Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Aquaman and the Lost Kingdom keluarkan Teaser Baru, rupanya belum ‘Cancel’ lagi

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 11, 2023
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Aquaman and the Lost Kingdom keluarkan Teaser Baru, rupanya belum ‘Cancel’ lagi
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas menunggu sekian lama, akhirnya Warner Bros. telah menunjukkan teaser baharu untuk Aquaman and the Lost Kingdom, yang ramai sangka telah dibatalkan selepas ditunda beberapa kali. Merupakann sekuel kepada filem pertama Aquaman yang dikeluarkan pada 2018, hero kita akan berhadapan dengan musuh terkenal (Black Manta), yang dilakonkan oleh Yahya Abdul-Mateen II.

Anda boleh tonton teaser di bawah untuk gambaran umum:

Menurut Warner Bros Malaysia, ini hanyalah teaser kerana trailer penuh akan dilancarkan pada hari Jumaat ini. Pada masa yang sama, mereka turut mengesahkan bahawa Aquaman and the Lost Kingdom masih akan ditayangkan pada 21 Disember 2023 di Malaysia (lantas mengikut tarikh keluaran yang ditetapkan sebelum ini).

Jadi mengapa ramai yang risau?

Kredit: Warner Bros. MY

Memandangkan Aquaman and the Lost Kingdom sepatutnya ditayangkan di pawagam pada hujung tahun ini, ramai yang agak risau kerana Warner Bros. masih belum memulakan pemasaran untuk filem ini, termasuk tidak menunjukkan sebarang visual sehingga sekarang. Disebabkan Warner Bros telah menunjukkan teaser pertama, ramai peminat boleh menghembus nafas lega sekarang.

Sinopsis

Kredit: Warner Bros. MY

“Setelah gagal mengalahkan Aquaman, Black Manta yang ingin membalas dendam untuk kematian bapanya, tidak akan berhenti untuk menjatuhkan Aquaman buat selama-lamanya. Kali ini, Black Manta muncul lebih hebat berbanding sebelum ini, dengan menggunakan kuasa mitos Black Trident yang mampu melepaskan kuasa purba jahat.”

“Untuk mengalahkannya, Aquaman terpaksa berpaling kepada Orm (adiknya dan bekas Raja Atlantis yang dipenjarakan), untuk menjalin kerjasama sementara. Bersama, mereka perlu mengetepikan perasaan peribadi untuk melindungi kerajaan Atlantis dan menyelamatkan keluarga Aquaman dan dunia, daripada kemusnahan yang tidak dapat dibayangkan.”

  • Jason Momoa sebagai Arthur Curry/Aquaman
  • Amber Heard sebagai Mera
  • Patrick Wilson sebagai Orm Marius
  • Dolph Lundgren sebagai King Nereus
  • Yahya Abdul-Mateen II sebagai David Kane/Black Manta
  • Temuera Morrison sebagai Tom Curry
  • Nicole Kidman sebagai Atlanna
  • Randall Park sebagai Dr. Stephen Shin
  • Vincent Regan sebagai Atlan
  • Jani Zhao sebagai Stingray
  • Indya Moore sebagai Karshon
  • Pilou Asbæk dalam peranan yang tidak didedahkan

Kredit: Warner Bros. MY

Bagi mereka yang tidak tahu, Aquaman and the Lost Kingdom akan menjadi filem terakhir dalam DCEU lama, kerana francais akan menerima reboot di bawah pengawasan James Gunn dan Peter Safran dengan Superman: Legacy sebagai filem pertama. Kami tidak pasti sama ada Aquaman akan tampil dalam DC Universe serba baharu, tetapi khabar angin mengatakan bahawa Jason Momoa (a.k.a Aquaman) telah mengadakan perbincangan positif bersama Gunn dan Safran.

Untuk membaca segala liputan kami tentang Aquaman, sila tekan pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Aquaman and the Lost Kingdomdcfilem
ShareTweetSend
Previous Post

Lebih 250,000 Akaun Cheater Telah Kena Ban dalam Overwatch 2!

Next Post

[Khabar Angin] Penamat Anime Attack on Titan Kekal Sama Seperti Manga dengan Sedikit Perubahan!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
[Khabar Angin] Penamat Anime Attack on Titan Kekal Sama Seperti Manga dengan Sedikit Perubahan!

[Khabar Angin] Penamat Anime Attack on Titan Kekal Sama Seperti Manga dengan Sedikit Perubahan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd