Semasa siaran langsung Netflix Festival Japan 2021, mereka telah mededahkan sebuah teaser trailer terbaru untuk anime Ultraman musim kedua. Video itu memaparkan pelbagai watak Ultraman yang akan muncul dalam musim seterusnya. Anime Ultraman akan ditayangkan pada musim bunga 2022 secara eksklusif di Netflix seluruh dunia.
Tentang anime Ultraman
Beberapa tahun telah berlalu sejak peristiwa Ultraman, di mana ia kini menjadi kenangan, kerana ramai yakin Ultraman telah pulang ke planet asal setelah melawan segala makhluk asing dan raksasa yang menyerang Bumi. Shinjiro (anak Shin Hayata) nampaknya memiliki kemampuan yang aneh, dan kemampuan inilah, bersama dengan wahyu ayahnya bahawa dia adalah Ultraman, mengharuskan Shinjiro untuk memerangi makhluk asing yang menyerang Bumi sebagai Ultraman baru.

Musim pertama anime telah ditayangkan di Netflix pada April 2019 dan mempunyai sebanyak 13 episod. Kenji Kamiyama (Ghost in the Shell: Stand Alone Complex, Eden of the East, Napping Princess) dan Shinji Aramaki (Appleseed, Harlock: Space Pirate, Starship Troopers: Traitor of Mars) mengarahkan musim anime pertama. Production I.G (Ghost in the Shell: Stand Alone Complex, Eden of the East, Napping Princess) dan Sola Digital Arts (Appleseed Alpha, Starship Troopers: Invasion, Starship Troopers: Traitor of Mars) menghasilkan anime dalam 3D CG. Nobuko Toda dan Kazuma Jinnouchi menyusun muzik.

Maeno Tomoaki akan menjadi pelakon suara Ultraman Taro untuk musim kedua anime ini. Untuk segala liputan kami tentang Ultraman, sila tekan pautan ini.
Sumber: ANN
@gamersantaimy
Discussion about this post