Sempena ulang tahun anime yang ke-20, anime klasik Naruto nampaknya akan membuat “comeback” pada bulan September nanti! Khususnya, francais Naruto mengumumkan bahawa mereka sedang sibuk menghasilkan animasi khas, yang ceritanya tidak pernah ditunjukkan di dalam anime sebelum ini.
Berita ini diumumkan melalui akaun Twitter rasmi Naruto yang mendedahkan bahawa empat episod “serba baharu” untuk anime original Naruto akan mula disiarkan di Jepun pada 3 September.
Untungnya, episod pertama (daripada siri khas ini) juga akan mendapat tayangan langsung di dewan Makuhari Messe di Chiba pada 3 September. Malangnya, masih belum ada sebarang berita tentang tayangan antarabangsa atau rancangan untuk siaran langsung di platform tertentu bagi mereka yang duduk di luar Jepun.

Ternyata, info tentang siri anime ini sangat dirahsiakan. Shueisha dan Toei Animation tidak menjelaskan walau satu maklumat tentang plot yang bakal terjadi atau watak yang mungkin muncul. Disebabkan tarikh tayangan disahkan pada bulan September, kita pun tidak perlu menunggu lama – jadi sila nantikan butiran lanjut dalam masa terdekat.

Buat masa ini, anime Naruto diteruskan dengan sekuel Boruto: Naruto Next Generations. Malangnya, siri manga dan adaptasi anime pada masa ini sedang berehat kerana kedua-dua projek bersiap sedia untuk memasuki ke plot besar seterusnya (peralihan Boruto daripada remaja ke belia).
Itu bukan satu-satunya projek sempena ulang tahun ke-20 anime Naruto. Minggu lepas, kita dapat pengesahan yang manga one-shot Namikaze Minato (ayah Naruto) akan dikeluarkan pada 18 Julai 2023. Manga ini akan dilukiskan oleh Masashi Kishimoto (pencipta sendiri) dan mengisahkan tentang Minato semasa zaman mudanya sedang mempelajari teknik hebat.

Untuk baca segala liputan kami tentang Naruto, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post