Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Antara Game Ninja Terbaik

Pilihan anda tersenarai?

Jade Ice by Jade Ice
August 25, 2019
in Artikel, Berita
0 0
0
Antara Game Ninja Terbaik
Share on FacebookShare on Twitter

Game bertemakan Ninja sememangnya sehingga kini sudah banyak berada di pasaran. Namun hanya beberapa sahaja yang menerapkan nilai-nilai permainan persis seorang Ninja. Berikut adalah senarai antara game Ninja yang dirasakan antara yang terbaik dalam pembawaannya.

Shinobi III (Pembangun & Penerbit: SEGA)

Merupakan satu judul klasik daripada SEGA, game ini menyusul selepas kejayaan besar game asalnya iaitu Shinobi. Bahagian ketiga siri ini adalah yang paling berjaya kerana menerima pujian daripada pengkritik dan juga pemain.

Sebagai Joe Musashi, anda akan melalui pengembaraan side-scrolling sambil menggunakan keupayaan Joe, peralatan ninja dan kebolehan akrobatik untuk melepasi halangan.

Tenchu – Stealth Assassins (Pembangun: Acquire | Penerbit: Activision)

Game ini bermula dengan Lord Mei-Oh melancarkan gerakan untuk memusnahkan Lord Gohda; dan gerakan ini cuba dipatahkan oleh 2 ninja yang kuat iaitu Rikimaru dan Ayame. Pemain boleh memilih untuk memainkan mana-mana watak.

Pihak Acquire bukan hanya mimik pergerakan ninja, malahan mereka membawakan ahli pertahan diri terkemuka Sho Kosugi dan anaknya Kane untuk proses motion capture.

Game ini telah berjaya menggabungkan dua elemen permainan iaitu penyelinapan dan pertempuran terus serentak dengan jayanya.

Mark of the Ninja: Remastered (Pembangun & Penerbit: Klei Entertainment)

Sebuah game yang berlatarkan bayang-bayang dan tempat persembunyian yang banyak, pemain akan menyerang musuh sebagai seorang ninja berkemahiran tinggi dengan menggunakan persekitaran untuk bergerak dan membunuh secara senyap.

Gaya seni dan penggunaan warna hitam dan warna-warna gelap lain akan mengekalkan kesegaran penampilan game ini supaya pemain masih boleh menghargai persekitaran sambil bersembunyi dan merancang pembunuhan seterusnya.

Ninja Gaiden Black (Pembangun: Team Ninja | Penerbit: Tecmo)

Merupakan antara game yang sangat sukar pada zamannya, game ini adalah secara keseluruhan; game ninja yang menyeronokkan. Sebahagian daripada sirinya yang klasik, pemain akan mengawal Ryu Hayabusa. Jika sebelum ini dalam 2D, dalam game ini Ryu kembali dalam 3D beserta dengan persekitaran yang hidup.

Game ini merupakan kemaskini daripada edisi Ninja Gaiden 2004 yang menampilkan mod-mod baru, feature dan kandungan yang padat untuk memberikan pengalaman yang kukuh.

Sekiro: Shadows Die Twice (Pembangun: FromSoftware | Penerbit: Activision)

Merupakan satu game yang SANGAT sukar. Dijangkakan. Ini kerana ianya datang daripada pembangun game Dark Soul dan Bloodborne. Selepas kehilangan sebelah tangannya daripada pertempuran, Wolf ynag merupakan seorang Shinobi dari era Sengoku keluar untuk membalas dendam kepada clan samurai yang bertanggungjawab mencacatkannya.

Tangan prostetiknya adalah elemen yang membawakan kelainan kepada game ini.

Teenage Mutant Ninja Turtles: Turtles in Time (Pembangun & Penerbit: Konami)

Asalnya dikeluarkan untuk arked menerusi permainan 2 hingga 4 pemain, game ini menghantar pemain untuk melalui pengembaraan ninja kura-kura ini yang memuaskan. Walaupun tema merentas masa adalah sangat umum, game ini telah menjayakan dengan baik sekali, dengan membawakan variasi dan keseronokan pada era yang dipilih.

Dengan jalan cerita yang unik, game ini memberikan pengalaman yang harus diberikan pujian.

Way of the Samurai (Pembangun: Acquire | Penerbit: BAM! Entertainment)

Game yang berlatarkan lewat kurun ke-19 ini mengisahkan tentang kejatuhan Tokugawa Shogunate dan pengembara misteri bernama Kenji. Walaupun memiliki agenda yang tersendiri, Kenji telah terperangkap di antara pertelingkahan 3 kumpulan yang ingin menakluk; lalu memaksanya untuk memilih antara 3 kumpulan itu.

Sebagai pemain, anda harus memilih untuk samada untuk menggunakan kemahiran samurai anda untuk melindungi orang awam sambil melihat pertelingkahan keluarga Kurou dan klan Akadama bertempur?

Sumber: culturedvultures

 

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Best GamesMark of the Ninja: RemasteredNinjaNinja Gaiden BlacksegaSekiro: Shadows Die TwiceShinobi IIITeenage Mutant Ninja Turtles: Turtles in TimeTenchu - Stealth AssassinsWay of the Samurai
Previous Post

Fortnite Musim 10 Tidak Memuaskan

Next Post

Game Percuma Minggu Depan di Epic Games Store

Jade Ice

Jade Ice

"Bolehlah" gamer. Tak n00b tak expert. Dulu-dulu teras keras punya gamer. Sekarang kids, wife, gaming (in that order). Hantu Final Fantasy, MGS, Kingdom Hearts.

Related Posts

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Next Post
Game Percuma Minggu Depan di Epic Games Store

Game Percuma Minggu Depan di Epic Games Store

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd