Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Solo Leveling mungkin tidak ikut manhwa, nama Jin-Woo juga berubah!

Maira by Maira
July 15, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Manga
0 0
0
Anime Solo Leveling mungkin tidak ikut manhwa, nama Jin-Woo juga berubah!
Share on FacebookShare on Twitter

Sejak manhwa mula popular dengan kehadiran Solo Leveling, ramai juga yang meminta adaptasi anime untuk siri tersebut. Semasa Anime Expo berlangsung pada awal bulan yang lalu, akhirnya anime Solo Leveling telah diumumkan. Sudah tentu ramai peminat yang gembira, tetapi sudah tentu ada yang tidak puas hati mengenainya. Jadi sekarang ini, muncul pula persoalan baru, sebenarnya adaptasi mana yang akan mendapat anime, versi manhwa atau versi light novel.

Sudah tentu ramai daripada anda mengenali siri ini daripada manhwa yang bertajuk Solo Leveling. Tetapi manhwa itu juga datang daripada siri web novel yang bertajuk “Only I Level Up”, ditulis oleh Chugong. Novel ini juga telah diterjemahkan ke bahasa lain malah ia juga popular dalam kalangan pembaca. Tetapi kehadiran manhwa telah menaikkan lagi populariti novel tersebut.

Sudah tentu Jepun juga mempunyai novel Solo Leveling mereka tersendiri yang diterjemahkan. Plot penceritaannya mestilah sama, tetapi ini tidak bermakna tiada kandungan yang diedit untuk pembaca negara itu. Antara perubahan tersebut ialah nama watak. Jika anda melihat trailer versi Jepun, dikatakan nama Sung Jin-Woo kini ditukar kepada Shun Mizushino. Malah watak pada trailer tersebut juga nampaknya mengadaptasi reka bentuk watak daripada versi light novel Jepun.

Light Novel Solo Leveling versi Jepun

Belum lagi cerita tentang kontroversi dengan orang Jepun yang agak sensitif dengan kandungan manhwa tersebut, yang mencerminkan orang Jepun sebagai orang jahat dalam siri tersebut. Mungkin A-1 Pictures juga akan mengubah sedikit kandungan tersebut untuk memuaskan hati mereka pula.

Pada pendapat anda, adakah anda ingin adaptasi anime Solo Leveling sama 100% seperti manhwa atau novel? Agak-agak adaptasi ini akan sama bagus dengan manhwa walaupun terdapat perubahan padanya? Boleh kongsikan pendapat anda di ruang komen. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeSolo Leveling
Previous Post

DOTA: Dragon’s Blood season 3 akan ditayangkan pada 11 Ogos 2022 di Netflix

Next Post

Acara terbaru Apex Legends bertemakan anime! Ada EVA, One Piece dan Naruto!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Acara terbaru Apex Legends bertemakan anime! Ada EVA, One Piece dan Naruto!

Acara terbaru Apex Legends bertemakan anime! Ada EVA, One Piece dan Naruto!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd