Sejak tayangan episod pertama anime Oshi no Ko, siri tersebut telah pun mendapat tumpuan ramai peminat anime dan manga. Bukan setakat itu sahaja, lagu temanya juga menjadi muzik latar dalam pelbagai video di media sosial. Episod akhir siri telah pun ditayangkan pada 28 Julai yang lalu. Seperti yang disangka oleh peminat, siri anime Oshi no Ko akan mendapat musim 2!
Diumumkan melalui Twitter rasmi anime, musim terbaharu siri dalam penghasilan! Pengumuman tersebut disertakan dengan visual terbaharu yang menggambarkan arc terbaharu yang akan diadaptasi iaitu 2.5D Stage Play Arc. Kalau anda ingin tahu, arc ini merupakan arc paling panjang dalam siri manga Oshi no Ko. Jadi tidak pelik jika Oshi no Ko musim 2 akan fokus kepada arc ini sahaja. Doga Kobo kekal sebagai studio yang akan menghasilkan siri ini.
Tentang Oshi no Ko
Oshi no Ko merupakan siri manga yang ditulis oleh Aka Akasaka, pencipta Kaguya-sama: Love is War dan dilukis oleh Mengo Yokoyari, pencipta Scum’s Wish. Siri ini pertama kali diterbitkan melalui majalah Weekly Young Jump milik Shueisha pada April 2020. Kini sudah 11 jilid manga yang telah dilepaskan dan jilid ke-12 akan dilepaskan pada Julai 2023. Versi bahasa Inggeris juga telah diterbitkan oleh Yen Press. Anda juga boleh membacanya secara percuma dalam talian melalui aplikasi dan laman web Manga Plus.

Berikut adalah sinopsis untuk siri anime melalui Bilibili:
“Dalam industri hiburan, pembohongan adalah senjata. Setiap hari, Goro, pakar perbidanan dan Obstetrik yang bekerja di sebuah bandar kecil, menjalani kehidupan yang tidak berkaitan dengan perniagaan hiburan. Namun, idola Hoshino Ai yang “diikuti” mula naik ke senarai bintang. Mereka berdua menyedari senario terburuk mereka, dan sejak itu, roda nasib mula berputar.”
Untuk mendapatkan liputan menarik mengenai anime daripada kami, boleh klik pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post