Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy — Hadir Dengan Kandungan Istimewa & Ikon Comel untuk Anda gunakan!

Maira by Maira
January 17, 2024
in Artikel, Berita, Game, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy — Hadir Dengan Kandungan Istimewa & Ikon Comel untuk Anda gunakan!

Sumber: Capcom

Share on FacebookShare on Twitter

Game Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy yang akan datang, pemain akan melihat sambungan siri dalam koleksi tiga game yang melihat Apollo sebagai peguam semasa dia mengharungi Zaman Gelap Undang-undang. Nantikan grafik HD yang cantik dan bonus istimewa dalam versi remastered ini.

Jom kita lihat penambahbaikan Quality-of-Life (QoL) dan ciri-ciri baharu yang ditambah dalam game ini supaya ia lebih mudah untuk pemain alami kisah Apollo, tidak kiralah pemain lama mahupun baru!

Penambahbaikan QoL

Sumber: Capcom
  • Menu Game: Pilih game, episod dan juga bab yang anda mahu mulakan dari kali pertama anda bermain. Alami cerita dari awal atau lompat ke babak kegemaran anda!
Sumber: Capcom
  • Story Mode: Game ini akan membuat pilihan dan menyelesaikan teka-teki secara automatik untuk anda. Ini adalah mod yang sesuai untuk mereka yang ingin duduk dan menonton misteri terbongkar.
Sumber: Capcom
  • History: Sistem backlog yang membolehkan anda menyemak teks yang telah dibaca. Anda juga boleh baca semula baris yang anda terlepas secara tidak sengaja dengan mudah!
  • 7 Bahasa: Terdapat 7 bahasa tersedia untuk anda gunakan dalam game ini iaitu bahasa Jepun, Inggeris, Perancis, Jerman, Korea, Traditional dan Simplified Chinese. Terdapat juga alih suara baharu untuk anda cuba nanti!

Kandungan khas

Sumber: Capcom
  • Orchestra Hall: Soundtrack bagi ketiga-tiga game serta 14 lagu terpilih daripada Ace Attorney 15th Anniversary Orchestra Concert dan Ace Attorney 2019 Orchestra Concert menghasilkan sejumlah 175 lagu.
Sumber: Capcom
  • Art Library: Sebuah perpustakaan penuh dengan reka bentuk watak, seni latar dan juga prolog anime khas untuk Spirit of Justice. Seni original yang dihasilkan untuk koleksi ini juga boleh didapati di sini!
Sumber: Capcom
  • Animation Studio: Cipta pemandangan impian anda secara bebas dengan model watak dan animasi, muzik latar belakang dan voiced line daripada game. Letakkan watak dalam situasi yang tidak ada dalam game utama!
Sumber: Capcom
  • Episod khas dan Kostum: Episod dan kostum istimewa yang hanya tersedia sebagai bonus khas pre-order atau kandungan berbayar disertakan dalam koleksi ini. Bermain dengan pakaian khas untuk trial yang lebih aneh. Nikmati 2 Episod Istimewa daripada Dual Destinies dan Spirit of Justice, “Turnabout Reclaimed” dan “Turnabout Time Traveller”.

Ace Attorney Anime

Beberapa episod anime Ace Attorney daripada musim 1 dan 2 akan tersedia secara percuma untuk ditonton melalui Youtube! Klik pautan ini untuk menontonnya!

Ace Attorney 20th Anniversary Orchestra Concert

Klip khas daripada Ace Attorney 20th Anniversary Orchestra Concert kini percuma untuk ditonton untuk masa terhad. Anda boleh menontonnya sekarang sehingga 29 Februari 2024.

https://youtu.be/MEczhudLQRo?si=trW2JVaqtLsCLY4D

Ikon untuk aplikasi Chat

Untuk meraikan pelancaran game akan datang, terdapat ikon-ikon percuma untuk anda gunakannya! Antara watak yang tersedia adalah Apollo, Phoenix dan Athena.

Itu sahaja yang kami boleh kongsikan kali ini. Apollo Justice: Ace Attorney Trilogy akan dilancarkan di PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC melalui Steam pada 25 Januari 2024! Untuk segala liputan kami mengenai Ace Attorney, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Ace AttorneyApollo Justice: Ace Attorney Trilogy
ShareTweetSend
Previous Post

Filem Lycoris Recoil Sedang Dihasilkan — Menurut Staf Studio!

Next Post

Uniqlo UT Bawakan Kembali 6 Design T-shirt Kolaborasi Metal Gear! Tersedia Sekarang!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Uniqlo UT Bawakan Kembali 6 Design T-shirt Kolaborasi Metal Gear! Tersedia Sekarang!

Uniqlo UT Bawakan Kembali 6 Design T-shirt Kolaborasi Metal Gear! Tersedia Sekarang!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd