Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Solo Leveling diumumkan, Akan ditayangkan pada 2023!

Maira by Maira
July 4, 2022
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Solo Leveling diumumkan, Akan ditayangkan pada 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah khabar angin mengenai adaptasi anime Solo Leveling berlegar bulan lepas, nampaknya ia sudah pun disahkan! Semasa acara Anime Expo 2022 berlangsung, pengumuman mengenai anime Solo Leveling telahpun dibuat dan akan ditayangkan pada tahun 2023. Bukan setakat itu sahaja, visual utama yang memaparkan Jinwoo dan trailer juga telah dilepaskan.

Animasi untuk anime ini akan dihasilkan oleh A-1 Pictures. Berikut adalah staf yang terlibat dalam penghasilan anime tersebut:

  • Direktor – Shunsuke Nakashige (Mother of the Goddess’ Dormitory)
  • Penulis utama – Noboru Kimura (Gundam Buil Divers, Nyaruko)
  • Pereka watak – Tomoko Sudo (Alice in Borderland)
  • Komposer muzik – Hiroyuki Sawano (Attack on Titan, Kill la Kill)

Siapakah pelakon suara untuk watak-watak masih belum diumumkan, jadi kita tunggu sahaja pengumuman seterusnya. Agaknya siapalah yang akan menjadi Sung Jinwoo kita nanti. Anda boleh tonton trailernya di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=Ls3Eorw10uU&t=4s

Untuk anda yang tidak tahu, Solo Leveling merupakan sebuah manhwa yang merupakan adaptasi daripada web novel yang ditulis oleh Chugong. Siri manhwa ini baru sahaja tamat dan anda boleh membacanya melalui platform rasmi seperti Tapas. Ia juga akan mendapat bab bonus nanti. Berikut adalah sinopsis untuk Solo Leveling:

Sepuluh tahun yang lalu, satu “Gate” telah muncul dan menghubungkan dunia nyata dengan alam sihir dan raksasa. Untuk memerangi binatang buas ini, orang biasa menerima menerima kuasa luar biasa dan dikenali sebagai “Hunter.” Sung Jin-Woo yang berusia 20 tahun merupakan salah seorang Hunter tetapi dia dikenali sebagai “Hunter terlemah dunia.” Ini kerana kuasanya lebih lemah daripada orang yang berada dalam E-rank. Namun, dia memburu raksasa tanpa jemu di Gate berpangkat rendah untuk membayar bil perubatan ibunya.

Walau bagaimanapun, hidup Jin-Woo mula berubah apabila dia menyedari bahawa dia ditinggalkan untuk mati bersendirian selepas misi yang dilakukannya mengalami masalah. Dia terjaga di hospital tiga hari selepas itu dan menjumpai sebuah skrin terapung. “Quest Log” ini meminta Jin-Woo untuk selesaikan program latihan yang gila atau dia akan menghadapi hukuman. Pada mulanya dia keberatan untuk mematuhinya kerana quest tersebut semuanya susah tetapi dia menyedari perubahan tersebut mungkin mengubahnya menjadi Hunter paling hebat di dunia.

Sementara menunggu bab khas dan anime ini dikeluarkan, kami ada beberapa manhwa menarik lain yang anda boleh baca. Untuk mendapatkan liputan lain mengenai siri ini, sila klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animemanhwaSolo Leveling
Previous Post

[Interview] Produser Digimon Survive, Kazumasa Habu – Memberi spotlight kepada Digimon yang kurang dikenali!

Next Post

My Hero Ultra Rumble – Game battle royale dengan watak MHA diumumkan! Pendaftaran ujian beta juga dibuka!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!
Berita

Game Sekuel ‘Code Vein II’ Diumumkan, Akan Keluar 2026!

June 7, 2025
Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025
Berita

Sonic Racing: CrossWorlds Meluncur Ke Semua Platform Pada 25 September 2025

June 7, 2025
Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026
Berita

Capcom Umum Resident Evil Requiem, Akan Datang 27 Februari 2026

June 7, 2025
Next Post
My Hero Ultra Rumble – Game battle royale dengan watak MHA diumumkan! Pendaftaran ujian beta juga dibuka!

My Hero Ultra Rumble - Game battle royale dengan watak MHA diumumkan! Pendaftaran ujian beta juga dibuka!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd