Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apple melancarkan 20 game baharu untuk Apple Arcade – gamer iOS takkan bosan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 4, 2023
in Action, Adventure, Arcade, Artikel, Berita, Board Game, City-Build, Fantasy, Fighting, Indie, iOS, Mobile, Multiplayer, Platformer, Puzzle, Senarai, Shooter, Simulator, Single Player, Sukan/lumba, Survival
0 0
0
Apple melancarkan 20 game baharu untuk Apple Arcade – gamer iOS takkan bosan!
Share on FacebookShare on Twitter

Apple hari ini mengumumkan 20 game baharu yang dilancarkan di Apple Arcade, perkhidmatan langganan game yang menawarkan akses tanpa had kepada lebih 200 game iOS menyeronokkan. Game baharu termasuk WHAT THE CAR?, TMNT Splintered Fate, Disney SpellStruck, dan Cityscapes: Sim Builder, yang kesemuanya hanya tersedia di Apple Arcade. Senarai itu juga termasuk game popular daripada App Store yang kini ditambah ke perkhidmatan, termasuk Temple Run+, LIMBO+, PPKP+ dan banyak lagi.

Kredit: Apple

Pengarah kanan Apple Arcade Apple, Alex Rofman, berkata:

“Apple Arcade mengumpulkan beratus-ratus game menyeronokkan dalam satu destinasi gaming untuk pengguna temui dan nikmati. Pelancaran hari ini meningkatkan katalog pemenang anugerah kami dengan 20 game baharu yang pasti orang suka bermain dan berkongsi dengan rakan dan keluarga mereka.”

Naib presiden kanan Paramount Global untuk Games & Emerging Media, Doug Rosen, berkata:

“Apple telah menjadi rakan kongsi yang hebat kepada kami sejak kemunculan sulung Apple Arcade, dengan SpongeBob: Patty Pursuit sebagai salah satu game pertama yang tersedia, dan ia terus menunjukkan prestasi yang sangat baik sejak pelancarannya pada 2020. Kami menyukai model Arcade kerana ia memberikan kami peluang yang baik untuk membina game unik, khusus untuk penonton ini. Kami sangat teruja untuk pelanggan bermain TMNT Splintered Fate, judul baharu daripada dunia Teenage Mutant Ninja Turtles, tersedia secara eksklusif di Apple Arcade.”

Pengarah kreatif Triband, Tim Garbos, berkata:

“Kami adalah pasukan kecil, dan kami suka membuat game komedi, jadi kami gembira untuk mendedahkan projek terbaharu kami, WHAT THE CAR?. Bahagian terbaik ialah pemain boleh menikmatinya hari ini di Arked Apple. Ia adalah pengembaraan perlumbaan yang penuh dengan komedi — game kereta luar biasa tidak masuk akal dengan banyak ketawa — yang semua orang boleh bermain dan berkongsi dengan rakan dan keluarga mereka.”

Jadi mungkin tertanya game apa yang Apple Arcade tambah? Berikut adalah senarai lengkap!

TMNT Splintered Fate (Paramount)

Kredit: Paramount

Teenage Mutant Ninja Turtles telah menjadi fenomena budaya selama hampir empat dekad, dan memikat penonton dengan gabungan aksi unik, jenaka dan personaliti mereka. Dalam pengembaraan terbaru mereka, tersedia secara eksklusif di Apple Arcade, Splinter hilang dan adik-beradik penyu telah diserang. Bongkarkan misteri untuk menemui dalang jahat di sebalik kekacauan. Sertai Leonardo, Michelangelo, Donatello dan Raphael dalam sebuah pengembaraan co-op roguelike di mana serangan unik mereka digabungkan dengan power-up rawak. Cari petunjuk di seluruh NYC dengan bantuan daripada sekutu terkenal seperti April O’Neil, Metalhead, Casey Jones dan banyak lagi.

Disney SpellStruck (Artist Arcade)

Kredit: Artist Arcade

Dibangunkan dengan kerjasama pencipta Words with Friends, datanglah word game baharu. Mulakan perjalanan ke Isles of Tiles dengan watak-watak Disney dan Pixar kegemaran dan hadapi permainan silang kata yang mencabar. Uji kemahiran ejaan anda dengan Mickey Mouse, Tiana, Stitch dan lain-lain dalam pengembaraan ini. Pemain akan bermain dengan rakan-rakan dalam mode online versus, menyelesaikan cabaran harian dan menguji kehandalan ejaan ketika mengejar tempat teratas di papan pendahulu.

WHAT THE CAR? (Triband)

Kredit: Triband

Daripada pembangun indie di sebalik judul hit unik WHAT THE GOLF? dan WHAT THE BAT?, datanglah karya komedi baharu, WHAT THE CAR?. Dalam pengembaraan perlumbaan yang lucu ini, pemain mengambil peranan sebagai kereta lumba yang tidak konvensional dengan ciri yang sentiasa berubah, seperti kaki dan sayap, dan. Game ini menampilkan permainan berasaskan fizik aneh, lantas menjadikan setiap perlumbaan pengembaraan penuh dengan liku-liku yang tidak dijangka.

Cityscapes: Sim Builder (Magic Fuel Games)

Kredit: Magic Fuel Games

Judul baharu ini adalah berdasarkan game city-building klasik tetapi telah dioptimumkan untuk mobile. Pemain mengambil peranan sebagai datuk bandar, dan ditugaskan untuk membina sistem teliti demi melindungi kesihatan dan kebahagiaan rakyat. Dengan tumpuan pada kemampanan, pemain mesti mengimbangi keperluan rakyat seperti perumahan, pekerjaan dan utiliti, sambil mempertimbangkan kesan industri dan pengangkutan terhadap alam sekitar. Dengan seni bina 3D yang menakjubkan, Cityscapes: Sim Builder menawarkan pilihan reka bentuk dan keseronokan yang tidak berkesudahan.

Chess Universe+ (Tilting Point)

Kredit: Tilting Point

Bagi peminat catur yang ingin membawa gameplay mereka ke peringkat seterusnya, inilah tempatnya. Dibina oleh pakar catur dan pakar gaming, Chess Universe+ boleh dimainkan secara online dan offline, di mana para beginner dan pakar sama-sama boleh mengembangkan kemahiran mereka dan mengejar tempat pertama di papan pendahulu.

Disney Coloring World+ (StoryToys) 

Kredit: StoryToys

Peminat Disney boleh membebaskan imaginasi mereka dengan mewarnakan watak Disney dan Pixar kegemaran. Menggunakan pelbagai berus, krayon, penanda dan alatan ajaib, pemain boleh mengubahsuai watak mereka dan mencipta adegan Disney klasik sendiri. Sebaik sahaja watak dihias, ia boleh menjadi pelekat yang boleh diletakkan dan dimainkan dalam buku pelekat 3D ajaib. Apabila setiap halaman lengkap, lebih banyak watak dan halaman akan dibuka untuk menambah keseronokan dan kreativiti yang tidak berkesudahan.

Disney Getaway Blast+ (Gameloft)

Kredit: Gameloft

Mulakan percutian ajaib dalam permainan teka-teki “padankan-tiga” yang menampilkan watak-watak Disney dan Pixar kegemaran peminat. Pemain akan memadankan dan memecahkan buih, memulihkan dan reka pulau yang unik serta bertemu rakan baharu sepanjang perjalanan. Mereka akan mengumpul watak comel seperti Stitch, Elsa dan Maleficent, dan merancang pulau percutian mereka dalam gaya Disney. Nikmati keajaiban Disney dan seni menawan dalam pengembaraan teka-teki ini.

Farming Simulator 20+ (GIANTS Software)

Kredit: GIANTS Software

Alami keseronokan dan cabaran mengoperasikan ladang. Tuai pelbagai jenis tanaman, daripada gandum dan barli kepada kapas dan bunga matahari, dan menjaga lembu, biri-biri dan kuda. Jual produk dalam pasaran dan laburkan pendapatan ke dalam mesin tambahan dan pengembangan ladang. Dengan lebih 100 kenderaan dan alatan realistik daripada jenama terkemuka seperti John Deere, Case IH dan Massey Ferguson, pemain boleh melibatkan diri dalam pengalaman bertani yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Getting Over It+ (Bennett Foddy) 

Kredit: Bennett Foddy

Dalam game platformer yang mencabar ini, pemain mendaki gunung yang besar dengan hanya sebuah tukul sambil tersangkut dalam periuk. Game berasaskan fizik ini direka supaya sukar, di mana setiap kejatuhan dan kegagalan mengakibatkan kita bermula semula dari bawah.

Hill Climb Racing+ (Fingersoft)

Kredit: Fingersoft

Cuba game memandu berasaskan fizik yang menghiburkan ini. Pemain akan menghadapi cabaran yang terdiri daripada pelbagai persekitaran mendaki bukit yang unik sambil memperoleh bonus daripada membuat trik untuk menaik taraf kereta dan mencapai jarak yang lebih tinggi. Lumba menaiki bukit dalam pelbagai kenderaan, termasuk motocross, monster truck, traktor, basikal quad, bas pelancong, kereta lumba, ambulans, trak bomba, kereta salji dan banyak lagi.

Iron Marines+ (Ironhide Game Studio)

Kredit: Ironhide Game Studio

Game pengembaraan strategi real-time sci-fi ini dibuat oleh studio di sebalik saga Kingdom Rush. Rekrut dan latih wira terhebat di galaksi, bawa mereka ke dalam misi berbahaya menentang musuh hebat, dan lepaskan kuasa dan kebolehan hebat mereka. Ubah suai strategi dengan menukar peranan tentera walaupun dalam pertempuran yang sengit, daripada renjer kepada sniper, dan daripada penyembur api kepada pelancar peluru berpandu.

Kingdom Two Crowns+ (Raw Fury)

Kredit: Raw Fury

Game mikro strategi side-scrolling, Kingdom Two Crowns+, memberikan efek minimalis dengan estetika seni piksel moden yang cantik. Main sebagai Raja dan rekrut rakyat setia, bina kerajaan, dan lindunginya daripada makhluk tamak yang ingin mencuri syiling dan mahkota. Raja juga boleh mendapatkan bantuan rakan, bekerja bersama-sama secara classic split screen sambil duduk bersebelahan, atau pada sisi bertentangan mengikut keselesaan.

LIMBO+ (Playdead)

Kredit: Playdead

LIMBO+ ialah game platform teka-teki pemenang anugerah dan pengembaraan indie, yang diiktiraf secara kritikal kerana reka bentuk teka-teki yang menawan serta bunyi serta visual yang mengasyikkan. Ruangnya yang gelap, dan naratif pasti akan menghantui pemain ketika mereka berusaha untuk menyelesaikan permainan.

My Town Home – Family Games+ (My Town Games LTD) 

Kredit: My Town Games LTD

Game ini membolehkan pemain mencipta keluarga sendiri dan melibatkan diri dalam gameplay role-playing yang menyeronokkan. Dengan enam bilik unik untuk diterokai, pemain boleh menikmati pelbagai hiburan dan aktiviti keluarga, seperti memasak di dapur atau bermain di taman. Game ini menawarkan lebih 100 item yang boleh diubah suai, permainan pakaian dan pengembaraan unik di mana pemain boleh memilih watak kegemaran dan membuat peraturan sendiri, memupuk kreativiti dan imaginasi mereka.

Octodad: Dadliest Catch+ (Young Horses) 

Kredit: Young Horses

Dalam sekuel kepada game pertama yang popular, pemain mengawal Octodad – seekor sotong yang menyamar sebagai manusia – semasa dia menjalani kehidupannya. Kewujudan Octodad merupakan suatu perjuangan, kerana dia mesti melengkapkan tugas manusia sambil merahsiakan identiti daripada keluarga manusia.

PPKP+ (SHIMADA TOSHIHIRO)

Kredit: SHIMADA TOSHIHIRO

Bandar tiba-tiba diserang oleh makhluk Monster Corps, dan terpulang kepada pemain untuk menjadi wira yang akan mengalahkan raksasa dan menyelamatkan bandar. Pemain boleh mengumpulkan bahan binaan di Scrapyard, menambah kekuatan mereka di Restaurant, mempelajari bahan baharu di Dojo, dan mendapatkan upgrade baharu di Laboratory dalam usaha memburu raksasa mereka.

Snake.io+ (Kooapps)

Kredit: Kooapps

Objektifnya adalah mudah: Pemain bermula sebagai ular kecil, dan mesti makan pelet atau ular lain untuk menjadi ular terbesar; bertahan selama mungkin untuk mengalahkan markah tertinggi. Snake.io+ boleh dimainkan di mana-mana sahaja dan menawarkan acara langsung dengan skin unik dan papan pendahulu masa nyata untuk bersaing dengan pemain lain.

Temple Run+ (Imangi Studios)

Kredit: Imangi Studios

Temple Run+ membawa genre endless runner ke dalam resolusi 4K. Pemain kini boleh menguji refleks memburu harta karun mereka di iOS, iPadOS, macOS dan Apple TV. Berlumba melalui kuil yang dipenuhi perangkap dan di sepanjang tebing runtuh dengan grafik yang dinaik taraf . Gunakan Apple Remote atau gamepad untuk melencong, melompat dan meluncur. Mengelak perangkap maut, mengumpul syiling, merebut kuasa, menggunakan kuasa purba untuk mengelak kematian dan menyelesaikan cabaran eksklusif demi membuka watak baharu — walaupun di TV.

TIMELOCKER+ (Sotaro Otsuka)

Kredit: Sotaro Otsuka

Time Locker+ ialah game shooter minimalis oleh pembangun solo Sotaro Otsuka. Dalam game ini, kelajuan masa dikawal oleh kelajuan jari pemain. Pemain mengawal watak melalui satu siri level berasaskan masa, di mana mereka mesti mengelakkan halangan dan tembakan musuh semasa cuba mengalahkan pelbagai makhluk.

Very Little Nightmares+ (Bandai Namco Entertainment)

Kredit: Bandai Namco Entertainment

Masuki dunia Very Little Nightmares+, game pengembaraan teka-teki yang menggabungkan comel dan seram. Bantu Girl in the Yellow Raincoat bertahan di rumah yang berbahaya dan cari jalan untuk keluar. Semasa dia bangun di rumah agam yang tidak diketahui, pemain mesti membimbingnya melalui setiap bilik. Navigasi labirin besar yang dipenuhi dengan perangkap yang mengancam nyawa, elakkan musuh, dan temui teka-teki yang menarik untuk menembusi rahsia rumah pelik ini.


Sejak penampilan sulungnya pada 2019, Apple Arcade telah menyediakan faedah unik untuk pelanggan. Tiada iklan, tiada pembelian dalam aplikasi dan perlindungan privasi yang kukuh, perkhidmatan ini menawarkan pengalaman gaming yang menyeronokkan dan selamat untuk pengguna di semua peringkat umur. Ia juga menampilkan kemas kini mingguan dan tambahan game baharu yang boleh dimainkan di iPhone, iPad, Mac dan Apple TV, tersedia dalam satu langganan termasuk dengan akses sehingga enam ahli keluarga.

Harga dan Ketersediaan:

  • Apple Arcade tersedia pada harga RM19.90 sebulan dengan percubaan percuma selama sebulan. Pelanggan yang membeli iPhone, iPad, Mac atau Apple TV baharu menerima tiga bulan Apple Arcade secara percuma.
  • Apple Arcade adalah sebahagian daripada pelan bulanan Apple One’s Individual (RM29.90), Family (RM39.90) dan Premier (RM78.90), dengan percubaan percuma selama sebulan.
  • Arcade Originals boleh dimainkan di seluruh iPhone, iPad, Mac dan Apple TV. App Store Greats pula tersedia di iPhone dan iPad.
  • Langganan Apple Arcade memberikan akses tanpa had sehingga enam keluarga kepada semua game dalam katalog.

Baca segala liputan kami tentang servis Apple Arcade di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: appleApple ArcadeiOS
ShareTweetSend
Previous Post

Park Beyond Ujian Beta Tertutup — Pandangan Pertama Gameplay, Serlahkan Kreativiti Pemain!

Next Post

Akibat terlalu sibuk bermain Honkai Star Rail, Pasukan Valorant tarik diri daripada perlawanan VCL!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita
Review

Reviu Elden Ring Nightreign – Kemenangan Itu Masih Indah Walau Banyak Menderita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game
Berita

Metal Gear Solid Δ: Snake Eater – Gameplay Baru Fokus Kepada Cobra Unit & Mini Game

June 5, 2025
Next Post
Akibat terlalu sibuk bermain Honkai Star Rail, Pasukan Valorant tarik diri daripada perlawanan VCL!

Akibat terlalu sibuk bermain Honkai Star Rail, Pasukan Valorant tarik diri daripada perlawanan VCL!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd