Selepas berakhirnya episod terakhir Spy x Family bahagian 1 pada Jun yang lalu, mesti ramai antara anda sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan keluarga Forger ini semula. Untuk pengetahuan anda, tarikh tayangan untuk anime tersebut telah pun diumumkan iaitu pada 1 Oktober 2022. Bukan setakat itu sahaja, visual terbaru juga telah dilepaskan dengan Anya sebagai tumpuan utamanya.

Trailer terbaru belum dilepaskan, tetapi anda boleh melihat teaser trailer yang dilepaskan beberapa bulan yang lalu. Arc yang seterusnya akan menyajikan peminatnya dengan lebih banyak aksi! Anda boleh menonton teaser tersebut di bawah:
Bulan Oktober nanti, memang peminat akan dapat banyak anime shounen hebat antaranya Bleach, My Hero Academia, Mob Psycho III, Blue Lock dan banyak lagi. Spy x Family juga akan sertai barisan anime hebat ini. Memang bertuah betul peminat anime sekarang.
Buat sesiapa yang tidak tahu tentang Spy x Family, ia merupakan siri anime adaptasi manga yang dihasilkan oleh Endou Tatsuya. Anime ini masih lagi ditayangkan dan anda boleh menontonnya di pelbagai platform rasmi. Berikut adalah sinopsisnya:
Bagi ejen yang dikenali sebagai “Twilight,” tiada arahan yang terlalu hebat jika ia adalah demi keamanan. Beroperasi sebagai pengintip utama Westalis, Twilight bekerja tanpa jemu untuk menghalang “extremist” daripada mencetuskan perang dengan negara jiran Ostania. Untuk misi terbarunya, dia mesti menyiasat ahli politik Ostania Donovan Desmond dengan menyusup ke sekolah anaknya: Eden Academy yang berprestij. Oleh itu, ejen itu menghadapi tugas paling sukar dalam kerjayanya: berkahwin, mempunyai anak, dan berlakon sebagai keluarga.

Siri anime ini tersedia di Netflix dan iQIYI kalau anda ingin menontonnya. Manganya juga boleh dibacakan secara percuma melalui aplikasi dan laman web MangaPlus. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime ini daripada kami, sila klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post