Dr Disrespect merupakan seorang Youtuber terkenal dengan memberikan kandungan yang memfokuskan kepada game shooting. Dia selalu membuat live stream di YouTube dan memberikan maklum balas kepada komen yang telah ajukan daripada penontonnya. Kali ini, Dr Disrespect menjawab persoalan penontonnya dengan mengatakan yang Apex Legends adalah game battle royale paling kompetitif.

Dalam live streamnya baru-baru ini, terdapat penonton mengajukan soalan kepada Dr Disrespect dengan menanyakan seperti ini: “Adakah Apex Legends akan mati?”
Dr Disrespect berikan respons pantas dengan mengatakan “Sama sekali tidak. Saya fikir mereka mempunyai formula di mana Respawn telah menggunakannya dan mempunyai kumpulan developer yang hebat bagi mengusahakan game ini. Apex Legends akan sentiasa berkembang.”

Bukan setakat itu sahaja, Dr Disrespect telah pun mendakwa bahawa Apex Legends adalah game battle royale paling kompetitif yang pernah ada setakat ini. Dia juga mengatakan yang Apex Legends langsung tidak sama jika nak dibandingkan dengan game battle royale lain seperti Warzone dan Fortnite.
Walau bagaimanapun, dia masih mempunyai soalan tentang betapa seronoknya menonton orang lain bermain secara kompetitif. Dia berkata bahawa pengalaman menonton game kompetitif lebih memenuhi keperluan mereka yang bermain dan “grind” ranked.

Dia meneruskan lagi dengan mengatakan game itu mempunyai pendekatan yang sistematik kepada pengalaman semasa bermain ranked tetapi bersama dengan sedikit “wild engagement” yang membawa kepada peluang mencipta kandungan yang lebih sedikit.
Korang boleh layan live stream dan pelbagai video daripada Dr Disrespect di YouTube rasminya. Untuk video live stream yang mengatakan perkara ini, korang boleh tengok di bawah pada “timestamp” minit ke 30.55.
Apa pendapat korang tentang Dr Disrespect yang mengatakan Apex Legends adalah game battle royale paling kompetitif yang pernah ada buat masa sekarang. Jom berikan pendapat korang di ruangan komen. Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.

@gamersantaimy
Discussion about this post