Apex Legends pasti menjadi platform yang lebih selamat sekarang selepas Respawn mengharamkan lebih dari 2000 akaun di semua platform. Ini terutamanya untuk komuniti PS4 yang kini dilanda pemain ‘toxic’. Jangan terkejut. Menurut Conor Ford (seorang pemaju di Respawn yang menguruskan sistem keselamatan untuk Apex Legends), sebanyak 2,086 pemain telah diharamkan kerana menyalahgunakan ‘bug’ yang terdapat dalam mod Ranked permainan. Dari jumlah tersebut, sebanyak 1,965 akaun PS4 telah diharamkan untuk Apex Legends. Apa yang terjadi? Nampaknya komuniti PS4 kini dibanjiri dengan penipu yang menggunakan taktik “dashboarding”.
“Dashboarding” bermaksud apabila seseorang pemain menutupkan permainan secara paksa setelah kalah dalam perlawanan untuk mengelakkan kehilangan RP (Ranked Points). Ini membolehkan mereka mengekalkan ‘rank’ walaupun pemain tersebut sepatutnya kalah. Ini bukan satu-satunya eksploitasi yang dilakukan oleh komuniti Apex Legends di PS4. Isu kedua adalah pemain peringkat tinggi berjaya menyelinap ke lobi pemain Bronze untuk memudahkan mereka menaikkan Rank. Anda pasti faham kan betapa sedihnya diri ini apabila ‘dibantai’ oleh pemain berpengalaman sedangkan kita baru mula belajar untuk bermain.
Ford menjelaskan bahawa ini adalah ‘ban’ yang berkait dengan ‘matchmaking’. Setiap ban mempunyai tempoh yang berbeza bergantung pada betapa teruknya pemain tersebut menyalahgunakan ciri ini. Kemungkinan besar, para ‘penipu ini mungkin akan diharamkan sehingga pelancaran musim baru. Dari situ, Ford memberi nasihat kepada pemain yang dilarang dan minta mereka untuk kembali tetapi cuba bermain Apex Legends sepertimana ia harus dimainkan dan bukannya cuba untuk menyalahgunakan sistem permainan atau pemain lain.
Laporan ini telah menimbulkan sedikit kekecohan di dalam komuniti, di mana ramai pemain Apex Legends bertindak balas terhadap larangan tersebut. Sebilangan pemain gembira dan berpuas hati dengan usaha Respawn. Namun, beberapa pengguna juga mendakwa akaun mereka diharamkan walaupun tidak menggunakan ‘cheat’ ini. Yang lain mempersoalkan mengapa Respawn tertumpu pada komuniti PS4. Seorang pengguna menjawab soalan tersebut dengan menjelaskan bahawa “dashboarding” hanya berfungsi pada konsol PS4, yang menjelaskan jumlah tinggi bagi ‘cheater’ di PS4.
Apex Legends kini boleh didapati di PC, PS4, Switch, dan Xbox One. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.
Sumber – Respawn

@gamersantaimy
Discussion about this post