Sejak dilancarkan dua tahun lepas, Apex Legends telah menjadi antara IP paling penting oleh Respawn Entertainment dan EA. Game ini sentiasa menawarkan kandungan baru, acara menarik, dan baru-baru ini telah memperkenalkan Legend terbaru bernama Fuse. Game ini melonjak dalam populariti sehingga berjaya memecahkan rekod baru untuk jumlah pemain semasa di Steam!
Sebelum ini, Apex Legends adalah eksklusif untuk platform EA Origin di PC, tetapi akhirnya dikeluarkan di Steam pada bulan November 2020. Pada bulan Januari lalu, Apex Legends telah mencatat rekod pemain semasa baru di Steam, yang mencapai sekitar 130,000 pemain pada satu masa. Sepanjang bulan Februari pula, jumlah pemain Steam untuk Apex Legends terus meningkat. Pada 27 Februari, Apex Legends mencapai jumlah tertinggi di platform dengan nilai hampir 197,000 pemain!
AND – Apex Legends just hit a new all-time peak player count on Steam, with 196,799 concurrent players!
(Dead game though obviously) pic.twitter.com/AQwGcUa5UA
— Apex Legends News (@alphaINTEL) February 27, 2021
Angka sebenar yang dicapai menurut SteamCharts adalah 196,799 dan menunjukkan bahawa game ini semakin hampir dengan tonggak 200,000. Apex Legends sudah lama mempunyai “player base” yang luas di semua platform-nya, tetapi ia mengagumkan untuk melihat ia masih mampu menarik begitu banyak pemain Steam.
We heard some of you need more time to collect all your Anniversary rewards? 👀
In the spirit of celebration, we're going to keep the party going for one additional week. The Anniversary Collection Event will now remain open until March 2 at 10am PT. pic.twitter.com/uZwtBvL149
— Apex Legends (@PlayApex) February 23, 2021
Peningkatan ini mungkin didorong oleh pelancaran Season 8, yang memperkenalkan Legend dan Battle Pass baru. Permulaan Season 8 juga menyaksikan acara ulang tahun ke-2 Apex Legends, yang menampilkan skin Legendary/Epic baru dan kosmetik senjata. Memang tidak hairanlah mengapa ramai yang berminat untuk bermain.
Here’s a lil’ ditty from ol’ Fusey himself. Gather round, folks…for the Outlaws’ Oath. pic.twitter.com/rG4L8Wummt
— Apex Legends (@PlayApex) February 26, 2021
Secara keseluruhan, ini merupakan langkah yang bijak untuk melancarkan Apex Legends di pasaran Steam. Bagi sesiapa yang berminat, Apex Legends kini tersedia di PC, PS4, Xbox One, dan akan datang tidak lama lagi ke Nintendo Switch pada 9 Mac. Untuk segala liputan kami tentang permainan, sila tekan pautan ini.

@gamersantaimy
Discussion about this post