Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Arkitek Mark Cerny menjelaskan mengapa saiz untuk game PS5 lebih kecil dari versi PS4!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 22, 2021
in Artikel, Berita, Fakta & Trivia, PS4, PS5
0 0
0
Arkitek Mark Cerny menjelaskan mengapa saiz untuk game PS5 lebih kecil dari versi PS4!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam temu bual dengan media “Wired“, arkitek utama untuk sistem PS5 “Mark Cerny” telah menerangkan proses untuk konsol next-gen milik Sony. Boleh ditonton di Youtube, video ini menawarkan pandangan yang lebih mendalam tentang PlayStation 5 dari segi memori, CPU dan GPU. Bukan itu sahaja, Cerny juga menjawab salah satu soalan yang paling ditanya-tanya oleh komuniti iaitu “mengapa saiz untuk game PS5 lebih kecil dari versi PS4?”.

Cerny menjelaskan bahawa PS5 menggunakan Integrated IO dan teknik yang dikenali sebagai Invisible Compression (dikuasakan oleh teknologi Kraken). Hahh, dengar pun agak teknikal kan? Cerny pun takut ramai yang keliru, jadi beliau cuba menerangkannya dalam cara yang mudah faham. Secara ringkas, developer atau pemaju kini boleh “mengecilkan” game mereka berkat kepada sistem pemampatan automatik daripada alat penerbitan Sony di konsol PS5, dan kini tidak perlu bergantung pada kaedah dahulu. Seperti yang awak semua tahu -teknologi ini tidak ada di PS4, maka itu lah sebabnya saiz game di konsol tersebut secara relatif masih besar.

PS5: Devs wanted 1GB/sec SSD speeds, Sony delivered 5x that 323 | TweakTown.com

“Developer perlu menghabiskan banyak masa dan usaha untuk memuatkan data, di luar media sama ada cakera keras atau SSD. Dengan Integrated IO, kami menguruskan semua itu. Developer menyerahkan data kepada alat penerbitan kami dan runtime untuk game hanya akan meminta data sambil kami mengendalikan proses mampatan untuk mereka.

kata Mark Cerny.

Cerny kemudian memilih Miles Morales, sebuah game yang mempunyai banyak kelebihan dari segi kualiti visual di PS5, namun kekal sebagai fail yang lebih kecil berbanding versi PS4. Satu lagi contoh adalah Subnautica yang mempunyai saiz sebanyak 14GB di PS4, tetapi hanya 4GB di PS5. Begitu juga dengan Control Ultimate Edition yang memiliki saiz sebesar 50 GB di PS4 tetapi dikurangkan sebanyak 50% untuk PS5.

Jika awak nak tahu lebih mendalam tentang PS5, tonton saja video yang disediakan di atas. Saya harap soalan awak terjawab jika ada sesiapa yang terfikir “mengapa saiz untuk game PS5 lebih kecil dari versi PS4”. Bagi segala liputan kami tentang PS5, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: FaktaPS4ps5Trivia
Previous Post

Battlefield 2042 kini game ke-8 di Hall of Shame Steam!

Next Post

Filem One Piece: RED dedahkan teaser, Lagu opening “We Are” mendapat remake sempena episod 1000!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Filem One Piece: RED dedahkan teaser, Lagu opening “We Are” mendapat remake sempena episod 1000!

Filem One Piece: RED dedahkan teaser, Lagu opening "We Are" mendapat remake sempena episod 1000!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd