Livestream permainan game sememangnya sudah menjadi popular semenjak beberapa tahun lalu dan YouTube adalah sebuah platform yang besar untuk kandungan ini. Menerusi kemaskininya yang terbaru, aplikasi YouTube untuk Android telah menambahkan pilihan untuk livestream kandungan didalam peranti mudah alih anda untuk livestream apa yang sedang dipaparkan, termasuklah game Android.
Ini terhasil daripada penggabungan aplikasi gaming YouTube dengan aplikasi standard YouTube yang mana, ketinggalan beberapa fungsi.
Dengan versi terkini aplikasi ini iaitu v14.31.50, fungsi livestream paparan peranti mudah alih telah kembali. Apabila memulakan livestream daripada aplikasi, pengguna akan mendapat pemberitahuan dalam aplikasi yang akan memberitahu fungsi “screen broadcast”. Setelah memilih fungsi ini, livestream tersebut akan bertukar menjadi strim yang fokus kepada gaming, dengan option untuk memilih game-game spesifik akan dipersembahkan kepada pengguna.
Setelah livestream bermula menggunakan aplikasi, pengguna akan kembali ke skrin utama untuk memilih game yang ingin dimainkan, pilih overlay yang akan ditampalkan ke atas livestream. Overlay juga akan dipaparkan secara front-facing kepada streamer.
Kemaskini terbaru ini sudahpun berada di Play Store.
Sumber: 9TO5Google
@gamersantaimy
Discussion about this post