Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Oshi No Ko dituduh guna kisah tragis “Hana Kimura” untuk dapat untung

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 30, 2023
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Anime Oshi No Ko dituduh guna kisah tragis “Hana Kimura” untuk dapat untung
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas mula diperkenalkan, Oshi no Ko telah menjadi salah satu siri anime baharu yang paling popular untuk ditonton sekarang. Dengan kisahnya yang menarik dan plot twist mengejutkan, ramai peminat telah terpikat sejak episod satu. Dalam episod terbaru, Oshi No Ko menyentuh tentang topik “bunuh diri” dan “gangguan dalam talian“, tetapi sebaliknya dituduh menggunakan kisah tragis “Hana Kimura” untuk mendapatkan keuntungan.

Kredit: Shueisha

Apa yang berlaku?

Kredit: Shueisha

Dalam Oshi No Ko episod 6, penonton akan mendalami kisah seorang pelakon bernama Akane. Selepas terlibat dengan sebuah rancangan realiti temu janji, Akane berusaha sedaya upaya untuk menjadi lebih berketerampilan. Walau bagaimanapun, dia secara tidak sengaja mencederakan salah seorang rakan sekerja.

Oleh sebab itu, segala masa dan usaha yang dicurahkan oleh Akane selama bertahun-tahun telah musnah serta-merta oleh pembuli dalam talian yang memintanya untuk membunuh diri sendiri. Hampir menuruti arahan mereka, nyawa Akane berjaya diselamatkan oleh Aqua.

Selepas tayangan episod ini, ibu kepada mendiang ahli gusti Hana Kimura menganggap Oshi no Ko tidak menghormati peristiwa anak perempuannya yang bunuh diri.

Kredit: Shueisha

Kisah Hana Kimura

Kredit: Hana Kimura

Bagi mereka yang tidak tahu tentang Hana Kimura, mendiang adalah seorang ahli gusti terkenal yang mengikut jejak langkah ibunya. Dia menjadi lebih popular di seluruh dunia selepas Kimura berlakon dalam Terrace House: Tokyo, sebuah rancangan realiti TV oleh Netflix.

Semasa di rancangan itu, Kimura diganggu dalam talian tanpa henti oleh netizen selepas bertengkar dengan salah satu pelakon di atas set. Kimura cuba untuk menjelaskan situasi itu di media sosial tetapi dia masih lagi diganggu tanpa henti.

Malangnya, Kimura ditemui mati pada Mei 2020 pada usia 22 tahun di mana pakar forensik menggolongkan kematiannya sebagai bunuh diri berpunca daripada buli.

Kredit:: AEW Wrestling

Kontroversi Oshi no Ko dan Hana Kimura?

#ハッピーメリークリスマス2022
🎄🎅🍷

今年も
花の大好きなクリスマスが
もうすぐですね✨✨✨ https://t.co/1xC3ISFxIr pic.twitter.com/ny9FiKGrzt

— 木村響子🌸🌸🌸🦍 (@kimurarock) November 21, 2022

Seperti saya kata di atas, ibu Hana Kimura tidak bersetuju dengan tema episod terkini Oshi no Ko. Sebaliknya, dia menganggap kisah peribadi anak perempuannya telah digunakan oleh produksi anime untuk mendapatkan keuntungan. Tidak lama selepas itu, ibu mendiang meluahkan rasa kecewa dan marah melalui akaun Twitter dan menggesa semua orang agar tidak menonton episod itu.

Berikut adalah penterjemahan daripada posting Twitter@kimurarock:

Dengan menggunakan cerita yang benar-benar berlaku, boleh ke mereka membayangkan tentang luka dan perit orang yang menghargai Hana?

Terutamanya kerana masa pengedaran anime ini amat hampir dengan ulang tahun kematiannya.

Untuk dijual, untuk menjadi topik perbualan, mereka sanggup buat apa sahaja.

Saya sangat benci daripada lubuk hati.

Kepada peminat Hana, saya pasti tidak mahu anda menontonnya.

実際にあった話をそのまま使うことで
花を大切に想う人たちが
深く傷つくことは
想像できないのかな

まして、命日が近いこのタイミングでのアニメ配信?

売るため
話題になるためなら
手段を選ばないやりくち

心から
軽蔑します

花のファンの方には
絶対にみないでほしい https://t.co/cvhqLcLExh

— 木村響子🌸🌸🌸🦍 (@kimurarock) May 20, 2023

Seterusnya, ibu Hana Kimura berkongsi bahawa produser rancangan dan pelukis manga tidak menghubunginya langsung sebelum menerbitkan atau menghasilkan adegan yang “didakwa” memaparkan kisah anak perempuannya. Seterusnya, dia berkata bahawa pengarang yang “copy-paste” kisah tragis seseorang dalam karya mereka hanya mempunyai “kemahiran yang rendah daripada segi penulisan.”

Namun begitu, ramai orang di internet cuba membetulkan kontroversi sekitar Oshi no Ko. Adegan original daripada manga Oshi no Ko sebenarnya sudah siap sebelum kematian Kimura, jadi itu bermaksud kisah Akane telah dilukis sebelum tragedi Hana Kimura.


Apa pendapat korang? Jom bincangkan di ruang komen! Baca segala berita kami tentang Oshi no Ko di SINI.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: animeHana KimuramangaOshi no Ko
ShareTweetSend
Previous Post

Days of Play Kembali! Dapatkan DualSense & Game PlayStation Dengan Promosi Hebat Ini!

Next Post

ZOTAC pamer barisan produk baru di COMPUTEX 2023: ZBOX Mini-PC & set PC Spider-Verse!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG
Berita

Menangi ROG Ally X & Hadiah Eksklusif Lain, Dengan Bermain Monster Hunter Wilds Bersama ASUS ROG

June 6, 2025
Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2
Berita

Survival Kids Kini Dilancarkan, Eksklusif di Nintendo Switch 2

June 6, 2025
Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!
Anime

Nantikan Acara Demon Slayer Experience Di Malaysia, Bermula 28 Jun Di Pavilion Bukit Jalil!

June 6, 2025
Next Post
ZOTAC pamer barisan produk baru di COMPUTEX 2023: ZBOX Mini-PC & set PC Spider-Verse!

ZOTAC pamer barisan produk baru di COMPUTEX 2023: ZBOX Mini-PC & set PC Spider-Verse!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd