Nampaknya Respawn sedang berusaha keras untuk membangunkan game FPS single-player baru berdasarkan dunia Apex Legends. Dengan membangunkan game baru ini, mereka memerlukan lebih ramai pekerja untuk menjayakan projek tersebut. Oleh itu, mereka telah membuka peluang pekerjaan di laman web rasmi Respawn.

Menurut laman web rasmi mereka, Respawn sedang mencari tenaga tambahan untuk membangunkan menjayakan pelbagai projek termasuk Apex Legends, Apex Legends Mobile, Star Wars FPS dan Star Wars Jedi: Survivor. Dalam senarai kerjaya itu, terdapat satu tajuk projek yang menarik perhatian ramai iaitu “Apex Universe FPS Incubation”.

Untuk projek “Apex Universe FPS Incubation, mereka telah mengeluarkan lebih daripada lima pekerjaan daripada bahagian reka bentuk hingga ke programmer. Dalam salah satu daripada senarai tersebut, terdapat sedikit maklumat berkenaan game tersebut iaitu “Tajuk single-player baru ini ialah taman permainan impian developer dengan kebebasan untuk berinovasi yang mungkin dalam alam semesta unik”.

Walau bagaimana pun, berita ini mungkin lebih mengujakan untuk peminat Titanfall. Hal ini kerana, Apex Legends berlaku dalam dunia yang sama di mana ia bermula pada tahun 2014 sebagai game multiplayer mech-shooter. Ada yang mengatakan bahawa game ini mungkin kemasukan seterusnya untuk siri Titanfall. Tetapi kami pun tidak pasti tentang kebenaran perkara tersebut.
Apex Legends sendiri telah berkembang lebih besar daripada Titanfall dan mungkin disebabkan itu Respawn kini memanggil “Apex universe” dan bukannya “Titanfall Universe.” Tetapi ianya alasan yang tidak munasabah untuk Respawn memanggil Titanfall Universe” sebagai “Apex Universe”. Jadi, kami rasa ianya besar kemungkinan adalah game sekuel untuk Apex Legends.

Buat masa sekarang, Respawn masih tidak mengumumkan sebarang maklumat berkenaan game FPS single-player yang berasaskan dunia Apex Legends. Nampaknya, mereka sangat sibuk pada tahun ini dengan beberapa projek termasuk Star Wars Jedi: Survivor yang dijadualkan akan keluar pada tahun depan. Mari kita nantikan perkembangan tentang game tersebut daripada Respawn.
Ikuti Gamer Santai untuk mendapatkan lebih banyak berita menarik mengenai game, anime, teknologi dan banyak lagi daripada kami.
@gamersantaimy
Discussion about this post