Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Armored Core 6: Fires of Rubicon diumumkan untuk konsol & PC, akan tiba tahun depan! [TGA 2022]

Alan Fikri by Alan Fikri
December 9, 2022
in Acara, Artikel, Berita, Game, Konsol, PC, Platform, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Armored Core 6: Fires of Rubicon diumumkan untuk konsol & PC, akan tiba tahun depan! [TGA 2022]
0
SHARES
Share on FacebookShare on Twitter

Game terbaru daripada From Software telah diumumkan semasa acara The Game Awards 2022 (TGA), tetapi ia bukan seperti game Soulsbornes yang dijangkakan daripada studio ini. Sebaliknya, pembangun ini kembali menghasilkan entri baru untuk siri mecha shooter, iaitu Armored Core 6: Fires of Rubicon. Game ini akan tersedia untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC pada tahun 2023.

Berdasarkan trailer tersebut, tidak banyak perkara yang didedahkan selain daripada kewujudan game yang telah dikhabarkan bertahun-tahun. Pemain veteran siri ini pasti tahu di wilayah manakah game ini dipertempatkan. Terdapat letupan lava dan kawasan berais, tetapi yang paling penting ialah mekanisme CG kelihatan sangat hebat.

Sukar untuk mendapat info lebih daripada trailer ini, tetapi minit pertama telah menunjukkan bahawa Armored Core 6 mungkin akan menggunakan nada yang lebih kurang sama seperti siri Dark Souls.

Game ini akan menawarkan pengalaman game berdasarkan pengetahuan From Software yang telah usahakan selama 25 tahun untuk membangunkan siri ini, tetapi kini mereka memperkenalkan gameplay yang gempak dalam game aksi terbaru.

Tajuk terbaru Armored Core akan menggabungkan elemen tersebut ke dalam aksi mendebarkan yang hanya boleh dihasilkan oleh mecha. Game ini menjanjikan sesuatu yang unik dalam genre game aksi mecha.

Dalam Armored Core 6: Fires of Rubicon, pemain akan bebas bergerak melalui persekitaran tiga dimensi besar dengan kebolehgerakan pantas sambil merasai pertempuran kenderaan yang gempak. From Software terkenal dengan reka bentuk game yang tersendiri, game ini akan menampilkan pertempuran yang mencabar dan susah untuk dilupakan bersama-sama sistem progress yang dinaik taraf dan gameplay yang menarik.

Semuanya kini membenarkan anda memasang mecha sendiri dan berlawan dengan bos besar. Pemain akan mengenali rasa kepuasan dan pencapaian apabila mereka mengatasi situasi sukar dan menikmati kemenangan seketika dan mungkin meningkatkan ranking mereka sebelum menghadapi cabaran seterusnya.

Anda boleh tonton video trailer di bawah:

Armored Core 6: Fires of Rubicon akan tersedia untuk PS4, PS5, Xbox One, Xbox Series X|S dan PC melalui Steam pada tahun 2023. Namun, tarikh rasmi masih belum diumumkan oleh Bandai Namco.

Untuk segala liputan menarik tentang game, anime dan banyak lagi, ikuti Gamer Santai.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Armored Core 6: Fires of RubiconBandai Namcofrom softwareTGA 2022
ShareTweetSend
Previous Post

Behemoth VR Dedahkan Trailer Rasmi! Akan Lancar pada Meta Quest 2, PSVR2 dan PCVR! [TGA 2022]

Next Post

Demo Forspoken kini tersedia di PlayStation 5 secara PERCUMA! [TGA 2022]

Alan Fikri

Alan Fikri

Seorang yang membesar dengan anime, manga dan game. Tidak lupa juga dengan teknologi yang semakin pesat berkembang. Harap apa yang saya kongsikan dapat memberi manfaat kepada para pembaca.

Next Post
Demo Forspoken kini tersedia di PlayStation 5 secara PERCUMA! [TGA 2022]

Demo Forspoken kini tersedia di PlayStation 5 secara PERCUMA! [TGA 2022]

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd