Mesti ramai dah tau pasal Apex Legends kan? Ini game battle royale yang datang tak diundang, as in terus hit the market. Dan buat masa ni jumlah pemain dia dah lebih 10 juta orang serata dunia.
Apex Legends' success is so outstanding a mobile version of the game is already on its way: https://t.co/KywmS4DhdV pic.twitter.com/bSE1d1d4zv
— Gamepressure (@gamepressurecom) February 7, 2019
Dan, kalau dah battle royale tu kan, rugi la kalau tak expand ke platform mobile iOS dan Android. Tengok je la 2 game battle royale yang tidak akan ku namakan disini; cemerlang kat mobile sekali. Dan CEO EA, Andrew Wilson ada membincangkan pasal potensi ni dalam diskusi bersama pelabur EA. Buat masa ni, ianya ada kat PC, PS4 dan Xbox One.
Andrew kata diorang kena tengok proses dia dulu, sekali dengan cross-play, dan dia juga jangkakan game ni akan hit kat Asia. Tapi apa-apa pun EA kena address beberapa issues dulu sebelum lompat ke mobile.
Apex Legends lagi graphic intensive berbanding battle royale lain, so kalau masuk mobile mesti downgrade punya graphics dia. Lagi satu, since game ni berdasarkan universe Titanfall; ini membolehkan pemain menggunakan special abilities; Ultimates dan sistem ping. Ini mempersembahkan cabaran control scheme kat mobile. Sekiranya EA dan Respawn mampu atasi semua ni, jalan!
Setakat ni, ada leak ranked mode dan kita boleh saspek yang akan ada penambahan Legends skali. Game ni masih di peringkat “budak baru nak UP” so kita kena perati dulu. Adakah prestasi kecemerlangan ini akan berterusan ataupun gerimis mengundang?
https://www.youtube.com/watch?v=ZlElRDjvaO0
@gamersantaimy
Discussion about this post