Acara Apple telah berlangsung dan memperkenalkan barisan terbaru gajet yang menampilkan menampilkan A15 Bionic sepantas kilat, sistem kamera canggih, hayat bateri yang hebat, ketahanan yang mengagumkan dan sambungan 5G. Tanpa membuang masa, mari kita lihat produk terbaru Apple yang akan tersedia tidak lama lagi.

iPhone 13
Terdapat dua warna cantik serba baharu untuk iPhone 13 Pro dan iPhone 13 iaitu green alpine dan green. Barisan iPhone 13 menampilkan reka bentuk anggun yang dibuat lebih tahan lama dengan penutup hadapan Ceramic Shield, dan termasuk dengan cip A15 Bionic, sambungan 5G termaju, sistem kamera canggih untuk foto dan video yang menakjubkan serta lonjakan besar dalam hayat bateri.

iPhone 13 dan iPhone 13 mini juga menawarkan paparan Super Retina XDR® yang terang, manakala iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max menyertakan paparan Super Retina XDR yang bertenaga dengan ProMotion® yang menampilkan kadar penyegaran adaptif dari 10Hz hingga 120Hz. iPhone 13 Pro green alpine baharu dan iPhone 13 green akan tersedia untuk pra-pesanan pada Jumaat ini, 11 Mac, dengan ketersediaan mulai Jumaat, 18 Mac.

- iPhone 13 Pro dan Pro Max kini tersedia dalam warna sierra blue, graphite, gold, dan silver. Alpine green dan green dengan pilihan storan 128GB, 256GB, 512GB, dan 1TB akan tersedia bermula RM4,899 sehingga RM5,299.
- iPhone 13 dan iPhone 13 mini kini tersedia dalam (PRODUCT)RED, starlight, midnight, blue, dan pink. Green akan tersedia dengan pilihan storan 128GB, 256GB, dan 512GB bermula daripada RM3,399 sehingga RM3,899.
- Pelanggan akan dapat membuat pra-pesanan iPhone 13 mulai jam 9 pagi MYT pada hari Jumaat, 18 Mac, dengan ketersediaan mulai Jumaat, 25 Mac, daripada laman web Apple dan dalam aplikasi Apple Store®.
- iPhone 13 Pro, iPhone 13 Pro Max, iPhone 13 dan iPhone 13 mini juga tersedia melalui Penjual Sah Apple dan carrier terpilih.
- iOS 15.4 akan tersedia sebagai kemas kini perisian percuma mulai minggu depan.

iPhone SE
iPhone® SE merupakan iPhone baharu yang berkuasa dalam reka bentuk ikonik, dengan keupayaan dan prestasi luar biasa pada harga yang luar biasa. iPhone SE hadir dalam reka bentuk yang padat dan tahan lama, dan bersama-sama dengan iOS 15, memberikan pengalaman pengguna yang lancar. iPhone SE baharu menampilkan peningkatan yang mengagumkan termasuk prestasi A15 Bionic, yang memperkasakan keupayaan kamera termaju dan menjadikan hampir setiap pengalaman lebih baik, daripada penyuntingan foto kepada operasi intensif kuasa seperti gaming dan AR.

Bersama-sama dengan 5G, hayat bateri yang lebih lama dan ketahanan yang dipertingkatkan, iPhone SE didatangkan dalam tiga warna yang menakjubkan — midnight, starlight dan RED. Ia akan tersedia untuk pra-pesan pada Jumaat ini, 11 Mac, dengan ketersediaan mulai Jumaat, 18 Mac.

- iPhone SE akan tersedia dengan storan pilihan 64GB, 128GB dan 256GB dalam warna midnight, starlight, dan (PRODUCT)RED bermula pada RM2,099.
- Pelanggan akan dapat membuat pra-pesanan iPhone SE mulai jam 9 pagi MYT pada hari Jumaat, 18 Mac, dengan ketersediaan mulai Jumaat, 25 Mac, daripada laman web Apple dan dalam aplikasi Apple Store®.
- iPhone SE juga tersedia melalui Penjual Sah Apple dan carrier terpilih.

iPad Air
iPad Air® baharu dengan cip M1 rekaan Apple, memberikan lonjakan besar dalam prestasi. Tersedia dalam pelbagai warna baharu, iPad Air turut menampilkan kamera hadapan Ultra Wide baharu dengan Center Stage™ untuk pengalaman persidangan video yang lebih semula jadi, port USB-C dengan kelajuan pemindahan sehingga 2x lebih pantas dan 5G yang sangat pantas pada model selular — bermula pada harga yang berpatutan. Kamera lanjutan dan keserasian dengan aksesori terkini membolehkan pengguna, termasuk pencipta kandungan, gamer dan pelajar, untuk menolak sempadan kreativiti, produktiviti dan ekspresi diri.

- iPad Air baharu tersedia untuk dipesan tidak lama lagi melalui laman web Apple dan dalam aplikasi Apple Store®.
- Model Wi-Fi iPad Air tersedia dengan harga bermula RM2,699 dan model Wi-Fi + Selular bermula pada RM3,349. iPad Air baharu, dalam konfigurasi 64GB dan 256GB, didatangkan dalam kemasan space grey, starlight, pink, purple, dan blue.
- iPadOS 15, sistem pengendalian berkuasa yang direka khusus untuk iPad, dihantar secara percuma dengan iPad Air baharu. iPadOS 15 tersedia sebagai kemas kini perisian percuma untuk iPad Air 2 dan lebih baharu.
- Harga Education tersedia untuk pelajar kolej semasa dan baru serta ibu bapa mereka, fakulti dan kakitangan untuk semua peringkat gred. iPad Air baharu bermula pada RM2,479. Apple Pencil generasi kedua boleh didapati pada harga RM509, Smart Keyboard Folio tersedia pada harga RM679 dan Magic Keyboard untuk pelajar kolej pada harga RM1,259. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati pautan ini.
- Apple Pencil (generasi ke-2), tersedia untuk pembelian secara berasingan, serasi dengan iPad Air baharu pada harga RM549.
- Magic Keyboard untuk iPad Air baharu tersedia dalam warna hitam dan putih pada harga RM1,349, dengan rekaan untuk lebih 30 bahasa.
- Smart Keyboard Folio untuk iPad Air baharu tersedia pada harga RM769.
- Smart Folio untuk iPad Air baharu tersedia pada harga RM329 dalam warna hitam, putih, electric orange, dark cherry, English lavender, dan marine blue.

Jadi, jika anda ingin memiliki produk terbaru Apple ini, jangan lupa untuk pra-pesan di lawan rasmi Apple! Untuk mendapatkan liputan lain mengenai produk daripada kami, sila klik pautan ini.
Sumber: Apple
@gamersantaimy
Discussion about this post