Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apple Arcade Tambah 4 Game Baru, Termasuk Wheel of Fortune & Arkanoid vs Space Invaders!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 9, 2024
in Artikel, Berita, iOS, Mobile
0 0
0
Apple Arcade Tambah 4 Game Baru, Termasuk Wheel of Fortune & Arkanoid vs Space Invaders!
Share on FacebookShare on Twitter

Apple Arcade menambah empat game baru ke dalam senarai permainannya pada bulan November ini, menawarkan pelbagai pengalaman gaming yang berbeza, daripada teka-teki perkataan yang mencabar kepada pertempuran kereta yang pantas. Bermula 7 November, pelanggan boleh menikmati Wheel of Fortune Daily, Drive Ahead! Carcade, Arkanoid vs Space Invaders+, dan Texas Hold’em Poker: Pokerist+.

Setiap game membawa keunikan tersendiri, memastikan ada sesuatu untuk semua orang bulan ini.

Wheel of Fortune Daily oleh Frosty Pop Games

Bagi peminat permainan perkataan dan teka-teki otak, Wheel of Fortune Daily adalah cara yang sempurna untuk mengasah minda. Berdasarkan rancangan TV ikonik, game teka-teki perkataan ini menawarkan pemain peluang untuk merasai keseronokan memutarkan roda dan menyelesaikan teka-teki di peranti mobile mereka.

Game ini menghidupkan semula Bonus Round rancangan tersebut, di mana pemain boleh meneka huruf dan menyelesaikan teka-teki untuk memenangi hadiah maya. Teka-teki baru ditambah setiap hari, merangkumi topik seperti budaya pop, makanan, perjalanan, dan banyak lagi, menjadikan setiap hari sebagai cabaran baru.

Drive Ahead! Carcade oleh Dodreams Fairytale Company

Kredit: Apple Arcade

Dalam Drive Ahead! Carcade, pemain memasuki dunia pertempuran kereta multiplayer yang pantas. Game ini adalah kesinambungan daripada siri popular Drive Ahead!, tetapi dengan intensiti tambahan apabila pemain berusaha untuk menbuang pihak lawan keluar dengan satu hentaman.

Kegilaan tidak berhenti dengan perlawanan individu; pemain boleh bekerjasama dengan rakan untuk permainan koperatif atau bertarung melawan pesaing global. Dengan pilihan customization kereta yang tidak terhad—daripada monster truck hingga muscle car—pemain boleh membina garaj sendiri sambil menaikkan kedudukan di leaderboard dan mengumpul fame point melalui cabaran harian.

Arkanoid vs Space Invaders+ oleh TAITO Corporation

Gabungan ini menyatukan dua game arked legenda: Arkanoid dan Space Invaders. Dalam Arkanoid vs Space Invaders+, pemain memantulkan serangan makhluk asing sambil memecahkan blok untuk menyelamatkan galaksi.

Dengan 150 level di dua mode, pemain menghadapi formasi musuh yang berkembang, menggunakan lebih daripada 20 abiliti berkuasa, dan menewaskan bos epik. Gabungan dua klasik ini menghasilkan gameplay yang pantas, menggabungkan aksi pecah blok dan tembak-menembak makhluk asing.

Texas Hold’em Poker: Pokerist+ oleh KamaGames

Kredit: Apple Arcade

Peminat poker boleh menguji kemahiran strategi dan tipu helah mereka dalam Texas Hold’em Poker: Pokerist+. Game ini menawarkan aksi poker kompetitif dengan pemain dari seluruh dunia. Sama ada anda pemain baru atau pro berpengalaman, Pokerist+ sesuai untuk semua peringkat.

Pemain baru boleh memulakan dengan tutorial yang mudah difahami, manakala pemain berpengalaman boleh menyertai kejohanan Sit’n’Go mingguan, game mode khas dengan kelainan, dan kejohanan multitable untuk persaingan berisiko tinggi. Matlamat utama adalah untuk menaikkan kedudukan dan menjadi juara poker.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Apple ArcadeArkanoid vs Space Invaders+Drive Ahead! CarcadeTexas Hold’em Poker: Pokerist+Wheel of Fortune Daily
ShareTweetSend
Previous Post

Universal Pictures & SEGA Bekerjasama Untuk Adaptasi Filem Shinobi

Next Post

Diablo: Beyond the Veil Mengisahkan Hidup Seorang Paderi Gamer

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Diablo: Beyond the Veil Mengisahkan Hidup Seorang Paderi Gamer

Diablo: Beyond the Veil Mengisahkan Hidup Seorang Paderi Gamer

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd