Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!

Maira by Maira
March 23, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Anime Rurouni Kenshin Baru Akan Tayang Julai Ini! Visual Baru Didedahkan!
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah pendedahan semasa Jump Festa 23, projek anime reboot untuk siri Rurouni Kenshin akhirnya mendedahkan tarikh tayangannya. Diumumkan melalui Twitter rasmi, anime Rurouni Kenshin ataupun lebih dikenali sebagai Samurai X  akan tayang pada bulan Julai ini! Bukan setakat itu sahaja, visual baru turut didedahkan.

Untuk pengetahuan anda, anime Rurouni Kenshin reboot ini akan dihasilkan oleh LIDEN FILMS. Staf utama termasuk Hideyo Yamamoto sebagai pengarah, Hideyuki Kurata sebagai komposer siri, Terumi Nishii sebagai pereka watak dan Yu Takami sebagai komposer muzik. Watak Kenshin Himura dan Kaoru Kamiya akan masing-masing dibawa oleh Soma Saito dan Rie Takahashi.

Rurouni Kenshin anime

Berikut adalah sinopsis ringkas tentang siri Rurouni Kenshin:

Pada tahun-tahun terakhir era Bakumatsu, terdapat seorang pembunuh upahan legenda yang dikenali sebagai Hitokiri Battousai. Ditakuti sebagai pembunuh tanpa belas kasihan, dia tidak dapat ditandingi di seluruh negara, tetapi secara misteri menghilangkan diri pada kemuncak Revolusi Jepun. Walaupun 10 tahun berlalu, nama Battousai masih menimbulkan ketakutan di hati veteran perang.

Tanpa mereka sedari, Battousai telah meninggalkan kehidupan lama yang kejam dalam usaha untuk bertaubat atas dosa-dosanya, dan kini hidup sebagai Kenshin Himura, seorang ronin dengan sikap ceria dan semangat yang teguh. Bersumpah tidak akan membunuh lagi, Kenshin mendedikasikan dirinya untuk melindungi yang lemah.

Suatu hari, dia terserempak dengan Kaoru Kamiya di dojonya, sedang diancam oleh seorang penyamar yang mendakwa dirinya Battousai. Selepas dibantu oleh Kenshin, Kaoru membenarkan dia tinggal di dojo.

Untuk anda yang tidak mengenali siri ini, ia merupakan siri manga yang dihasilkan oleh Nobuhiro Watsuki dan mempunyai lebih 73 juta salinan yang diedar ke seluruh dunia. Warner Bros. Pictures mengeluarkan adaptasi filem live action pada tahun 2012. Ansuran keempat telah dikeluarkan baru-baru ini pada 23 April 2021 di Jepun dan tersedia di Netflix.

Untuk mendapatkan liputan lain mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Rurouni KenshinSamurai X
Previous Post

Kabam umum RPG medieval ‘King Arthur: Legends Rise’ – boleh wishlist di Steam!

Next Post

KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!
Review

Reviu Guilty Gear -Strive- (Nintendo Switch) – Saiz Skrin Makin Kecil, Tapi Gaya Masih Kekal!

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!
Berita

Fungsi Online Multiplayer Ditambah Ke Yu-Gi-Oh Early Days Collection!

June 3, 2025
SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!
Berita

SHINOBI: Art of Vengeance – Aksi Combat Meletup Dalam Trailer Terbaru!

June 3, 2025
Next Post
KamiErabi GOD.app — Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

KamiErabi GOD.app -- Anime Original Terbaru Oleh Pencipta NieR:Automata Diumumkan!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025
Anime

Anime ‘Takopi’s Original Sin’ Bakal Ditayangkan 28 Jun 2025

May 26, 2025
Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year
Anime

Crunchyroll Anime Awards 2025: Solo Leveling Dominasi Sebagai Anime Of The Year

May 26, 2025
Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun
Animasi

Filem Animasi ‘KPop Demon Hunters’ Bakal Tayang di Netflix Mulai 20 Jun

May 23, 2025
Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)
Review

Reviu Ejen Ali The Movie 2 – Dari M.A.T.A ke Hati Penonton! (TANPA SPOILER)

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd