Diumumkan pada 2022, Studio Wildcard akan membawa sekuel kepada game ARK: Survival Evolved, iaitu ARK 2 pada tahun ini. Malangnya game tersebut ditunda oleh pembangun ke tahun 2024.
Menurut mereka, penundaan tersebut untuk menyampaikan ARK 2 dengan lebih baik serta menggunakan teknologi Unreal Engine 5 dengan sepenuhnya. Sebagai tambahan, pembangun juga menyatakan bahawa mereka tidak merancang untuk mengongsikan sebarang gameplay, screenshot mahupun video untuk game tersebut.

Tetapi pada bulan-bulan yang akan datang, mereka akan kongsikan proses pembangunan game serta aset game ARK terbaru itu menjelang pelancarannya pada tahun depan.
Walaupun ARK 2 telah ditunda, tetapi game ARK pertama akan mendapat remaster yang bertajuk “ARK: Survival Ascended”. Untuk versi remaster ini, Studio Wildcard akan menggunakan Unreal Engine 5, yang sudah tentu memberikan beberapa ciri-ciri baharu serta penambahbaikan seperti air yang lebih dinamik, foliage yang interaktif, cross-platform multiplayer, cross-platform modding dan pelbagai lagi.

Bukan setaka itu sahaja, ia juga akan memaparkan “The Island”, “Survival of the Fittest” dan semua peta DLC “Non-Canon”.
ARK: Survival Ascended akan dilancarkan secara rasmi pada Ogos 2023 di PS5, Xbox Series dan PC. Selepas pelancarannya, server rasmi untuk ARK: Survival Evolved pula akan ditutup. Tetapi jangan risau kerana save data anda akan dimuat naik dan anda boleh re-host semula menggunakan server tersendiri ataupun server tidak rasmi.

Buat sementara ini hanya harga USD yang telah diumumkan untuk remaster game ini. Berikut adalah harganya:
- PS5: $39.99
- Xbox Series: $49.99 (bundle dengan ARK 2)
- PC: $49.99 (bundle dengan ARK 2)
Apa pendapat anda mengenai remaster game ini? Boleh kongsikan kepada kami di ruangan komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai game daripada kami, boleh klik pautan ini.
[Makluman]
Harap maklum, laman web kami sedang dikemas kini. Format artikel akan dibaiki sebaik sahaja penyelenggaraan selesai.
@gamersantaimy
Discussion about this post