Apex Legends Mobile telah dilancarkan pada tahun ini dan telah menerima banyak kandungan eksklusif dan berbeza dengan versi PC. Kini, mereka telah melancarkan season terbaru dengan membawakan legend baru iaitu Rhapsody dan peta baru Kings Canyon. Jom saya terangkan serba sedikit berkenaan perkara baru dalam Apex Legends Mobile season 2 Distortion.
Legend baru – Rhapsody

Rhapsody merupakan legend support yang didatangkan secara eksklusif di Apex Legends Mobile season 2. Anda boleh dapatkan dia dengan menggunakan 720 Syndicate Gold atau 10 Rhapsody Fragment. Dia mempunyai tiga ability iaitu Hype Anthem, Gifted Ear dan Rowdy’s Rave.

Cara terbaik untuk memahami Rhapsody adalah melalui muziknya. Nadi berdengung bercakap tentang zaman kanak-kanaknya di Kómma di mana gergasi teknologi Pythas Inc. mengawal segalanya. Irama yang sedap mencerminkan ibunya yang menyokong, seorang jurutera AI yang cemerlang. Dan bass yang meledak menyerupai Rowdy, rakan robot yang dicipta ibunya untuk menguatkan suara anak perempuannya.
Setelah dijemput untuk membuat persembahan di bahagian bandar yang kaya, dia cuba menghapuskan hutang keluarganya dengan virus. Walau bagaimanapun, virus itu terbukti terlalu kuat, dan merosakkan keseluruhan kewangan daerah. Untuk mengelakkan kemarahan Pythas, Rhapsody bersetuju untuk menyertai games di bawah panji mereka.
Tetapi itu hanya sebagai alasan dan matlamat sebenar dia adalah untuk mengungguli carta Apex sehingga dia memperoleh pendapatan yang cukup untuk membeli bukan sahaja kebebasannya, tetapi juga keluarganya.
Menurut Apex Legends Mobile

Ability Rhapsody
- Hype Anthem (Tactical)
- Memainkan lagu yang membolehkan pergerakannya dan skuad menjadi laju dan mengisi semula shield. Selepas ability tamat, dia akan menerima damage. Anda boleh menggunakan ability ini setiap 25 saat.
- Gifted Ear (Passive)
- Ia membolehkan anda mendengar dengan lebih jauh daripada legend lain.
- Rowdy’s Rave (Ultimate)
- Menghasilkan dinding yang menghalang pandangan dan scan daripada musuh. Anda boleh gunakannya setiap 2 minit.
Peta baru – Kings Canyon & Pythas Block 0

Ia merupakan tempat di mana Apex Games diadakan. Map ini akan digunakan dalam mode battle royale sebagai penambahan daripada map yang sedia ada iaitu World’s Edge. Bagi sesiapa yang pernah bermain Apex Legends PC, anda mesti kenal dengan map ini kerana ia merupakan map yang pertama dalam versi PC.

Mereka juga menambah map bagi mode team deathmatch. Map tersebut adalah Pythas Block 0 di mana ia dikaitkan dengan jalan cerita Rhapsody.
Mode baru – Hack & Gun game

Selain daripada legend dan map baru, mereka memperkenalkan mode baru iaitu Hack game dan Gun game. Hack game akan memperkenalkan perlawanan 6v6 di mana satu pasukan akan hack satelit dan satu lagi pertahankan satelit tersebut.
Untuk Gun game pula, pemain perlu membunuh musuh dengan menggunakan senjata yang disediakan. Sesiapa yang mempunyai mata tertinggi atau membunuh musuh sebanyak 3 kali menggunakan pisau akan menang.
Apex Legends Mobile season 2 Distortion telah pun dilancarkan bermula 12 Julai 2022 dan banyak acara, ganjaran dan banyak lagi yang disediakan untuk anda dapatkan. Jadi, mesti diantara sudah mula bermain kan. Apa perasaan anda selepas mencuba bermain legend dan map baru? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik tentang Apex Legends Mobile, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post