Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Armor Wars Bukan Lagi Sebuah Siri Disney+, Marvel Studios Ubahnya Kepada Filem!

Maira by Maira
September 30, 2022
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Armor Wars Bukan Lagi Sebuah Siri Disney+,  Marvel Studios Ubahnya Kepada Filem!
Share on FacebookShare on Twitter

Tidak sampai sebulan pengumuman terbaru daripada Marvel Studios, nampaknya ada satu lagi berita besar yang didedahkan. Baru-baru ini didedahkan bahawa Marvel Studios mengubah rancangan mereka untuk menjadikan Armor Wars sebagai siri Disney+ dan menukarnya kepada format filem.

Menurut laporan, dikatakan bahawa keputusan menjadikan Armor Wars sebagai sebuah filem berdasarkan pada penceritaannya yang lebih sesuai untuk format tayangan tersebut. Don Cheadle yang kembali sebagai Colonel James “Rhodey” Rhodes atau War Machine masih lagi kekal dengan wataknya dalam filem baru ini. Begitu juga dengan penulis siri tersebut, Yassir Lester yang kekal dengan jawatannya.

Walaupun sudah umumkan tarikh tayangannya pada tahun 2023, mungkin ia akan dilambatkan sedikit daripada perancangan awal. Mana tidaknya, kita masih belum mengetahui siapa pengarah kepada Armor Wars. Bukan setakat itu sahaja, garis masa untuk filem ini dalam MCU juga tidak didedahkan. Harap-harap kita akan dapat maklumat lanjut mengenainya.

Untuk pengetahuan anda, Armor wars ini mengambil inspirasi daripada komik Iron Man yang dihasilkan oleh David Michelinie, Bob Layton dan Mark Bright pada 1987 dan 1988. Ia membawa anda ke sebuah penceritaan tentang “apakah yang terjadi apabila teknologi hebat Iron Man jatuh kepada tangan yang salah”. Jadi kita boleh nantikan pelbagai suit armor hebat dalam filem ini akan datang.

Filem Armor Wars juga akan berkait dengan siri Secret Invasion yang dibintangi oleh Samuel L. Jackson sebagai Nick Fury dan Ben Mendelsohn sebagai Talos. Siri itu juga dijadualkan untuk tayangan pada tahun hadapan. Harapnya jarak tayangan antara siri dan filem tidaklah jauh sangat. Untuk segala liputan mengenai Marvel daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Armor WarsdisneyMarvel Studios
Previous Post

Kingston FURY Beast menambah modul DDR5 AM5, khas untuk pengguna AMD!

Next Post

Kingdom of the Planet of the Apes akan tiba 2024 – dibintangi pelakon The Witcher!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Kingdom of the Planet of the Apes akan tiba 2024 – dibintangi pelakon The Witcher!

Kingdom of the Planet of the Apes akan tiba 2024 - dibintangi pelakon The Witcher!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd