Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Apa itu Tsundere? Jom kenali watak-watak tsundere yang popular!

Maira by Maira
August 9, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Apa itu Tsundere? Jom kenali watak-watak tsundere yang popular!
Share on FacebookShare on Twitter

Kalau tengok anime harem atau romkom mesti kita akan jumpa pelbagai jenis watak. Antaranya watak pemalu, tiada perasaan, ganas dan banyak lagilah. Watak-watak ini sering dikategorikan dalam bentuk “dere” masing-masing seperti tsundere, kuudere, yandere, dandere dan lain-lain. Tetapi watak tsundere nampaknya lebih digemari oleh ramai penulis dan mangaka. Mungkin ramai antara anda tidak mengetahui apa itu tsundere. Jadi tanpa membuang masa, jom kami ceritakan secara ringkas kepada tentang tsundere dan beberapa watak popular daripada siri anime!

Apa itu Tsundere?

Kalau anda ingin tahu, tsundere terdiri daripada dua perkataan iaitu “tsun” dan “dere”. “Tsun” itu dalam bahasa mudah, sikap yang mudah marah atau pun keras kepala. Manakala “dere” pula seperti perlakuan lembut atau penyayang.

Sangat mudah untuk kita kenal pasti watak tsundere dalam anime. Mereka ini watak yang pemalu sebenarnya tetapi untuk menutup perasaan tersebut, mereka akan marah ataupun bertindak ganas terhadap watak yang disukai. Tetapi kalau dengan watak yang mereka betul-betul rapat, watak tsundere ini sebenarnya sangat penyayang. Ini antara sebab kenapa ramai peminat anime yang menyukainya. Populariti watak tsundere juga telah meningkat pada awal tahun 2000-an membuatkan ramai penulis dan mangaka menggunakan jenis watak ini dalam karya mereka.

Walaupun banyak watak tsundere dikaitkan dengan watak perempuan, ada juga watak lelaki yang tsundere. Dalam siri anime dengan genre reverse-harem mahupun shounen, watak-watak ini juga wujud. Cuma tidaklah begitu banyak.

Sebab lain mengapa watak tsundere ini disukai, kita dapat lihat perkembangan watak mereka sepanjang siri. Memang pada mulanya mereka ini jual mahal dan agak keras kepala. Tetapi setelah lalui pelbagai perkara atau rintangan, mereka akan lebih tunjukkan sisi “dere” mereka berbanding “tsun”.

Watak-watak Tsundere popular

Sudah kenal tsundere? Jom kami senaraikan pula watak-watak tsundere daripada siri anime popular. Kalau anda tonton banyak anime, pasti anda juga telah mengenali kesemua watak ini.

  • Asuka Langley Soryu – Neon Genesis Evangelion
  • Ciel Phantomhive – Black Butler
  • Shana – Shakugan no Shana
  • England – Hetalia
  • Aisaka Taiga – Toradora
  • Inuyasha
  • Louise de La Valliere – Zero no Tsukaima
  • Sohma Kyo – Fruit Basket
  • Kosaka Kirino – Oreimo
  • Vegeta – Dragon Ball
  • Misaka Mikoto – To Aru Majutsu no Index
  • Tohsaka Rin – Fate/Stay Night
  • Nakiri Erina – Shokugeki no Soma
  • Tendo Akane – Ranma 1/2
  • Katsuki Bakugo – My Hero Academia

Dalam banyak-banyak watak tsundere, watak dari anime mana yang anda suka? Boleh kongsikan kepada kami di ruang komen. Kalau anda sukakan liputan seperti ini, kami akan teruskan dengan jenis dere yang lain. Untuk dapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Previous Post

Ezra Miller aka Flash buat hal lagi! Didakwa mencuri arak dari rumah orang

Next Post

Monster Hunter Rise Sunbreak: Info lengkap Title Update 1!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
Monster Hunter Rise Sunbreak: Info lengkap Title Update 1!

Monster Hunter Rise Sunbreak: Info lengkap Title Update 1!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd