Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apple Arcade Tambah 8 Game Baru Pada Disember Ini Termasuk Final Fantasy IV 3D Remake!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 6, 2024
in Artikel, Berita, iOS, Mobile, Senarai
0 0
0
Apple Arcade Tambah 8 Game Baru Pada Disember Ini Termasuk Final Fantasy IV 3D Remake!
Share on FacebookShare on Twitter

Langganan Apple Arcade membawa kejutan istimewa pada musim percutian Disember 2024 dengan pelancaran lapan game baharu.

Daripada klasik lagi ikonik hingga pengalaman baru serba kreatif, bulan ini menawarkan sesuatu untuk setiap jenis gamer. Berikut adalah butiran game terkini yang tersedia, di mana enam dilancarkan sejak semalam, 5 Disember dan dua lagi akan tiba pada 9 Disember.

Tersedia Sekarang

Talking Tom Blast Park oleh Outfit7

Kredit: Apple Arcade

Masuk ke dunia warna-warni dengan Talking Tom Blast Park! Sertai Talking Tom dan rakan-rakan dalam misi untuk menyelamatkan taman daripada gangguan Rakoonz yang nakal. Dengan senjata unik seperti Duckinator dan Power Plunger, pemain perlu menumpaskan gelombang musuh. Naikkan level, bina semula taman, tingkatkan senjata, dan lancarkan kombo kuat untuk menghalang kekacauan.

Boggle: Arcade Edition oleh Zynga

Kredit: Apple Arcade

Versi baru dari permainan teka-teki kata klasik, Boggle: Arcade Edition menawarkan keseronokan untuk semua peringkat umur. Sama ada bersaing dalam mod multiplayer, menguji kemahiran anda dalam pengembaraan solo, atau memperbaiki kemahiran dengan cabaran terpilih, edisi ini sempurna untuk peminat permainan kata yang mencari hiburan berjam-jam lamanya.

PAC-MAN 256+ oleh Bandai Namco dan Hipster Whale

Kredit: Apple Arcade

Game labirin klasik kembali dengan sentuhan moden dalam PAC-MAN 256+. Navigasi labirin ikonik, elak hantu, dan jauhi Glitch yang mengejar anda dalam labirin tanpa henti. Dengan matlamat baru, upgrade, dan kuasa tambahan yang hebat, edisi ini menawarkan cabaran segar dan keseronokan nostalgia dalam setiap sesi permainan.

Hot Wheels: Race Off+ oleh Hutch Games

Kredit: Apple Arcade

Panaskan enjin anda dan berlumba dengan Hot Wheels: Race Off+! Hadapi 60 litar dengan 30 kereta Hot Wheels autentik, lengkap dengan booster, gelung, dan loncatan. Ubah suai dan tingkatkan koleksi anda untuk menguasai papan pendahulu dan bersaing dengan rakan melalui Game Center.

Barbie Color Creations+ oleh StoryToys

Kredit: Apple Arcade

Bebaskan kreativiti anda dengan Barbie Color Creations+! Game reka bentuk ini membolehkan pemain menyesuaikan patung Barbie, mencipta pakaian, dan merancang aksesori menggunakan pelbagai alat seperti berus dan cat semburan. Dengan cabaran reka bentuk, adegan berwarna-warni, dan aktiviti menyeronokkan, game ini pasti menjadi kegemaran di kalangan peminat Barbie.

Little Cities: Diorama oleh nDreams (Apple Vision Pro)

Kredit: Apple Arcade

Dibayangkan semula untuk Apple Vision Pro, Little Cities: Diorama membawa pengalaman membina bandar ke dimensi baharu. Menggunakan kawalan isyarat yang intuitif, pemain dapat mencipta bandar yang sibuk dengan perumahan, industri, dan tarikan dalam dunia diorama. Dengan mekanik seperti gelembung pop dan penciptaan kreatif tanpa had, game ini menawarkan pengalaman sandbox yang inovatif.

Akan Datang Pada 9 Disember

FINAL FANTASY IV (3D REMAKE)+ oleh SQUARE ENIX

Kredit: Apple Arcade

Temui semula keajaiban RPG klasik dalam FINAL FANTASY IV (3D REMAKE)+! Versi yang dipertingkatkan ini menampilkan grafik yang diperbaharui, gameplay yang ditingkatkan, dan lakonan suara untuk adegan penting. Game ini memperkenalkan sistem Active Time Battle yang ikonik dan memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat lama dan baru.

FINAL FANTASY IV: THE AFTER YEARS+ oleh SQUARE ENIX

Kredit: Apple Arcade

Sambungan epik kembali dalam FINAL FANTASY IV: The After Years+. Berlatar bertahun-tahun selepas peristiwa game asal, versi 3D ini menampilkan sepuluh kisah unik, gabungan watak klasik dan wira baru, serta mekanik gameplay menarik seperti Lunar Phases dan Band Abilities. Alami kesinambungan saga FINAL FANTASY IV dalam cara yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Untuk butiran lanjut, semak tab Apple Arcade di App Store untuk temui banyak lagi game pada Disember 2024 ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apple Arcade
ShareTweetSend
Previous Post

Sekuel “Demon Slayer: Kimetsu no Yaiba – The Hinokami Chronicles 2” Rasmi Diumumkan!

Next Post

Pengalaman Kami Di Detective Conan 30th Anniversary Exhibition KL!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Pengalaman Kami Di Detective Conan 30th Anniversary Exhibition KL!

Pengalaman Kami Di Detective Conan 30th Anniversary Exhibition KL!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd