI: Fires of Rubicon
ShareTweetSend
Previous Post

Boruto: Sarada akhirnya buka Mangekyo Sharingan, Konoha jatuh ke rancangan jahat Kawaki!

Next Post

Preview awal di Impulse Gaming Sungai Besi Kuala Lumpur, kedai game terbesar di Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Preview awal di Impulse Gaming Sungai Besi Kuala Lumpur, kedai game terbesar di Malaysia!

Preview awal di Impulse Gaming Sungai Besi Kuala Lumpur, kedai game terbesar di Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd