Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Tensura Musim 3 Bakal Tayang 2024, 3 Episod OVA Akan Tayang 2023!

Maira by Maira
February 20, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Tensura Musim 3 Bakal Tayang 2024, 3 Episod OVA Akan Tayang 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Sekarang macam-macam anime isekai yang ada, antaranya siri Tensura atau That Time I Got Reincarnated as a Slime. Seperti yang diumumkan pada November yang lalu, Tensura akan mendapat musim 3 dan nampaknya anime tersebut telah mendapat jadual tayangannya. Diumumkan melalui Twitter rasmi, siri Tensura musim 3 akan ditayangkan semasa musim bunga tahun 2024.

Tensura 3

Teaser Tensura musim 3 menunjukkan Rimuru yang berhadapan dengan Hinata Sakaguchi. Kalau anda ingin tahu, Hinata merupakan ketua kepada Ten Great Saints malah orang kedua yang mempunyai pengaruh dalam Church.

Bukan setakat itu sahaja, sempena ulang tahun ke-10 francais, terdapat beberapa projek khas telah diumumkan! Antaranya ialah, tiga episod anime original (OVA) dan juga manga baharu! OVA tersebut bakal ditayangkan pada penghujung tahun ini dengan tajuk “Koriusu no Yume”. Kalau anda ingin tahu, “Koriusu no Yume” ditulis oleh Fuse sebagai konsep utama filem “Scarlet Bond“.

Kepada anda yang tidak mengenali siri ini, Tensura siri anime Jepun popular yang pertama kali ditayangkan pada tahun 2018, dengan Bahagian satu musim keduanya berakhir pada Julai 2021. Ia pada asalnya karya novel ringan yang ditulis oleh Fuse, yang akhirnya mendapat adaptasi manga oleh Taiki Kawakami dalam Monthly Shonen Sirius dan diterbitkan di bawah label Sirius KC. Siri manga tersebut bermula pada 2015 dan mempunyai 21 jilid pada Julai 2022.

Berikut adalah sinopsis untuk Tensura:

Anda akan mengikuti pekerja korporat Mikami Satoru yang ditikam oleh pembunuh rawak dan dilahirkan semula di dunia alternatif. Tetapi dia dilahirkan semula sebagai Slime! Dicampak ke tempat baru dan tidak dikenali, dengan nama Rimuru, dia mulakan pencariannya untuk mencipta dunia yang mengalukan kedatangan semua kaum.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: TensuraTensura S3Tensura Season 3That Time I Got Reincarnated as a SlimeThat Time I Got Reincarnated as a Slime 3That Time I Got Reincarnated as a Slime Season 3
Previous Post

Manga Hunter X Hunter mungkin akan hiatus buat selama-lamanya!

Next Post

DE-EXIT – Eternal Matters bakal tiba pada Musim Bunga ini di PS, Xbox & PC!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
DE-EXIT – Eternal Matters bakal tiba pada Musim Bunga ini di PS, Xbox & PC!

DE-EXIT - Eternal Matters bakal tiba pada Musim Bunga ini di PS, Xbox & PC!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd