Untuk bulan Ogos 2024, Apple telah mengumumkan barisan game iOS baharu yang bakal tiba melalui langganan Apple Arcade termasuk Temple Run: Legends, Vampire Survivors+, dan game spatial Apple Vision Pro Castle Crumble!
Sebanyak 3 game baru akan ditambah, jadi berikut adalah butiran lengkap:
Temple Run: Legends oleh Imangi Studios
Looks like the cat is out of the bag… Temple Run: Legends coming August 1st on Apple Arcade.https://t.co/k6e1aIAxHq#TempleRun #GamingNews, #MobileGaming, #NewGame, #ComingSoon, #applearcade pic.twitter.com/U6fAhUWyWU
— Temple Run (@TempleRun) July 9, 2024
Berlari, berenang, melompat dan menyertai legion hero lain dalam Temple Run: Legends. Selain mode infinite run klasik, pemain boleh menerokai Aperion purba dengan mode gameplay baharu, cabaran dan ganjaran dinamik serta lebih 500 level dalam story mode.
Pemain harus bersedia untuk merentasi iklim yang bahaya, berinteraksi dengan penduduk dan makhluk menarik, dan menghadapi barisan watak yang unik dan serba baharu semasa menakluki pengembaraan seterusnya.
Vampire Survivors+ oleh Poncle
Vampire Survivors is coming to @AppleArcade as ‘Vampire Survivors+’ on August 1st 🦇
— Vampire Survivors 💥 Operation Guns DLC Out Now (@poncle_vampire) July 9, 2024
so… what’s included?
✨ Base game with 50+ playable characters & 80 weapons
🎉 Legacy of the Moonspell AND Tides of the Foscari
😱 100% ad free gameplay
🔥 SO many updates to keep you busy pic.twitter.com/nuzF1eui4g
Merupakan game kasual seram gothic dengan elemen rogue-lite, pilihan pemain membolehkan anda menentang ratusan raksasa yang datang menyerang berterusan. Matlamat utama adalah untuk bertahan hidup selama yang mungkin untuk membuka watak, senjata dan relik tambahan untuk sesi berikutnya.
Game ini juga menyokong mode multiplayer sehingga empat pemain di mana semua boleh bermain pada peranti yang sama dengan menyambungkan game controller. Selain itu, Vampire Survivors+ Apple Arcade juga termasuk DLC Vampire Survivors: Legacy of the Moonspell dan Vampire Survivors: Tides of the Foscari.
Castle Crumble oleh Orbital Knight
Summer starts today! 🌞
— Castle Crumble (@castle_crumble) June 20, 2024
Have you already explored the enchanting Amber Hills? Our newest kingdom warmly welcomes you to a charming adventure! 🏰✨
Play today:https://t.co/HowdbY259O #FirstDayOfSummer #HelloSummer #Summertime #SummerFun #CastleCrumble #MobileGames pic.twitter.com/oJB1ZrqftC
Pemain akan memulakan pengembaraan merentasi pelbagai kerajaan dan biom unik untuk meruntuhkan istana musuh dalam game teka-teki berasaskan fizik ini.
Kawalan unik membolehkan pemain menggunakan tangan mereka untuk menyasar titik kelemahan istana dengan tepat menggunakan bahan letupan kuat, sihir mistik dan boost misteri, lalu menonton istana meletup di hadapan mereka.
Langganan Apple Arcade
Apple Arcade tersedia pada harga RM29.90 sebulan dengan percubaan percuma selama sebulan. Pelanggan yang membeli iPhone, iPad, Mac atau Apple TV baharu turut akan menerima Apple Arcade selama tiga bulan secara percuma.
Jika ingin menjimatkan duit, Apple Arcade ialah sebahagian daripada pelan bulanan Individu Apple One (RM34.90), Family (RM44.90) dan Premier (RM84.90), dengan percubaan percuma selama sebulan.
@gamersantaimy
Discussion about this post